wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TING. 2 (UPP1 - BAB 3 DAN 4)

Total questions: 40

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Karbohidrat adalah sejenis sebatian organik yang mengandungi unsur

a)

Karbon dan hidrogen sahaja

b)

Karbon dan oksigen sahaja

c)

Karbon, hidrogen dan oksigen

d)

Karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen

2.

Makanan simpanan dalam haiwan adalah

a)

Glikogen

b)

Kanji

c)

Selulosa

d)

Polipeptida

3.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi protein?

a)

Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu.

b)

Menggantikan sel-sel yang telah mati

c)

Merangsang peristalsis

d)

Mensintesis hormon, enzim dan antibodi

4.

Lemak terbentuk daripada

a)

Asid amino

b)

Asid lemak dan gliserol

c)

Glukosa

d)

Air

5.

Antara berikut, yang manakah vitamin larut lemak?

a)

B dan A

b)

C dan D

c)

B dan C

d)

E dan K

6.

Pelawas terdiri daripada komponen yang membentuk dinding sel tumbuhan iaitu

a)

Glikogen

b)

Kanji

c)

Selulosa

d)

Polipeptida

7.

Kalsium adalah sejenis mineral. Apakah yang berlaku sekiranya kekurangan kalsium?

a)

Anemia

b)

Goiter

c)

Riket

d)

Lumpuh

8.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi air?

a)

Membina sel-sel badan yang baru

b)

Pelarut bahan kimia

c)

Medium pengangkutan nutrient dan oksigen

d)

Mengawal atur suhu badan

9.

Antara makanan berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga utama kepada badan manusia?

a)

Keju

b)

Nasi

c)

Ikan

d)

Susu

10.

Antara kelas makanan berikut, yang manakah mempunyai nilai kalori yang paling tinggi?

a)

Karbohidrat

b)

Protein

c)

Vitamin

d)

Lemak

11.

Antara berikut, yang manakah BUKAN pencernaan fizikal?

a)

Melibatkan enzim

b)

Proses pemecahan makanan oleh gigi

c)

Melibatkan peristalsis

d)

Berlaku dalam sistem pencernaan

12.

Apakah enzim yang dirembeskan di mulut?

a)

Protease

b)

Amilase

c)

Lipase

d)

Tripsin

13.

Dinding perut merembeskan

a)

Amilase

b)

Lipase

c)

Asid hidroklorik

d)

Tripsin

14.

Makanan separa cecair di dalam perut dipanggil sebagai

a)

Bolus

b)

Kanji

c)

Polipeptida

d)

Kim

15.

Di duodenum, amilase pankreas mencernakan kanji kepada

a)

Glukosa

b)

Maltosa

c)

Asid lemak

d)

Gliserol

16.

Di usus kecil, maltase mencernakan maltosa kepada

a)

Glukosa

b)

Asid amino

c)

Gliserol

d)

Asid lemak

17.

Proses penyerapan semula berlaku di usus besar. Apakah bahan yang diserap semula di usus besar?

a)

Selulosa

b)

Lemak

c)

Protein

d)

Air dan mineral

18.

Bahagian manakah tinja akan di simpan sementara sebelum disingkirkan di dubur?

a)

Usus kecil

b)

Usus besar

c)

Rektum

d)

Perut

19.

Di usus kecil , terdapat struktur unjuran untuk meningkatkan luas permukaan proses penyerapan makanan tercerna. Apakah struktur tersebut?

a)

Vilus

b)

Lakteal

c)

Kapilari darah

d)

Sel

20.

Glukosa digunakan untuk

a)

Membentuk komponen sel-sel

b)

Menghasilkan tenaga dalam proses respirasi

c)

Sebagai penebat haba

d)

Sebagai pelindung organ dalaman

21.

Bagaimanakah penyakit tidak berjangkit boleh berlaku?

a)

Vektor

b)

Sentuhan

c)

Udara

d)

Gaya hidup

22.

Apakah maksud patogen?

a)

Organisma yang menyebabkan penyakit

b)

Vektor yang membawa penyakit

c)

Mangsa yang terkena jangkitan

d)

Medium yang menyebabkan jangkitan

23.

Contoh penyakit berjangkit disebabkan udara ialah

a)

Kolera

b)

Sifilis

c)

H1N1

d)

Demam kepialu

24.

Panau dan Kurap adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh

a)

Bakteria

b)

Virus

c)

Kulat

d)

Vektor

25.

Antara berikut, yang manakah vektor?

a)

Virus denggi

b)

Nyamuk aedes

c)

Virus Zika

d)

Plasmodium malaria

26.

Bagaimana mekanisma menghalang penularan penyakit berjangkit pada peringkat sekunder?

a)

Meningkatkan tahap kesihatan

b)

Meningkatkan daya tahan badan

c)

Mengawal populasi vektor

d)

Mengasingkan pesakit daripada orang lain.

27.

Strategi pertahanan badan di peringkat barisan pertahanan pertama melibatkan

a)

Kulit

b)

Kulit dan membran mukus

c)

Sel darah putih

d)

Antibodi

28.

Sel darah putih pada barisan pertahanan kedua mampu melawan patogen melalui

a)

Fagositosis

b)

Mukus

c)

Antibodi

d)

Hemoglobin

29.

Barisan pertahanan ketiga melibatkan

a)

Kulit yang menghasilkan sebum dan peluh

b)

Sel darah putih yang melawan patogen secara fagositosis

c)

Sel darah putih yang melawan patogen dengan menghasilkan antibodi

d)

Membran mukus yang menghasilkan lilin

30.

Apakah maksud antibodi?

a)

Sejenis protein yang melawan patogen

b)

Sejenis lemak yang melawan patogen

c)

Sejenis karbohidrat yang melawan patogen

d)

Sejenis antigen yang melawan patogen

31.

Apakah yang terkandung dalam vaksin?

a)

Patogen yang dilemahkan/dimatikan

b)

Sel darah putih

c)

Antibodi

d)

Bahan kimia

32.

Mengapa suntikan vaksin penting kepada manusia?

a)

Menghasilkan lebih banyak sel darah putih

b)

Membentuk keimunan terhadap jangkitan penyakit tertentu

c)

Menghasilkan lebih banyak sel darah merah

d)

Menghasilkan lebih banyak enzim

33.

Antibodi yang diperoleh dari susu ibu atau darah ibu merupakan keimunan

a)

AKtif semulajadi

b)

Aktif buatan

c)

Pasif semulajadi

d)

Pasif buatan

34.

Suntikan antiserum diberikan kepada pesakit untuk

a)

Menggalakkan sel darah putih menghasilkan antibodi

b)

Memperoleh antibodi dengan segera

c)

Memperoleh keimunan berpanjangan

d)

Mengelakkan serangan penyakit di masa akan datang

35.

Seseorang yang telah sembuh dari penyakit memperoleh keimunan

a)

Pasif semulajadi

b)

Pasif buatan

c)

Aktif buatan

d)

Aktif semulajadi

36.

Apakah tujuan suntikan kedua dalam keimunan aktif buatan?

a)

Memperoleh keimunan pasif

b)

Meningkatkan aras keimunan badan

c)

Meningkatkan lebih banyak antibodi

d)

Menghasilkan lebih banyak sel darah putih

37.

Apakah punca kepada sistem keimunan yang lemah?

a)

Pengambilan gula secara berlebihan

b)

Beriadah

c)

Tidak merokok

d)

Rehat

38.

Wabak demam denggi telah berlaku di sebuah kampung. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengawal wabak tersebut?

a)

Tutup makanan

b)

Hapuskan air bertakung

c)

Elakkan bersentuhan dengan pesakit

d)

Mewujudkan sistem pembuangan najis yang berkesan

39.

Antara berikut, yamg manakah penyakit berjangkit?

a)

Tuberkulosis

b)

Barah peparu

c)

Kencing manis

d)

Asma

40.

Malaria ialah penyakit bawaan

a)

Udara

b)

Sentuhan

c)

Vektor

d)

Air