Font size
WorksheetsAhlus Sunnah Wal Jamaah, Syiah dan Khawarij
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah kumpulan yang bergegang teguh dengan Al Qur'an dan Al-Sunnah serta perkara yang dibawa oleh sahabat baginda serta menentang ....
khurafat
perkara bid'ah
kifarah
syiah
Maksud bid'ah ialah .....
menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran
melakukan dosa berterusan
perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah
perkara karut yang dengan konsep tauhid
Nama lain bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah ialah Ahlus Sunnah, Al Jamaah, Ahlul Hadis dan ....................
Ahlul Bait
Al-Khawarij
Al-Salafus Soleh
Al-Ahlu
X dalam rajah di atas ialah ... (2006)
pelaku dosa besar dianggap kafir
menolak prinsip al Salaf al Soleh
al Quran Karim ialah makhluk
iman boleh bertambah dan berkurang
Pernyataan manakah yang TIDAK BENAR mengenai kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah ?
Membersihkan aqidah daripada sebarang kekeliruan
Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
Dapat memasuki syurga
Hidup diredhai Allah
Berikut ialah prinsip akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah KECUALI ....................
Berpendapat jawatan imam hanya layak disandang Ahlul Bait
Berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan Al-Sunnah
Tidak menghukum kecuali erdapat bukti yang sahih
Tidak mencela atau mengkafirkan orang yang tidak sealiran
Bagaimanakah pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah mengenai Al-Quran ?
Al-Quran adalah Kalam Allah
Al-Quran adalah makhluk Allah
Al-Quran adalah bersifat baharu
Al-Quran adalah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w
Siapakah yang memasyhurkan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Zaid bin Ali Zainal Abidin dan Al Hasan bin Al-Haitham
Imam Abu Hassan al-Syari dan Zaid bin Ali Zainal
Abu Mansur al-Maturidi dan Zaid bin Ali Zainal
Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi
Siapakah Al Salaf Al Soleh ?
golongan yang mendalami ilmu Suluk
golongan yang banyak menghafaz Al Qur’an yang hidup dikurun ke 3 H
golongan soleh yang hidup sebelum kurun ke 5 hijrah
golongan soleh yang hidup sebelum kurun ke 3H iaitu sahabat, tabi'in dan itba' al tabi’in
Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah muncul kerana
tercetus fitnah dalam masyarakat
perpecahan di kalangan masyarakat
berleluasa amalan bidaah dalam masyarakat Islam
penentangan terhadap sahabat-sahabat Rasulullah
Manakah di antara pernyataan berikut merujuk kepada pengertian Syiah
Golongan yang bercita-cita menjadikan Saidina Ali sebagai khalifah dan menolak Majlis Tahkim
Golongan yang berpendapat jawatan pemimpin layak disandang oleh ahlul bait sahaja
Golongan yang bercita-cita menjadikan Saidina Ali r.a sebagai Khalifah
Golongan yang menentang Muawiyah dan menerima Majlis Tahkim
Iman seseorang boleh bertambah bila melakukan (a) dan berkurang bila melakukan maksiat.
Khawarij adalah penyokong Syaidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima (a)
Pegangan Khawarij
P : ___________________________
Q: menerima al-Quran sahaja
S: mengkafirkan yang berbeza dengan mereka.
P - adalah merujuk kepada...
beriktikad bahawa alam ini bersifat kekal
pelaku dosa besar berada diantara keimanan dan kekufuran
perbuatan manusia adalah dilakukan oleh manusia bukannya Allah SWT
pelaku dosa besar adalah kafir
Yang berikut menerangkan tentang ciri-ciri fasik, KECUALI.
sering mencuri
minum arak dan menagih dadah
menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu
selalu meninggalkan solat dengan sengaja
Pernyataan manakah yang menerangkan tentang ciri-ciri orang yang mulhid ?
i- keluar daripada agama Islam
ii- hidup bebas tanpa peraturan agama
iii- menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran
iv- meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri
i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
ii dan iv
Kumpulan ini berpendapat bahawa jawatan pemimpin umat islam ( imam ) hanya layak disandang oleh Ahlul Bait.
Pernyataan di atas merujuk kepada pegangan syiah ..........
Syiah Batiniah
Syiah Taslim
Syiah Imamiah
Syiah Zaidiah
Apakah maksud ' Taqiyyah '
Nikah sementara waktu atau nikah kontrak
menghalalkan beberapa perkara seperti minum arak
Menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka
Membataskan sumber syariat kepada Al Quran sahaja
Beriktikad kedudukan pelaku dosa besar berada di antara keimanan dan kekufuran.
Kenyataan di atas merujuk kepada pegangan ..
Syiah Imamiah
Syiah Zaidiah
Syiah Al Batiniah
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Berikut adalah iktikad Syiah Zaidiyyah KECUALI .....
Pelaku dosa besar berada di antara keimanan dan kekufuran
Perbuatan manusia dilakukan oleh manusia sendiri
Menolak kemaksuman para Imam
Beramal dengan taqiyyah
Membataskan sumber syariah kepada Al-Qur'an sahaja.
Pernyataan di atas.. merujuk kepada iktikad .......
Syiah Batiniyyah
Syiah Zaidiyyah
Khawarij
Syiah Imamiah
Mengharuskan nikah Mut'ah.
Pernyataan di atas merujuk kepada iktikad ........
Syiah Imamiah
Syiah Zaidiyyah
Syiah Batiniyyah
Khawarij
Berikut adalah langkah memelihara iman KECUALI ......
Membina ketahanan akidah dengan berdoa
Menjauhi pengamal ajaran sesat
Belajar daripada semua guru tentang akidah yang benar
Sentiasa menunaikan perintah Allah dan menjauhi larangannya
