WorksheetsSEJARAH B4T5 SPM
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada tahun 1946. Apakah tujuan UMNO ditubuhkan?
Mengeratkan perpaduan antara kaum
Menentang pelaksanaan Malayan Union
Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
Mengimbangi kemajuan ekonomi antara kaum
Siapakah yang mengetuai pentadbiran Majlis Eksekutif, Majlis Undangan dan Majlis Raja-Raja Melayu?
Pesuruhjaya Tinggi
Gabenor
Residen
Sultan
Apakah tindakan Sir Harold MacMicheal ketika mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu bagi menandatangani perjanjian Malayan Union?
Menawarkan ganjaran
Mengadakan rundingan
Menandatangani bagi pihak sultan
Menggugut raja akan diturunkan takhta
Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan jus soli yang dibangkitkan dalam Malayan Union?
Memusnahkan status quo orang Melayu
Menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu
Pembentukan pelbagai budaya dan agama
Penghapusan ekonomi tradisional
Tindakan Gabenor Malayan Union dianggap telah mencabar kedudukan agama Islam. Apakah bukti yang menunjukkan tindakan tersebut?
Mengisytiharkan tarikh perayaan
Mengawal kegiatan di masjid
Memungut zakat fitrah
Mengurus baitulmal
Apakah kesan penubuhan Malayan Union kepada orang Melayu?
Pengembalian kuasa Raja-Raja Melayu
Mengurangkan ancaman komunis
Pembentukan semangat perpaduan
Menarik kedatangan imigran
Mengapakah Singapura diasingkan daripada pentadbiran Malayan Union?
Kaya dengan hasil bumi
Menjadi pusat pentadbiran British
Kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
Berperanan sebagai pangkalan tentera British
Pilih DUA syarat yang terkandung dalam Perjanjian Malayan Union 1946.
Kewarganegaraan sama rata
Diketuai oleh Gabenor British
Singapura sebagai pusat pentadbiran
Peringkat negeri diketuai oleh Raja Melayu
Mengapakah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946 ditentang oleh orang Melayu?
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Kedudukan Raja Melayu terhakis
Jawatan pembesar Melayu terhapus
Pemberian kerakyatan tersekat
Agama Islam tercabar
Mengapakah Sultan Selangor dan Sultan Perak bersetuju untuk menerima Perjanjian Malayan Union?
Diugut turun takhta
Desakan rakyat
Dasar setia kawan
Dijanjikan layanan istimewa
Mengapakah Parti Kebangsaan Melayu Malaya menyokong penyatuan pentadbiran agama dalam Malayan Union?
Raja Melayu sebagai ketua agama Islam
Hal ehwal pentadbiran Islam dipermudah
Kegiatan penyebaran Islam diperluas
Hal ehwal Islam diuruskan oleh Raja Melayu
Bagaimanakah orang Melayu menentang pengenalan Malayan Union? Pilih DUA jawapan yang tepat.
Meminta bantuan negara jiran
Melancarkan serangan
Mengadakan rapat umum
Mengadakan Kongres Melayu
Apakah peranan akhbar berikut semasa Malayan Union diperkenalkan?
MAJLIS
WARTA NEGARA
UTUSAN MELAYU
Mengasaskan parti politik
Mengadakan Kongres Melayu
Menyuarakan bantahan secara berterusan
Menyebarkan propaganda Jepun
Perkara berikut menerangkan bentuk penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
DEMONSTRASI
KONGRES MELAYU
PENUBUHAN UMNO
Apakah nilai yang boleh kita contohi daripada tindakan tersebut?
Rasional
Toleransi
Perpaduan
Hemah Tinggi
Apakah hasil yang dicapai melalui Kongres Melayu yang berlangsung pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur?
Penubuhan UMNO
Pemulauan majlis pengisytiharan Malayan Union
Pemuafakatan dengan Raja-Raja Melayu
Pembubaran Malayan Union
Apakah matlamat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union?
Menumpukan taat setia
Menguatkan pasukan tentera
Membantu dalam pentadbiran
Membanteras ancaman komunis
Pilih DUA akhbar yang menyuarakan bantahan terhadap penubuhan Malayan Union 1946.
Fajar Sarawak
Warta Negara
Utusan Melayu
Lembaga Malaya
Apakah matlamat utama British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu?
Memelihara kedaulatan negara
Meneruskan dasar perlindungan
Mengisytiharkan sistem demokrasi
Menghapuskan negara bangsa Melayu
Dalam pentadbiran Malayan Union, Pesuruhjaya Negeri mengetuai 11 buah negeri-negeri Melayu.
Pilih DUA kesimpulan yang boleh dibuat tentang sistem pentadbiran tersebut?
Merealisasikan status negeri naungan
Mewujudkan sebuah kesatuan yang kuat
Menolak tradisi dan sistem politik Melayu
Mengiktiraf Raja Melayu sebagai ketua kerajaan
Di bawah Malayan Union, Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa dan kehilangan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu. Apakah buktinya?
Penyatuan negeri-negeri Melayu
Pengenalan sistem birokrasi Barat
Penetapan lingkungan pengaruh
Pungutan zakat fitrah di bawah nama Gabenor Malayan Union
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mendapat sokongan bekas pegawai British.
Pilih DUA tokoh tersebut.
Sir Frank Swettenham
Sir Cecil Clementi
Sir Edward Gent
L. D. Gammans
Mengapakah British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Orang Melayu tidak menuntut kemerdekaan
British takut dengan serangan orang Melayu
Ancaman komunis yang berleluasa
Serangan orang dagang
Apakah kepentingan Piagam Atlantik 1945 yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Tanah Melayu?
Meningkatkan kerjasama ekonomi
Menyeragamkan sistem pentadbiran
Berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri
Pembentukan masyarakat berbilang kaum
Apakah kejayaan terpenting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu
Pelaksanaan sistem penasihat
Penyelarasan sistem pewarisan takhta
Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan
Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu.
Apakah kesan prinsip kerakyatan tersebut yang diperkenalkan pada tahun 1948?
Mengukuhkan kuasa pembesar
Mengimbangi jumlah penduduk
Menggalakkan kemasukan orang dagang
Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu
Raja-Raja Melayu bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di King's House Kuala Lumpur. Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui perjanjian tersebut?
Hak istimewa terjamin
Taraf hidup meningkat
Kemerdekaan tercapai
Kebebasan berpolitik
Raja-Raja Melayu menyuarakan tuntutan dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah DUA tuntutan tersebut?
Kerakyatan jus soli ditolak
Ketuanan Melayu dipelihara
Kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
Singapura dikembalikan kepada Tanah Melayu
Mengapakah penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada kerajaan British ditentang oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan Sarawak?
Penentangan Majlis Negeri
Penipuan terhadap pembesar
Penghapusan hak istimewa peribumi
Percanggahan dengan Perlembagaan 1941
Dianggotai oleh golongan muda yang ditubuhkan sebagai reaksi menentang penyerahan Sarawak kepada British.
Apakah nama pertubuhan tersebut?
Barisan Pemuda Sarawak
Gerakan Pemuda Melayu
Rukun Tiga Belas
Kaum Ibu PKMS
Pilih DUA faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sokongan pegawai tinggi British
Sikap politik Melayu yang sederhana
Perpaduan semua kaum di Tanah Melayu
Perkembangan pengaruh Parti Komunis Malaya
AMCJA dan PUTERA telah ditubuhkan pada tahun 1947. Apakah tujuan pembentukan pertubuhan tersebut?
Menentang British dan UMNO
Mempertahankan hak orang dagang
Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
Menentang pelaksanaan Malayan Union
Antara berikut, yang manakah DUA ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Raja Berperlembagaan diwujudkan
Persekutuan diketuai oleh Majlis Raja-Raja
Sultan menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
Apakah kepentingan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Pembubaran institusi Raja Melayu
Perkongsian kuasa politik pelbagai kaum
Pewujudan konsep Raja Berperlembagaan
Pembentukan sebuah kerajaan berpusat
Mengapakah orang dagang dan golongan radikal Melayu menentang Perundingan Jawatankuasa Eksekutif 1945?
Memulihkan status kesatuan
Menyekat perpaduan kaum
Menuntut konsep sebuah republik
Mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan suatu kemenangan bagi orang Melayu.
Pilih DUA bukti yang menyokong pernyataan tersebut.
Syarat kerakyatan dilonggarkan
Dasar perlindungan diteruskan
Ketuanan bangsa Melayu dipelihara
Prinsip jus soli dimansuhkan sama sekali
Mengapakah gerakan anti-penyerahan di Sarawak menghadapi kegagalan?
Pemimpin tidak bersatu
Penduduk tidak berpendidikan
Pengeluaran surat amaran British
Penduduk menggunakan kekerasan
Pilih DUA cara penentangan orang Melayu Sarawak terhadap penyerahan Sarawak kepada British.
Mengadakan demonstrasi
Menghantar surat bantahan
Melancarkan perang gerila
Membunuh rakyat British
AMCJA dan PUTERA telah mencadangkan Perlembagaan Rakyat 1947. Pilih DUA tuntutan dalam perlembagaan tersebut.
Kerakyatan sama rata
Pengasingan Singapura
Penubuhan Parti Perikatan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Pada tahun 1946, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Pilih DUA sebab beliau bertindak demikian.
Desakan British
Umur sudah lanjut
Tiada pewaris yang layak
Desakan ketua tempatan
Apakah gesaan yang terkandung dalam Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?
Prinsip jus soli
Dasar dekolonisasi
Kerakyatan terbuka
Kontrak sosial antara British dengan Raja Melayu
