NEW
Font size
WorksheetsDaya geseran
Total questions: 18
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud daya geseran?
Usaha untuk menentang pergerakan.
Daya untuk mengubah sesuatu objek.
Tarikan dan tolakan yang dilakukan terhadap sesuatu objek.
Daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan antara satu sama lain.
Yang manakah BENAR tentang daya geseran?
Arah bertentangan dengan pergerakan objek.
Arah selari dengan pergerakan objek.
Arah sekata dengan pergerakan objek.
Arah seiring dengan pergerakan objek.
Antara berikut, yang manakah menghasilkan geseran paling rendah?
Jika permukaan licin, maka.........
daya geseran bertambah
jarak pergerakan berkurang
daya geseran berkurang
daya tarikan bertambah
Jika permukaan kasar, maka.........
daya geseran bertambah
jarak permukaan bertambah
jenis permukaan bertambah
daya tarikan bertambah
Antara permukaan berikut, yang manakah menghasilkan geseran yang paling besar apabila bola bergolek di atasnya?
Kaca
Rumput
Surat khabar
Papan
Geseran akan menjadi masalah kepada kita apabila geseran.....
menyebabkan tayar menjadi haus
menyebabkan kereta terbabas
mengelakkan kita daripada tergelincir
memperlahankan kereta yang bergerak
Mengapakah kasut mempunyai corak pada tapaknya?
Memastikan kita berdiri dengan stabil.
Membantu kita bergerak cepat.
Mengelakkan kita tergelincir.
Melegakan kaki setelah lama berdiri.
Daya ...........memberi kesan haba kepada objek.
graviti
keupayaan
geseran
Dalam situasi manakah daya geseran adalah berguna?
Penghasilan haba dalam mesin.
Tayar kereta menjadi haus.
Penghasilan bunyi apabila pintu dibuka.
Mengasah pisau pada batu asah.
Marmar, simen, rumput, permaidani. Permukaan manakah yang mempunyai paling sedikit daya geseran?
Marmar
Simen
Rumput
Permaidani
Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan seseorang itu daripada tergelincir ketika masuk ke tandas tersebut?
Rajah menunjukkan sebiji tayar yang haus. Apakah faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku?
Haba yang tinggi.
Berat kenderaan.
Daya tarikan dan tolakan.
Geseran pada permukaan jalan.
Seorang murid perempuan ingin melicinkan bongkah kayu Y. Objek manakah sesuai untuk melicinkan permukaan bongkah kayu Y?
Pisau
Getah
Sabun
Kertas pasir
Engsel pintu menghasilkan bunyi apabila pintu ditutup atau dibuka. Apakah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
Cuci engsel pintu dengan air.
Gosok engsel pintu dengan berus.
Sapukan minyak pada engsel pintu.
Letakkan bedak talkum pada engsel pintu.
Manakah yang BENAR?
Lebih berat sesuatu objek, lebih banyak daya geseran.
Lebih ringan sesuatu objek, lebih banyak daya geseran.
Lebih laju sesuatu objek bergerak, lebih banyak daya geseran.
Lebih licin permukaan sesuatu objek, lebih banyak daya geseran.
Seorang pekerja menarik sekotak batu bata di sepanjang permukaan rumput. Apakah yang akan berlaku jika penyiasatan ini diulang di atas permukaan simen?
Mengambil masa yang lama untuk menarik kotak itu.
Mengambil masa singkat untuk menarik kotak itu.
Permukaan simen akan melambatkan pergerakan kotak itu.
Batu bata tidak akan mudah terkeluar dari kotak semasa ditarik.
Jawapan di bawah menyatakan kebaikan daya geseran, KECUALI....
Menghasilkan haba.
Melajukan pergerakan objek.
Memegang objek.
Memperlahankan objek bergerak dan akhirnya berhenti.
