wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ AKIDAH T1 : AKIDAH ISLAM (ksab)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan atau __________

a)

simpulan

b)

gumpalan

c)

kesatuan

d)

kumpulan

2.

Akidah dari segi istilah bermaksud keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap rukun _________ dan perkara-perkara __________.

a)

Islam ........................... nyata

b)

Islam ........................... ghaib

c)

Iman ............................ ghaib

d)

Iman .......................... akhirat

3.

Dua sumber akidah Islam ialah :

a)

Al-Quran dan Qias

b)

Al-Quran dan Hadis

c)

Hadis dan Ijmak

d)

Hadis dan Qias

4.

Sumber akidah yang menjadi rujukan pertama ialah :

a)

Al-Quran

b)

Hadis

c)

Ijmak

d)

Qias

5.

Sumber akidah yang menjadi rujukan kedua ialah :

a)

Al-Quran

b)

Hadis

c)

Ijmak

d)

Qias

6.

Kebenaran Islam terbukti menerusi sifatnya yang bersesuaian dengan fitrah manusia serta kebenaran al-Quran yang tetap terpelihara daripada penyelewengan sehingga hari kiamat.

a)

Benar

b)

Salah

7.

Asas akidah Islam ialah percaya kepada rukun ____________.

a)

Islam

b)

Iman

c)

Solat

d)

Negara

8.

Berikut adalah ciri-ciri akidah yang benar.

i. Percaya terhadap kewujudan, keesaan dan kekuasaan Allah SWT.

ii. Mengamalkan kepercayaan berlandaskan al-Quran dan hadis.

iii. Mentauhidkan Allah SWT.

iv. Melakukan amalan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan akidah Islam.

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

9.

Berikut adalah ciri-ciri akidah yang salah kecuali

a)

Menafikan keesaan dan kekuasaan Allah SWT

b)

Mensyirikkan Allah SWT

c)

Mengamalkan kepercayaan berlandaskan al-Quran dan hadis

d)

Melakukan amalan, upacara dan adat yang bertentangan dengan akidah Islam

10.

Nama lain bagi hadis ialah

a)

As-Sunnah

b)

Matan

11.

Menolak hadis nabi merupakan perkara yang boleh _____________ akidah umat Islam.

a)

memantapkan

b)

menguatkan

c)

merosakkan

12.

Pilih pernyataan yang BUKAN berkaitan dengan kepentingan akidah dalam kehidupan umat Islam.

a)

Tunjang kelemahan umat dan negara Islam

b)

Syarat amalan diterima oleh Allah SWT

c)

Membentuk jati diri muslim sejati

d)

Melindungi daripada perkara syirik dan khurafat

13.

Mengikut akidah yang salah boleh menjauhi daripada amalan syirik, khurafat dan maksiat.

a)

Benar

b)

Salah

14.

Sekiranya akidah seseorang itu tidak kukuh maka dia mudah melakukan kemungkaran dan berasa berat untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.

a)

Benar

b)

Salah

15.

Akidah yang benar ialah mentauhidkan Allah SWT manakala akidah yang salah ialah mensyirikkan Allah SWT. Perbezaan tersebut dilihat dari aspek ___________.

a)

Kepercayaan

b)

Sumber

c)

Batasan

d)

Amalan

16.

Akidah yang benar ialah kepercayaan terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah SWT manakala akidah yang salah ialah menafikan keesaan dan kekuasaan Allah SWT. Perbezaan ini dilihat dari aspek __________.

a)

Kepercayaan

b)

Sumber

c)

Batasan

d)

Amalan

17.

Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah SWT merupakan salah satu cara untuk memantapkan akidah dari aspek __________.

a)

Hati

b)

Perkataan

c)

Perbuatan

18.

Menunaikan solat fardu dengan khusyuk merupakan salah satu cara memantapkan akidah dari aspek _________.

a)

Hati

b)

Perkataan

c)

Perbuatan

19.

Sentiasa mengingati Allah SWT di mana sahaja berada merupakan salah satu cara memantapkan akidah dari aspek _________.

a)

Hati

b)

Perkataan

c)

Perbuatan

20.

Yakin dengan pertolongan Allah SWT dalam semua perkara serta takut dengan balasan Allah SWT adalah cara untuk memantapkan akidah dari aspek _________.

a)

Hati

b)

Perkataan

c)

Perbuatan