WorksheetsSistem Bahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Yang berikut merupakan jenis-jenis ayat dalam sistem Bahasa Melayu kecuali
a) ayat tanya
b) Ayat penyata
c) ayat perintah
d) ayat harapan
Plih ayat seruan
a) Rumah Ali yang mempunyai reka bentuk konsep Bali itu terletak di tepi Pantai Lido
b) Mana restoran makanan laut yang terkenal di Klang?
c) Wah, cantik sungguh bilik pejabat awak !
d) Mereka mula berasa bosan tinggal di rumah selepas dua minggu Perintah kawalan pergerakan diadakan.
Pilih ayat penyata
a) Semua pelajar di seluruh Malaysia tidak hadir ke sekolah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
b) "Mengapakah awak tidak mahu tinggal di rumah sahaja ? tanya Sarjan Ali kepada Faiq.
c) " Jangan buka peti ais itu berulang kali", tegah mak Kiah kepada anak-anaknya
d) "kita semua mesti bersabar saat menghadapi dugaan sebegini".Nasihat Ustaz Ebit Wong.
Yang berikut merupakan ayat perintah kecuali
a) ayat suruhan
b) ayat permintaan
c) ayat silaan
d) ayat seruan
Ayat larangan merupakan jenis ayat..............................
a) ayat penyata
b) ayat perintah
c) ayat seruan
d) ayat suruhan
Pilih ayat tanya yang tidak tepat
a) Apakah yang sedang kamu lakukan?
a) Awak tinggal di mana ?
b) Buku ini milik siapa ?
c) Mengapa kamu belum pulang lagi?i
Yang berikut merupakan ayat permintaan kecuali
a) Minta tuan puan memastikan telefon bimbit masing-masing dalam mood senyap
b) Tolong isikan borang ini dengan pen hitam
c) Mohon beredar segera kerana premis ini akan ditutup
d) Minta jangan datang lagi ke tempat ini
Yang berikut merupakan ayat larangan yang tepat kecuali.
a)Jangan buka bungkusan itu.
b) Usah bersedih, tidak lama lagi ibu akan pulang.
c) Tak usah malu-malu , buatlah seperti rumah sendiri
d) Kamu tidak boleh berada di sini.
Aat-ayat berikut merupakan ayat suruhan kecuali
a) Pilihlah yang mana satu berkenan.
b) Siapkanlah kerja sekolah ini.
c) Mintak-mintaklah hujan tidak turun hari ini.
d) Makanlah apa-apa yang terhidang.
............................... beratur semasa membeli makanan di kantin.
a) minta
b) jangan
c) sila
d) jemput
Pllih ayat-ayat yang betul
Cis, engkau rupanya!
Amboi, cantik sungguh awak hari ini!
Wah, besarnya rumah awak!
Syabas, kamu telah berjaya!
Pernyataan yang berikut adalah TEPAT tentang ayat tunggal
Ayat yang hanya mengandungi satu subjek dan satu predikat
Ayat tunggal mengandungi subjek yang terdiri daripada frasa nama
Ayat tunggal mengandungi lebih daripada satu subjek
Contoh ayat tunggal : ibu sedang menanak nasi
Pilih ayat susunan biasa
Ini ayah dan ibu saya
Cantik sungguh kereta ini
Pemain bola sepak JDT sangat handal
Sungguh indah pemandangan di tepi pantai ini.
Pilih ayat-ayat susunan songsang
Belum berjawab soalan itu.
Gadis itu anak siapa
Buku ini berapa harganya ?
Makanan ini belum dijamah.
Plih ayat-ayat tunggal
Ayah saya seorang jurutera
Farhan dan Mikhail merupakan pelajar perubatan
Majalah ini mahal harganya
Puan Farah sedang mempengerusikan mesyuarat
Pilih ayat penyata
a) Semua pelajar di seluruh Malaysia tidak hadir ke sekolah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
b) "Mengapakah awak tidak mahu tinggal di rumah sahaja ? tanya Sarjan Ali kepada Faiq.
c) " Jangan buka peti ais itu berulang kali", tegah mak Kiah kepada anak-anaknya
d) "kita semua mesti bersabar saat menghadapi dugaan sebegini".Nasihat Ustaz Ebit Wong.
Pemandu bas itu dipersalahkan kerana memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan.
Pilih perkataan antonim bagi dipersalahkan
dipersoalkan
dipertikaikan
diperbetulkan
diperdebatkan
Kempen kesedaran Rukun Negara itu berjaya mempersatukan masyarakat yang berbilang bangsa.
Pilih perkataan antonim bagi mempersatukan.
memperebutkan
memperceraikan
mempertemukan
mempertengkarkan
Petani itu ________ tanah di kebunnya sebelum dia menanam sayur sawi, bayam, terung dan kacang panjang.
menebas
memecah
menyiram
menggembur
Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.
mencalit
mencoret
mencelup
mencalar
