wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Globalisasi

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi?

a)

Penyebaran maklumat tanpa sempadan

b)

Aktiviti pelaburan daripada firma luar negara untuk memulakan perniagaan

c)

Proses interaksi dan integraasi manusia, firma, dan kerajaan pelbagai negara

d)

Urusan jual beli barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain

2.

Manakah yang merupakan ciri-ciri globalisasi?

a)

Kewujudan blok perdagangan

b)

Undang-undang dimansuhkan

c)

Penggunaan komunikasi dihadkan

d)

Dasar ekonomi sosialis merebak ke seluruh dunia

3.

Peningkatan kesedaran dalam hak asasi manusia. Apakah ciri-ciri globalisasi tersebut?

a)

Peserta baharu

b)

Pasaran baharu

c)

Kaedah komunikasi baharu

d)

Peraturan dan norma baharu

4.

Apakah organisasi yang mempunyai kuasa untuk memaksa kerajaan sesebuah negara mematuhi peraturan perdagangan bebas?

a)

Bank Dunia

b)

Kesatuan Eropah

c)

Pertubuhan Perdagangan Sedunia

d)

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

5.

Apakah maksud syarikat multinasional?

a)

Firma yang mempunyai ramai pekerja

b)

Firma yang mempunyai banyak cawangan

c)

Firma yang beroperasi di beberapa negara secara serentak

d)

Firma yang menjalankan urus niaga berkaitan dengan kerajaan

6.

Manakah yang bukan ciri-ciri syarikat multinasional?

a)

Firma yang memperoleh keuntungan yang tinggi

b)

Semua cawangan dikawal oleh firma induk di negara asal

c)

Firma besar yang mempunyai cawangan di beberapa buah negara

d)

Pemindahan teknologi canggih antara cawangan di negara yang berbeza

7.

Antara yang berikut, manakah syarikat multinasional yang terdapat di Malaysia?

a)

CIMB Group & Khazanah Nasional

b)

CIMB Group & Axiata Group Berhad

c)

Khazanah Nasional & Media Prima Berhad

d)

Media Prima Berhad & Axiata Group Berhad

8.

Pernyataan manakah yang tepat bagi menggambarkan syarikat multinasional?

a)

Firma milik penuh kerajaan

b)

Firma yang dikenali di seluruh dunia

c)

Firma yang sentiasa memperoleh keuntungan yang tinggi

d)

Firma induk di negara asal mengawal cawangan-cawangan di negara lain

9.

Apakah sumbangan syarikat multinasional terhadap ekonomi negara?

a)

Meningkatkan kadar pengangguran

b)

Meningkatkan taraf hidup

c)

Mengurangkan eksternaliti negatif

d)

Meningkatkan pendapatan negara

10.

Antara yang berikut, manakah faktor-faktor penggalak globalisasi di Malaysia?

a)

Kemahiran yang dimiliki oleh rakyat

b)

Kerajaan yang memerintah

c)

Infrastruktur yang baik

d)

Perindustrian

11.

Yang berikut merupakan risiko bagi syarikat multinasional yang beroperasi di negara lain kecuali.....

a)

Lesen perniagaan dibatalkan

b)

Kekurangan kemudahan asas

c)

Perubahan pemerintahan negara

d)

Kehilangan aset akibat peperangan

12.

Mengapakah sesebuah firma memasuki pasaran antarabangsa?

a)

Bersaing dengan firma lain

b)

Kekurangan bahan mentah

c)

Menstabilkan keadaan pasaran

d)

Mengelakkan kemelesetan ekonomi

13.

Manakah kesan buruk globalisasi?

a)

Perkembangan teknologi yang maju

b)

Buruh boleh bekerja di mana-mana negara

c)

Pendedahan pelbagai maklumat melalui internet

d)

Persaingan produk tempatan dengan produk luar

14.

Apakah kesan globalisasi kepada rakyat Malaysia?

a)

Risiko peperangan

b)

Kemusnahan alam sekitar

c)

Akses maklumat yang terhad

d)

Penghijrahan penduduk bandar ke luar bandar

15.

Maklumat di bawah menunjukkan suatu isu yang berlaku di Malaysia

Kerajaan Malaysia memberikan visa percuma kepada pelancong asing dari negara tertentu

Apakah kesan terhadap ekonomi Malaysia?

a)

Perkembangan sektor pelancongan menjadi perlahan

b)

Pendatang tanpa izin dalam negara bertambah

c)

Penduduk tempatan yang melancong ke luar negara bertambah

d)

Bilangan pelancong asing ke Malaysia bertambah