wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIO: bab 4 - Komposisi kimia dalam sel

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Air merupakan molekul berkutub dan pelarut universal bagi kebanyakkan molekul biologi. Berikut adalah kepentingan air kepada organisma hidup kecuali

a)

mengekalkan keseimbangan osmosis

b)

membantu mengekalkan keseimbangan suhu badan

c)

sebatian yang terdiri daripada unsur hidrogen dan karbon

d)

memberi kelembapan untuk alveolus

2.

Sebatian organik adalah sebatian yang mengandungi unsur

a)

hidrogen

b)

nitrogen

c)

karbon

d)

sulfur

3.

Antara yang berikut, yang manakah bukan sebatian organik dalam badan manusia

a)

air

b)

protein

c)

lipid

d)

karbohidrat

4.

Polisakarida merupakan polimer yang terbentuk melalui proses kondensasi banyak molekul glukosa. sebatian manakah merupakan contoh polisakarida?

a)

glikogen dan trigliserida

b)

selulosa dan glikogen

c)

fosfolipid dan kanji

d)

steroid dan kanji

5.

Unit asas bagi protein adalah asid amino. 1 dipeptida dapat diuraikan kepada 2 unit asid amino melalui proses

a)

kondensasi

b)

pemanasan

c)

penambahan asid

d)

hidrolisis

6.

Gambar rajah berikut merupakan contoh polisakarida. Berikut adalah persamaan antara kanji, glikogen dan selulosa kecuali

a)

monomer adalah glukosa

b)

larut dalam air

c)

tidak manis

d)

terbentuk daripada proses kondensasi

7.

Laktosa merupakan salah satu contoh disakarida. Monosakarida bagi laktosa adalah

a)

glukosa dan galaktosa

b)

glukosa sahaja

c)

glukosa dan fruktosa

d)

fruktosa dan galaktosa

8.

Berikut adakah kepentingan protein kecuali

a)

membina sel baharu menggantikan tisu yang mati

b)

diperlukan untuk sintesis enzim

c)

komponen penting dalam membran plasma

d)

melindungi organ-organ dalaman

9.

Antara penyataan berikut yang manakah benar mengenai lemak tak tepu

a)

mempunyai ikatan ganda dua antara atom karbon

b)

didapati dalam bentuk pepejal dalam suhu bilik

c)

contoh makanan adalah mentega dan lemak haiwan

d)

mempunyai bilangan atom hidrogen yang maksimum

10.

Antara berikut yang manakah bukan merupakan jenis lipid yang utama kecuali

a)

lemak

b)

steroid

c)

lilin

d)

enzim

11.

trigliserida terdiri daripada

a)

1 molekul gliserol dan 3 molekul asid amino

b)

1 molekul gliserol dan 3 molekul fosfat

c)

1 molekul gliserol dan 3 molekul asid lemak

d)

1 molekul gliserol dan 3 molekul steroid

12.

Asid amino boleh dipecahkan kepada asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Antara berikut yang manakah penyataan yang benar tentang asid amino tidak perlu

a)

tidak dapat disintesis oleh badan

b)

di perolehi daparida diet yang sihat

c)

terdapat 9 jenis asid amino perlu

d)

boleh disintesis oleh badan

13.

Gambar rajah di atas menunjukkan proses kondensai monosakarida. Antara penyataan berikut yang manakah benar mengenai proses kondensasi?

a)

molekul air disingkirkan

b)

molekul air ditambah

c)

molekul air terurai

d)

molekul air pecah

14.

steroid merupakan sebatian lemak yang tiada

a)

gliserol

b)

trigliserida

c)

asid lemak

d)

asid amino

15.

Daun pada tumbuhan di atas kalis dengan air kerana permukaan daun mempunyai

a)

lilin

b)

steroid

c)

fosfolipid

d)

trigliserida

16.

monomer bagi asid nukeik adalah nukelotida. Nukleotida terdiri daripada

a)

Gula pentosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat

b)

Gula ribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat

c)

Gula pentosa, bes bernitrogen dan kumpulan sulfat

d)

Gula ribosa, bes bernitrogen dan kumpulan sulfat

17.

Kod genetik pada mRNA akan diterjemahkan kepada asid amino tertentu. Berapakah bilangan bes bernitrogen yang menentukan urutan asid amino dalam protein?

a)

4

b)

3

c)

2

d)

1

18.

DNA mengandungi kod genetik yang dibawa oleh bes bernitrogen untuk sintesis polipeptida yang akan membentuk

a)

karbohidrat

b)

lipid

c)

asid nukleik

d)

protein

19.

kromosom terbentuk daripada rantaian polinukleotida DNA yang berpintal dengan sejenis protein yang dikenali sebagai

a)

nukleosom

b)

nukleolus

c)

histon

d)

kodon

20.

Apakah perbezaan antara RNA dan DNA?

a)

RNA merupakan rantaian polinukleotida yang lebih pendek berbanding DNA

b)

RNA merupakan rantaian polipeptida yang lebih panjang berbanding DNA

c)

RNA merupakan rantaian tunggal manakala DNA adalah rantaian lurus ganda 2

d)

RNA merupakan rantaian ganda 2 manakala DNA adalah rantaian tunggal