Font size
WorksheetsUNIT 2: PERLEMBAGAAN MALAYSIA (Pre/Post-TEST)
Total questions: 35
Worksheet time: 25mins
Undang-undang bertulis adalah sumber undang-undang di Malaysia. Berikut merupakan Undang-undang Bertulis di Malaysia KECUALI ...
Undang-undang Islam
Perlembagaan Persekutuan
Keputusan-keputusan mahkamah
Enakmen/ Ordinan
I. sekatan-sekatan yang membataskan kebebasan individu.
II. pindaan terhadap Perlembagaan tidak boleh dibuat dengan sewenang -wenangnya.
III. rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada diskriminasi dalam perlembagaan.
IV. perubahan pemimpin selepas pilihan raya tidak mengubah corak pemerintahan
I. Perlantikan ketua negara secara bergilir-gilir dari kalangan raja-raja Melayu.
II. Segala keputusan dan tindak tanduk kerajaan harus selari dengan Perlembagaan.
III. Kerajaan pusat merupakan kerajaan berperlembagaan.
IV. Yang di-Pertuan Agung memiliki kuasa veto.
Manakah antara berikut merujuk kepada salah satu fungsi perlembagaan?
Membolehkan rakyat membuat keputusan membelakangi pihak kerajaan
Mengutamakan kuasa mutlak raja dalam pentadbiran
Menyamakan ciri-ciri undang-undang tempatan dengan undang-undang antarabangsa.
Menjamin riwayat negara bangsa dan melindungi hak-hak rakyat
Salah satu contoh undang-undang bertulis ialah:
Undang-undang adat
Keputusan mahkamah
Akta Parlimen
Common law
Konsep ketertinggian perlembagaan bermaksud:
Ketertinggian Perlembagaan mengatasi kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Raja merupakan kuasa tertinggi pentadbiran yang berkuasa mutlak.
Mahkamah memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran persekutuan.
Kuasa parlimen mengatasi ketertinggian kuasa Dewan Undangan Negeri.
Apakah badan yang menggubal undang-undang persekutuan atau juga dikenali sebagai akta?
Mahkamah
Dewan Undangan Negeri
Parlimen
Kabinet
Apakah badan yang menggubal undang-undang negeri seperti enakmen?
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Dewan Kabinet
Dewan Undangan Negeri
Jika Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang membelakangkan perlembagaan, tindakan tersebut boleh dibatalkan oleh:
Mahkamah
Perbadanan awam
Kementerian
Exco Negeri
Manakah antara berikut BUKAN ciri-ciri Perlembagaan Malaysia?
Malaysia mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan
Malaysia sebuah negara republik
Terdapatnya doktrin pengasingan kuasa
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
Apakah salah satu sebab pindaan perlembagaan boleh dibuat?
Memudahkan pihak kerajaan mengawal sepenuhnya tindakan rakyat
Memberi kelonggaran kepada negara luar untuk mengeksploitasi ekonomi negara.
Membolehkan rakyat mengubah perlembagaan supaya sesuai dengan kehendak mereka.
Melindungi kepentingan rakyat jika undang-undang terdahulu tidak memuaskan.
Perkara ini memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu. Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan ini merujuk kepada:
Perkara 152
Perkara 153
Perkara 160
Perkara 3 (1)
Jika ada mana-mana pihak cuba mengungkit isu bahasa dalam kalangan khalayak ramai, mereka boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah:
Akta Lalu lintas
Akta Pendidikan
Akta Hasutan
Akta Persatuan
Majlis ini merupakan tempat bagi raja dan Yang Dipertua Negeri untuk bertemu dan berbincang. Ia dianggotai oleh sembilan orang raja Melayu dan empat Yang Dipertua Negeri. Ia juga merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal agama Islam. Majlis ini merujuk kepada:
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Majlis Raja-raja
Majlis Yang Dipertua Dewan Negara
Majlis di Jabatan Perdana Menteri
Manakah antara berikut BUKAN fungsi Majlis Raja-raja?
Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas
Memberi ampun atau meringankan hukuman-hukuman
Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan
Mengawal, menentukan dan menyelaras semua keputusan kerajaan negeri
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:
Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan
Hak-hak kewargenagaraan
Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan
Konsep Raja Berperlembagaan
Jika seseorang individu lahir di luar Malaysia, bapanya seorang warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan, apa yang perlu dilakukan oleh bapanya?
Dalam tempoh setahun selepas kelahirannya, ia perlu didaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.
Bapanya perlu membawanya ke tanah air dan mendaftarkan di Pejabat Pendaftaran.
Menunggu sehingga 5 tahun selepas kelahiran dan mendaftarkannya di Pejabat Kedutaan.
Mendaftar di Pejabat imigresen negara tersebut untuk mendapatkan kerakyatan negara tersebut.
Manakah antara berikut TIDAK terkandung dalam syarat kewarganegaraan melalui naturalisasi bagi orang asing?
Menetap di Persekutuan Malaysia 10-12 tahun sebelum tarikh permohonan
Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan Malaysia
Tingkah laku baik dan berpengetahuan dalam Bahasa Melayu
Ibu-bapanya juga mestilah mendaftar menjadi warganegara Malaysia.
Kewarganegaraan Secara Percantuman Wilayah pernah berlaku di Malaysia semasa:
Penduduk Sabah Sarawak menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Tanah Melayu membuka kerakyatan kepada semua imigren sebelum kemerdekaan.
Indonesia mencadangkan gabungan Malaysia dan Indonesia dalam pembentukan negara.
Malayan Union menyeragamkan pentadbiran Negeri-negeri Selat dengan Negeri Melayu Bersekutu.
Antara berikut yang manakah kesalahan yang menyebabkan seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya?
Bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan.
Melancong ke negara asing dan sentiasa memastikan visa dan pasportnya tidak melebihi tempoh.
Menjadi tidak siuman dan dibebani dengan hutang piutang yang terlalu banyak.
Tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Perkara 153 ada menyebut bahawa rezab Melayu dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan hanya boleh ditentukan oleh:
Ahli jemaah menteri
Dewan Parlimen
Yang Di Pertuan Agong (YDPA)
Yang di Pertua Negeri
- Fasal 2: sekiranya dibuat pengaduan kepada Mahkamah Tinggi atau kepada mana-mana hakim kerana seseorang ditahan kerana menyalahi undang-undang, mahkamah hendaklah menyiasat tentang perkara tersebut terlebih dahulu, melainkan berpuas hati penahanan itu sah di sisi undang-undang.
- Fasal 3: jika seseorang itu ditangkap, dia hendaklah diberitahu segera sebab-sebab dia ditangkap dan dibenarkan untuk membela diri
Perkara di atas berkaitan dengan:
Hak untuk harta
Keabdian dan kerja paksa
Hak kebebasan diri
Larangan Buang Negeri
Kebebasan ____________ tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.
Bergerak
Harta
Kerja Paksa
Yayasan
Apakah tujuan peruntukan khas perkara 153
menyatukan rakyat pelbagai keturunan bagi mewujudkan perpaduan
memenuhi kehendak nrakyat untuk kepentingan masyarakat dan pemimpin
memelihara hak istimewa orang melayu dan bumiputera sabah dan sarawak
Bilakah Perlembagaan Persekutuan diluluskan?
15 Ogos 1957
31 Ogos 1957
14 Ogos 1957
26 Ogos 1957
Apakah hak warganegara?
Mendapat biasiswa daripada pentadbiran
Mengundi dalam pilihan raya
Bergerak dengan bebas ke mana-mana bahagian negara
Mengundi dalam penubuhan UMNO
Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
I. Perancangan bandar dan desa
II. Pertanian dan perhutanan
III. Kutipan zakat dan fitrah
IV. Kesihatan awam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
