wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemerkasaan Pendidikan ke arah kesepaduan sosial (Bab 8)

Total questions: 11

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Kepercayaan yang dipegang ialah hanya menerusi pendidikan dan harta mereka mampu mengubah nasib dan status ke tahap yang lebih baik

a)

Komuniti India

b)

Komuniti Melayu

c)

Komuniti cina

d)

Komuniti Inggeris

2.

X merupakan dasar pendidikan yang pertama setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. X merujuk kepada:

a)

Ordinan Pelajaran 1952

b)

Laporan Razak 1956

c)

Laporan Rahman Talib 1960

d)

Akta Pendidikan 1961

3.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang perbezaan antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakular di Malaysia.

a)

Sekolah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala sekolah vernakular menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

b)

Kurikulum dan sukatan pelajaran di sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular adalah tidak sama.

c)

Sukatan mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah kebangsaan adalah lebih mudah berbanding sekolah vernakular.

d)

Majoriti pelajar sekolah kebangsaan ialah pelajar etnik Cina dan India manakala sekolah vernakular ialah etnik Melayu.

4.

Berikut merupakan tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan, KECUALI:

a)

Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang

b)

Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi

c)

Menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah

d)

Menyemak dan memperbaiki bentuk pendidikan Sekolah Wawasan agar sesuai untuk semua murid

5.

Berikut merupakan pengalaman yang akan dilalui oleh setiap pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT), KECUALI:

a)

Pergaulan mahasiswa di IPT biasanya terhad kepada mereka yang berlatarbelakangkan satu aliran, iaitu aliran kebangsaan.

b)

Mahasiswa akan melalui kehidupan di kampus selama tiga atau empat tahun atau lebih.

c)

Kehidupan sebagai mahasiswa adalah secara perkongsian sama ada di asrama, dewan kuliah dan sebagainya.

d)

Mahasiswa akan bergaul dan berinteraksi antara etnik yang berbeza dalam perbincangan untuk menyiapkan tugasan.

6.

Apakah tujuan kelas peralihan bagi pelajar yang telah tamat pengajian rendah di sekolah jenis kebangsaan?

a)

Satu proses untuk mengendalikan pelajar-pelajar memantapkan penggunaan bahasa Inggeris.

b)

Satu proses memantapkan pengguasaan bahasa ibunda masing-masing.

c)

Satu proses untuk memilih pelajar-pelajar yang cemerlang dan diletakkan di bawah satu kelas yang istimewa.

d)

Satu proses penyesuaian ke arah pemahaman asas bahasa dan budaya kebangsaan.

7.

Di institusi pengajian tinggi jurang segregasi tidak lagi menjadi masalah, integrasi dalam kalangan mahasiswa semakin terserlah dengan penglibatan mereka dalam aktiviti:

a)

Parti-parti politik kampus

b)

Kokurikulum dan berpersatuan

c)

Media-media sosial

d)

Badan-badan bukan kerajaan

8.

Berikut merupakan kelebihan perkongsian kehidupan di institusi pengajian tinggi, KECUALI:

a)

Berkongsi budaya kehidupan dengan kaum yang lain

b)

Berinteraksi dengan etnik yang berbeza

c)

Bergaul dengan kaum yang berlainan

d)

Jurang segregasi semakin jelas

9.

Di peringkat awal sistem pendidikan komuniti Melayu, dua bentuk sekolah telah dibina, iaitu sekolah pondok dan sekolah vernakular Melayu.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Berikut merupakan Dasar-dasar Pendidikan dalam tempoh 1945-1970, KECUALI:

a)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1949

b)

Dasar Cheeseman 1946

c)

Laporan Razak 1956

d)

Ordinan Persekutuan 1948

11.

Sekolah Wawasan ialah sekolah yang berkonsepkan:

a)

Belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira etnik dan agama.

b)

Pembelajaran yang mementingkan bahasa ibunda dan mengabaikan bahasa Melayu.

c)

Sistem pendidikan yang mementingkan pembinaan bangsa yang berkemahiran tinggi dalam semua aspek.

d)

Pendidikan yang menawarkan prasarana dan kemudahan yang lebih moden dan canggih.