wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Modul 1 : Tingkatan 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai perakaunan?

a)

Perakaunan skopnya lebih luas daripada simpan kira

b)

Perakaunan merangkumi aktiviti merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

c)

Perakaunan hanya satu proses merekodkan urus niaga berdasarkan sistem catatan bergu

d)

Perakaunan membabitkan proses merekodkan, melaporkan dan mentafsir maklumat kewangan

2.

Apakah peringkat terakhir dalam kitaran perakaunan ?

a)

Catatan penutup

b)

Pengeposan ke lejar

c)

Penyediaan penyata kewangan

d)

Catatan dalam buku catatan pertama

3.

Antara yang berikut, manakah Kod Etika Profesion Perakaunan?


I Relevan

II Pemasaan

III Profesionalisme

IV Urus tadbir yang baik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Apakah tujuan penubuhan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)?

a)

Menentukan kod etika profesion perakaunan

b)

Mengendalikan peperiksaan untuk profesion perakaunan

c)

Mengeluarkan pernyataan prinsip bagi laporan kewangan

d)

Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan

5.

Apakah kebaikan sistem perakaunan berkomputer?


I Menjimatkan masa

II Memudahkan kerja perekodan

III Memendekkan kitaran perakaunan

IV Mengelakkan maklumat urus niaga terdedah kepada pihak luar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Antara yang berikut, manakah kepentingan penyata kewangan kepada pemilik perniagaan?


I Mengetahui prestasi perniagaan

II Mentaksir cukai pendapatan

III Merancang dan membuat keputusan

IV Mengesan kesilapan perekodan urus niaga ke dalam lejar

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan Iv

d)

III dan IV

7.

Apakah citi yang membezakan antara simpan kira dan perakaunan?

a)

Merekodkan

b)

Mengelaskan

c)

Mentafsir

d)

Mengenal pasti

8.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu konsep perakaunan


Encik Rahman, pemilik Pasar Raya Jaya tidak merekodkan

sumbangan derma peribadinya ke dalam buku

perniagaannya.


Apakah konsep yang diamalkan?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Usaha Berterusan

d)

Entiti berasingan

9.

Maklumat di bawah ini menerangkan ciri-ciri sejenis perniagaan


  • Bilangan ahli seramai 2 hingga 20 orang
  • Liabilitinya tidak terhad
  • Modal perniagaan sederhana besar
  • Penubuhannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan


Jenis perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri di atas?

a)

Putri Enterprise

b)

Digitron Teknologi Berhad

c)

Syarikat Mila Sendirian Berhad

d)

Firma Guaman Amir dan Amira

10.

Apakah matlamat penubuhan koperasi?

a)

Meningkatkan daya saing perniagaan

b)

Membentuk budaya niaga dalam kalangan ahli

c)

Mencari keuntungan maksimum untuk anggota melalui aktiviti koperasi

d)

Meningkatkan kepentingan ekonomi anggota menerusi aktiviti koperasi