WorksheetsKATA TUGAS
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti ................ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.
a) dan
b) lantas
c) manakala
d) bagaimanapun
Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya .......... mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.
a) jika
b) hingga
c) ketika
d) sementara
Mora masih belum pulang ...... hari sudah lewat senja.
a) walau bagaimanapun
b) meskipun
c) setelah pun
d) jikalaupun
Perkhimatan pergigian telah lama wujud di sekolah ................... ada segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak mereka diberi rawatan.
a) jadi
b) oleh itu
c) dengan demikian
d) walau bagaimanapun
Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang salah.
a) Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang
b) Awak hendak beli baju ini atau baju itu?
c) Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanya
d) Emak terkejut apabila mendengar cerita daripada saya
.…………………ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lalu, Azman masih terbayang-bayang akan wajahnya.
a) Lantas
b) Walaupun
c) Manakala
d) Bagaimanapun
Penyanyi kesayangan ramai itu ditahan pihak polis …………………….. disyaki mengedar dadah.
a) walau bagaimanapun
b) meskipun
c) kerana
d) jikalaupun
................. saya berpindah ke kampung itu, jalan rayanya belum dibina lagi.
a) selagi
b) supaya
c) tatkala
d) walaupun
Mesyuarat khas itu akan diadakan ............ projek itu berjalan lancar.
a) walaupun
b) agar
c) sebab
d) jika
Datanglah ke rumah saya ............. kamu mempunyai kelapangan.
a) kalau
b) biarpun
c) supaya
d) sebab
Dia dihantar ke pusat pemulihan dadah .............. ditangkap oleh polis.
a) selagi
b) sesudah
c) sebelum
d) sesampai
Suzila dan kugirannya akan merakamkan lagu ......... mendapat tawaran.
a) jikalau
b) sungguhpun
c) supaya
d) jika
Ayah angkatnya membenarkan dia tinggal di situ ........... dia gemar di tempat itu.
a) selagi
b) setelah
c) sebelum
d) sewaktu
Penghulu telah menyerahkan sekeping peta kepada anaknya ............ beliau meninggal dunia.
a) selama
b) setelah
c) sewaktu
d) sebelum
Penduduk itu masih tinggal di rumahnya .............. telah diperintahkan pindah oleh pihak berkuasa.
a) walaupun
b) kerana
c) jika
d) agar
Salman mendapat kemalangan ................. tidak berhati-hati sewaktu dia menunggang motosikalnya.
a) jikalau
b) setelah
c) selama
d) supaya
Dia bersiap-siap lebih awal ............ tidak lewat tiba di sekolah.
a) sebab
b) kalau
c) supaya
d) walaupun
Jali didenda oleh pengetua ............ berkelahi dengan Razak.
a) sebab
b) kalau
c) supaya
d) walaupun
Askar itu telah dinaikkan pangkat ............. berani menentang musuh.
a) sebab
b) supaya
c) kalau
d) walaupun
.............. anda hendak berjaya dalam peperiksaan, ulangkajilah pelajaran anda setiap hari.
a) supaya
b) sebab
c) kalau
d) walaupun
