WorksheetsBahasa Melayu Tahun 4
Total questions: 8
Worksheet time: 4mins
"Tuanku,perintah tuanku supaya membawa tabib ke istana telah __________ laksanakan," kata Bendahara kepada Sultan Melaka.
hamba
beta
patik
tuanku
Saleha telah terpilih __________ ketua kelas Tahun Empat Cemerlang.
sebagai
bagi
dengan
akan
Haikal marah-marah kerana adiknya __________ buku teks sekolahnya dengan pen.
mengoyak
melipat
melakar
menconteng
Setiap hari,Cikgu Asmadi __________ melalui jalan yang berliku untuk ke sekolahnya.
lalu-lalang
ulang-alik
mundar-mandir
liang-liuk
__________ Aiman cacat penglihatan, __________ dia mampu untuk pergi ke sekolah setiap hari.
Walaupun ... namun
Sama ada ... atau
Makin ... makin
Lantaran ... padahal
" ___________ harga sekilo buah rambutan ini ?" tanya Azizi kepada penjual buah-buahan itu.
Bagaimana
Apa
Berapa
Bila
" __________lah kamu bersedih kerana saya bersedia untuk menolong kamu," pujuk Aina kepada Qistina.
Tolong
Sila
Usah
Jemput
Keluarga Mariah menjadi porak-peranda setelah ahli keluarganya saling berebut harta __________ arwah bapanya.
meninggalkan
ketinggalan
peninggalan
ditinggalkan
