wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan Bahan Buangan

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud bahan buangan?

a)

Bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan

b)

Barangan yang tahan lama dan mudah disimpan

c)

Bahan yang terpakai dan boleh diguna semula

d)

Bahan yang tidak boleh diguna semula

2.

Antara yang berikut, bahan buangan manakah yang dikelaskan sebagai bahan buangan sisa toksik?

a)

Sisa makanan

b)

Asap kenderaan

c)

Besi buruk

d)

Najis hiawan

3.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan amalan pengurusan bahan buangan yang tidak terancang?

a)

Menanam bahan buangan terbiodegradasikan ke dalam tanah

b)

Mengikat dan membungkus bahan buangan dengan kemas sebelum dibuang

c)

Mengamalkan pengasingan bahan buangan sebelum dibuang

d)

Mengalirkan sisa cecair kimia, toksik dan kimia ke dalam longkang atau saliran

4.

Apakah kesan buruk situasi yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

Mengakibatkan pertambahan kekerapan bencana jerebu

b)

Penularan wabak penyakit

c)

Bilangan spesies haiwan bertambah di kawasan itu

d)

Tanah runtuh

5.

Apakah jenis bahan buangan yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

Logam

b)

Kertas

c)

Sisa toksik

d)

Plastik

6.

Sisa makanan yang dibuang menghasilkan bau yang kurang enak. Ini menunjukkan bahawa ......

a)

Sisa makanan ialah bahan buangan tidak terbiodegradasi

b)

Bahan makanan mudah rosak dan berbau

c)

Sisa makanan ialah bahan buangan terbiodegradasi

d)

Bahan makanan menyebabkan pencemaran udara

7.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan amalan pengurusan bahan buangan yang terancang?

a)

Bahan buangan diasingkan mengikut jenis sebelum dibuang

b)

Membuang bahan buangan kimia dan minyak ke dalam sungai

c)

Pembakaran sampah-sarap secara terbuka tanpa kawalan

d)

Tidak membungkus dan mengikat bahan buangan dengan kemas sebelum dibuang

8.

Bau busuk yang dihasilkan daripada sisa makanan yang dibuang adalah disebabkan oleh ....

a)

Tindakan mikroorganisma dalam proses pengecutan

b)

Tindakan mikroorganisma dalam proses pengembangan

c)

Tindakan mikroorganisma dalam proses pereputan

d)

Tindakan mikroorganisma dalam proses pengawetan

9.

Antara bahan buangan berikut, yang manakah boleh dilupuskan dengan cara menimbusnya di dalam tanah?

a)
b)
c)
d)
10.

Apakah punca bagi situasi yang disenaraikan di atas berlaku?

a)

Menanam bahan buangan ke dalam tanah

b)

Pelepasan asap dari kilang dan kenderaan

c)

Membuang sampah ke dalam sungai / sistem saliran

d)

Membuang bahan buangan mengikut jenis

11.

Sesetengah penduduk pedalaman suka membuang sampah ke dalam sungai. Apakah kesan yang berlaku akibat daripada tindakan penduduk itu?

a)

Akan menyebabkan hujan asid

b)

Tanah kawasan itu menjadi kurang subur

c)

Sumber bekalan air bersih tercemar

d)

Populasi haiwan akuatik bertambah

12.

Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasi?

a)

Bahan buangan yang direputkan oleh mikroorganisma.

b)

Bahan buangan yang mengambil masa yang lama untuk mereput

c)

Bahan buangan yang dihasilkan dari kilang-kilang perindustrian

d)

Bahan buangan yang mencemarkan alam sekitar apabila dibuang merata-rata

13.

Rajah menunjukkan empat jenis objek. Susun objek mengikut urutan, daripada yang paling cepat mereput kepada paling lambat mereput

(a)  

14.

Manakah antara berikut amalan yang baik untuk menjaga kebersihan sumber air kita?

a)

Sisa kumbahan disalir terus ke sungai

b)

Elak membuang sampah ke dalam kolam renang

c)

Membina kawasan perumahan jauh dari sungai

d)

Menjaga kebersihan longkang supaya tidak tersumbat

15.

Jenis bahan buangan manakah yang tidak dipadankan dengan betul kepada sumbernya?

a)

Bahan kumbahan - Rumah

b)

Racun serangga - Kereta

c)

Asid - Kilang

d)

Beg Plastik - Pasar

16.

Kuala Lumpur merupakan salah satu bandar yang kerap dilanda banjir kilat. Apakah yang menyebabkan kejadian ini berlaku?

a)

Aliran sungai yang sangat deras menuju ke bandar

b)

Aliran air yang terhalang oleh timbunan sampah dalam longkang dan parit

c)

Hujan yang sangat lebat menyebabkan air sungai melimpah

d)

Jalan raya dibina di kawasan yang rendah dan mudah ditenggelami air

17.

Apakah cara yang betul untuk melupuskan bahan buangan yang diperbuat daripada plastik?

a)

Buang di tepi tong sampah.

b)

Kitar semula.

c)

Pembakaran terbuka.

d)

Ditanam di dalam tanah.

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula

a)

Menggunakan semula bahan-bahan lama dan terpakai

b)

Memproses bahan tin dan logam

c)

Mengasingkan bahan mengikut jenis

d)

Menghasilkan bahan baru daripada bahan terpakai

19.

Jadual menunjukkan kuantiti bahan buangan daripada pelbagai jenis bahan buangan. Ramalkan situasi yang akan berlaku jika situasi ini dibiarkan berterusan selama seminggu?

a)

Penyebaran bakteria dan serangga perosak

b)

Menjejaskan keselesaan hidup

c)

Alam semulajadi menjadi lebih indah

d)

Pencemaran udara berlaku

20.

Antara yang berikut, kempen yang manakah bertujuan untuk memupuk amalan kehidupan lestari bagi bahan tidak terbiodegradasi?

a)

Hari tanpa beg plastik

b)

Sedekah lebihan makanan

c)

Hari tanpa kenderaan

d)

Gotong royong