wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIDANG 5 / PEMAKANAN SUKAN

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Pemakanan sukan mengaplikasikan strategi pemakanan untuk

a)

Pemulihan selepas latihan.

b)

Meningkatkan tahap kesihatan

c)

Menyesuaikan diri dengan program latihan

d)

Mengekalkan status kesihatan serta mencapai prestasi optimum ketika latihan dan pertandingan

2.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menggambarkan keadaan malnutrisi ?

a)

Faris sengaja mengambil suplemen pelawas untuk menurunkan berat badan sebelum pertandingan.

b)

Ahmad berlatih acara 5000 meter tanpa kelesuan melampau walaupun beliau tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran

c)

Jurulatih mendapati Chan selalu berada dalam keadaan cergas semasa berlatih acara maraton walaupun Chan mengehadkan pengambilan nasi dan bijirin

d)

Berat badan Farah telah meningkat dengan mendadak kerana tidak mengawal pengambilan makanan selama sebulan bercuti di rumah dan didapati tidak layak untuk menyertai pertandingan silat olahraga kategori 60 kilogram

3.

Tujuan utama pengambilan makanan adalah seperti berikut.


I. Membekalkan tenaga

II. Memberi rasa kenyang yang berterusan

III. Membina dan memperbaiki tisu otot yang rosak

IV. Mempertahankan tubuh daripada serangan kuman yang menyebabkan penyakit

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I, III, dan IV

d)

I, II, III dan IV

4.

Antara berikut yang manakah fungsi utama kumpulan makanan seperti susu, ikan dan ayam ?

a)

Pertumbuhan badan

b)

Membekalkan tenaga

c)

Mengelakkan penyakit

d)

Melambatkan proses pencernaan

5.

Tenaga daripada sumber makanan didapati daripada makronutrien berikut kecuali

a)

Lemak

b)

Protein

c)

Vitamin

d)

Karbohidrat

6.

Satu gelas susu penuh krim mengandungi 7 gram lemak. Berapakah kandungan kalori yang terdapat dalam susu penuh krim?

a)

16 kcal

b)

28 kcal

c)

63 kcal

d)

95 kcal

7.

Proses pemindahan haba oleh pergerakan air dan udara keseluruh tubuh dinamakan sebagai

a)

Perolakan

b)

Radiasi

c)

Penyejatan

d)

Konduks

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan Ergogenik dalam rancangan pemakanan sukan?

a)

Pengambilan makanan berkarbohidrat untuk menambah tenaga bagi meningkatkan prestasi atlet

b)

Pengambilan makanan untuk menjaga berat badan dalam sukan tertentu seperti jimnastik

c)

Merujuk kepada bahan atau fenomena tertentu yang boleh meningkatkan prestasi atlet dalam sesuatu sukan

d)

Peralatan yang digunakan oleh untuk meningkatkan kelajuan atau kepantasan

9.

Antara kumpulan makanan berikut, yang manakah dominan bagi atlet bina badan?

a)
b)
c)
d)
10.

Jadual diatas menunjukkan keperluan pengambilan makanan oleh atlit. Apakah Y ?


I. Biskut

II. Jus buah-buahan

III. Minuman berkarbohidrat

IV. Nasi goreng

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Apakah acara yang menggunakan tokokan karbohidrat?

a)

Marathon

b)

Gimnastik

c)

Angkat berat

d)

Renang berirama

12.

Apakah fungsi kreatina dalam penggunaan bantuan ergogenik pemakanan?

a)

Menambahkan jisim otot

b)

Meneutralkan asid semasa aktiviti fizikal

c)

Meningkatan simpanan glikogen otot

d)

Meningkatkan sintesis asid amino

13.

Walaupun protein tidak merupakan sumber tenaga yang utama, pengambilannya tetap penting. Apakah kepentingan protein?

a)

Mengekalkan keadaan tisu dan sel seperti sediakala

b)

Memastikan pembinaan tisu dan pembaik pulih sel tidak terganggu

c)

Menambah jumlah tisu dan sel menjadi lebih banyak

d)

Menjadikan tisu dan sel lebih bertenaga

14.

Dalam satu hidangan makanan yang diambil oleh Nadia mengandungi 70g karbohidrat, 40g protien dan 20g lemak. Berapakah jumlah kalori (c) yang telah diambil oleh Nadia.

a)

600 kcal

b)

620 kcal

c)

480 kcal

d)

520 kca

15.

Antar berikut yang manakah benar tentang kandungan air dalam tubuh.


I. Air ialah medium bagi nutrien lain berfungsi mengawal atur suhu persekitaran

II. Air mengandungi tenaga dan merupakan nutrien yang penting untuk hidup

III. Air ialah komponen utama bagi komposisi badan dan kehilangan air melalui dehidrasi boleh memudaratkan kesihatan dan prestasi sukan

IV. Kombinasi haba dari persekitaran dan haba yang terhasil semasa metabolisme senaman boleh menganggu kandungan air di dalam tubuh

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

16.

Rajah diatas menunjukkan satu kumpulan makanan.

a)

Lemak

b)

Protein

c)

Vitamin

d)

Karbohidrat

17.

Mengapakah atlet yang mengalami kecederaan digalakkan mengambil lebih makanan daripada kumpulan protein?


I. Membekalkan tenaga

II. Membaiki tisu yang rosak

III.Membina sel-sel yang baru

IV.Mengelak jangkitan kuman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Mengapakah pengambilan kuantiti minuman yang dicadangkan bertambah selepas menjalani latihan fizikal?

a)

Meningkatkan suhu dalam badan dan otot

b)

Mengelakkan pengumpulan darah dalam kaki

c)

Melengahkan pembentukan asid laktik dalam darah

d)

Mengawal imbangan cecair dan elektrolit dalam badan

19.

Rajah diatas menunjukkan pelbagai bentuk kafein. Pilih jawapan yang betul berkaitan dengan fungsi kafein.


I. Menambahkan jisim otot.

II. Meningkatkan tumpuan atlet

III. Meningkatkan sintesis asid amino

IV. Meningkatkan stamina dalam aktiviti daya tahan kardiovaskular

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

I dan IV

20.

Apakah perbezaan antara piramid makanan dengan piramid makanan atlet?

a)

Perbezaan aras

b)

Perbezaan jenis makanan

c)

Perbezaan kualiti makanan

d)

Perbezaan kumpulan makanan

21.

Mengapakah pengambilan makanan dan minuman dalam masa 30 minit selepas latihan penting kepada atlet?

a)

Menghilangkan rasa lapar selepas latihan

b)

Membantu membaiki emosi atlet

c)

Membantu pemulihan tenaga dan otot

d)

Mengelakkan peningkatan berat badan

22.

Antara berikut yang manakah benar?

a)

P - Kumpulan lemak, gula dan garam

b)

S - KUmpulan daging dan tenusu

c)

R - Kumpulan bijirin

d)

Q - Kumpulan sayuran dan buah-buahan

23.

Apakah kesan kepada atlet jika pengambilan T tidak mencukupi?

a)

Strok haba

b)

Mengalami dehidrasi

c)

Isipadu darah menjadi pekat

d)

Semua di atas

24.

Rajah diatas menunjukkan cara haba dinyahkan dari tubuh manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan radiasi ?

a)

Proses pemindahan haba melalui pergerakan air atau udara keseluruh tubuh

b)

Peluh menyejat dari permukaan kulit

c)

Proses pemindahan haba secara langsung apabila bersentuh dengan objek

d)

Tenaga haba keluar daripada tubuh ke persekitaran

25.

Manakah antara berikut acara sukan yang atletnya menggunakan sumber tenaga utama eksogenus?

a)

Merejam lembing

b)

Lompat Tinggi

c)

200 meter

d)

5000 meter

26.

Kadar pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi dapat mengurangkan risiko kecederaan. Kecederaan manakah yang mungkin terjadi jika seseorang atlet kurang dalam pengambilan cecair dan elektrolit semasa menjalani latihan dan pertandingan?

a)

Kontusi

b)

Konkusi

c)

Ketegangan otot

d)

Kekejangan otot

27.

Sistem tenaga yang manakah menggunakan sumber tenaga utama eksogenus.

a)

Sistem aerobik

b)

Sistem anaerobik laktik

c)

Sistem anaerobik alaktik

d)

Sistem anaerobk glikolisis

28.

Berdasarkan rajah diatas, yang manakah bantuan ergogenik pemakanan yang paling popular digunakan untuk atlet sukan tersebut ?

a)

Bikarbonat

b)

Kafein

c)

Kreatina

d)

Whey protein

29.

Mengapakah atlet perlu mengambil air dan elektrolit yang cukup semasa latihan dan pertandingan?


I. Mengawal dan mengekalkan suhu tubuh

II. Membina enzim dan antibody

III. Mengekalkan tahap glukosa dalam darah

IV. Menggantikan zat nutrien yang telah digunakan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

“Kajian menunjukkan 90% atlet elit mengambil makanan tambahan untuk meningkatkan prestasi sukan.”Apakah bahan-bahan yang terdapat dalam makanan tambahan yang dipercayai mampu menyumbang terhadap peningkatan prestasi sukan


I. Kafein

II. Kreatina

III. Bikarbonat

IV. Karbohidrat

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV