Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERKAHWINAN

Total questions: 50

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Pengertian yang sesuai bagi wali mujbir ialah

a)

Bapa atau datuk kepada perempuan janda

b)

Bapa atau datuk sebelah bapa kepada perempuan yang masih gadis

c)

Selain daripada bapa dan datuk kepada perempuan yang masih gadis

d)

Pemerintah atau semua wali yang dilantik oleh kerajaan

2.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَات الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Ciri utama memilih bakal isteri menurut hadis di atas ialah

a)

Rupa paras yang cantik

b)

Pegangan agama yang teguh

c)

Keturunan yang baik

d)

Keluarga berharta

3.

Hikmah walimatul urus ialah:

a)

Memupuk semangat kerjasama dalam pelbagai lapisan masyarakat

b)

Menzahirkan keikhlasan suami terhadap isteri

c)

Bermulanya tanggungjawab suami terhadap isteri

d)

Mengiktiraf dan meningkatkan taraf perempuan

4.

Berikut adalah syarat2 sah akad ijab dan kabul dalam akad nikah kecuali:

a)

Di antara ijab dan kabul tidak boleh diselangi dengan kata2 yang lain

b)

Bahasa yang digunakan hendaklah difahami oleh semua yang hadir

c)

Hendaklah menggunakan perkataan nikah atau تزويج

d)

Ijab dan kabul berlaku di dalam satu majlis

5.

Wali mujbir merujuk kepada.....

a)

Bapa sahaja

b)

Bapa dan datuk

c)

Saudara lelaki sahaja

d)

Datuk,bapa dan saudara lelaki

6.

Maksud adil bagi wali dalam perkahwinan ialah...

a)

Tidak menzalimi mana-mana pihak

b)

Tidak mempunyai kecacatan pancaindera

c)

Tidak bersifat pilih kasih dalam sesuatu perkahwinan

d)

Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dalam dosa kecil

7.

Antara yang berikut yang manakah rukun nikah?

a)

Mahar

b)

Meminang

c)

Si'rah

d)

Walimatul urus

8.

Seorang lelaki yang mempunyai kewangan yang kukuh tetapi lemah syahwat

********************


Hukum berkahwin bagi situasi diatas ialah.....

a)

Sunat

b)

Makruh

c)

Harus

d)

Haram

9.

Pemberian wajib daripada suami kepada isteri disebabkan akad nikah.

*****************


Pernyataan di atas merujuk kepada......

a)

Hibah

b)

Mahar

c)

Nafkah

d)

Mut'ah

10.

Berikut

adalah syarat-syarat bakal suami dalam

Islam.

a)

Lelaki

b)

Beristeri empat

c)

Berada dalam ihram haji

d)

Bukan mahram kepada isteri

11.

-Ibu mertua

-menantu perempuan

Pernyataan di atas berkaitan dengan perempuan yang haram dikahwini ....

a)

kerana persemendaan

b)

sementara

c)

kerana penyusuan

d)

sebab keturunan

12.

Berikut adalah pernyataan yang benar tentang rukun nikah kecuali...

a)

suami dan isteri

b)

wali dan dua orang saksi

c)

sighah(ijab dan kabul)

d)

mahar

13.

Ulama Mazhab Syafie mengharuskan untuk melihat calon isteri sebelum berkahwin.Anggota yang sunat dilihat ialah..

a)

kaki

b)

muka

c)

tangan

d)

mata

14.

Berikut adalah syarat bakal isteri kecuali...

a)

Islam

b)

bukan isteri orang

c)

bukan mahram kepada suami

d)

dalam iddah talak raj'ie

15.

Ciri bakal isteri yang diberikan keutamaan oleh Rasulullah SAW ialah...

a)

memiliki rupa paras yang cantik

b)

memiliki kekayaan

c)

keturunan yang baik

d)

beragama dan mengamalkannya

16.

Antara berikut yang manakah perempuan yang haram dikahwini disebabkan keturunan?

a)

ibu tiri dan ke atas

b)

ibu mertua dan ke atas

c)

anak tiri dan ke atas

d)

ibu,nenek dan ke atas

17.

Berikut adalah sebab perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim kecuali...

a)

wali menyembunyikan diri

b)

wali sibuk dengan kerja

c)

wali akrab tidak dapat dikesan

d)

wali akrab dalam tahanan

18.

Antara berikut yang manakah syarat saksi nikah?

a)

lelaki

b)

merdeka

c)

adil

d)

baligh

19.

Antara hikmah saksi dalam perkahwinan ialah..

a)

menjamin sesuatu perkahwinan itu sah

b)

melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT

c)

mengelakkan berlakunya fitnah

d)

mendapat ganjaran pahala

20.

Mahar ialah suatu pemberian daripada suami kepada isteri selepas akad nikah.Apakah hukum pemberian mahar tersebut?

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Makruh

21.
Keperluan kepada pasangan dan teman hidup merupakan salah satu .................. manusia.
a)
fitrah
b)
imaginasi
c)
tambahan
d)
ugama
22.
Cantum atau himpun merupakan pengertian kahwin dari sudut
a)
bahasa
b)
istilah
c)
falsafah
d)
syariah
23.
Dari sudut istilah, perkahwinan adalah 
a)
akad yang menggunakan lafaz nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan
b)
akad yang menggunakan lafaz nikah yang menghalalkan lelaki melakukan persetubuhan sesama lelaki.
c)
akad yang menggunakan apa sahaja lafaz yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
d)
akad menyatakan persetujuan pihak lelaki mengahwini pihak perempuan.
24.
Hukum perkahwinan secara umum adalah
a)
Harus
b)
Sunat
c)
Haram
d)
Makruh
25.
Nyatakan hukum bagi situasi berikut:
Ahmad merasa terdesak untuk kahwin dan dia mampu berbuat demikian.
a)
Harus
b)
Sunat
c)
Makruh
d)
Wajib
26.
Nyatakan hukum bagi situasi berikut:
Zul seorang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin. Bolehkah beliau berkahwin?
a)
Harus
b)
Haram
c)
Makruh
d)
Wajib
27.

Hikmah disyariatkan perkahwinan seperti berikut kecuali:

a)

memupuk kasih sayang

b)

menjalinkan hubungan silaturrahim

c)

menyemai ketenteraman

d)

menunjukkan kemegahan

28.
Ciri bakal suami atau isteri yang patut diutamakan adalah seperti berikut:
a)
kaya
b)
keturunan bangsawan
c)
cantik
d)
berakhlak mulia
29.
Anak saudara perempuan diharamkan dikahwini atas dasar
a)
Musaharah
b)
Nasab
c)
Penyusuan
d)
Perhambaan
30.
Ibu mertua termasuk golongan yang haram dikahwini disebabkan faktor
a)
Musaharah
b)
Nasab
c)
Penyusuan
d)
Perhambaan
31.
Meminang adalah
a)
langkah awal dalam proses memilih calon isteri
b)
lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
c)
melihat calon isteri supaya lebih terjamin
d)
menghantar rombongan menyiasat status bakal isteri
32.
Peminangan boleh dilakukan secara "SARIH" dan boleh juga secara "KINAYAH". Istilah "SARIH" merujuk kepada peminangan menggunakan ayat
a)
jelas
b)
kiasan
c)
pantun
d)
samar
33.
Qabul merupakan istilah yang merujuk kepada
a)
lafaz yang diucapkan oleh wali.
b)
lafaz penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami
c)
lafaz untuk menceraikan isteri
d)
lafaz untuk tujuan rujuk kembali
34.
Mahar ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri juga dikenali sebagai
a)
mas kahwin
b)
hantaran
c)
rombongan
d)
hadiah
35.

Perempuan haram dikahwini disebabkan faktor berikut kecuali

a)

penyusuan

b)

persaudaraan

c)

persemendaan

36.

Berikut adalah syarat seorang wali kecuali

a)

beragama Islam

b)

baligh dan berakal

c)

muflis atau ditahan harta

37.

Manakah antara berikut berikut bukan syarat-syarat saksi perkahwinan

a)

cukup umur dan berakal

b)

memahami lafaz ijab dan kabul

c)

memiliki kelulusan tinggi dan berjawatan

38.

Berikut adalah tujuan Islam mensyariatkan pemberian mahar kepada isteri kecuali

a)

sebagai tanda kasih sayang

b)

sebagai tanggungjawab suami

c)

sebagai tanda ikatan kekeluargaan

39.

Antara hikmah walimatulurus ialah

I menghubungkan silaturahim

II dapat mengembangkan keturunan

III pengisytiharan sebagai suami isteri

IV dapat mengadakan kenduri secara besar-besaran

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

40.

Hukum menghadiri walimatulurus adalah

a)

sunat muakad

b)

sunat

c)

harus

41.

Galakan perkahwinan dalam Islam adalah untuk____________________

a)

menjauhkan seseorang daripada maksiat

b)

hanya suka-suka

c)

menjauhkan diri darpada beribadat

d)

memenuhi keinginan nafsu semata

42.

Berikut adalah syarat benda yang dijadikan mas kahwin kecuali

a)

Mestilah suci

b)

Milik suami

c)

milik ibubapa

d)

Diketahui jumlah dan sifatnya.

43.

Mak cik Kiah ingin membuat kenduri perkahwinan anak perempuannya.Berikan hukum majlis tersebut

a)

harus

b)

sunat muaakad

c)

wajib

d)

haram

44.

Mahar musamma ialah mahar yang diberikan oleh suami kepada isteri berdasarkan persetujuan

a)

pihak keluarga isteri

b)

pihak keluarga suami

c)

kedua-dua belah pihak

d)

pihak mahkamah syariah

45.

Berikut adalah contoh maksiat dalam walimatulurus, KECUALI

a)

pendedahan aurat

b)

makanan yang lazat dan mewah

c)

hiburan dan muzik yang keterlaluan

d)

pergaulan bebas lelaki dan perempuan

46.

Melakukan upacara tepung tawar semasa walimatulurus mengandungi unsur

a)

bida'ah

b)

maksiat

c)

khurafat

d)

membazir

47.

Mengapakah Islam menetapkan tanggungjawab tertentu ke atas suami dan isteri dalam rumahtangga?

a)

Mengelakkan perasaan tidak puas hati antara suami dengan isteri

b)

Membentuk sebuah rumahtangga yang harmoni dan bahagia

c)

Suami isteri berasa iri hati atas tanggungjawab masing-masing

d)

Mendidik suami isteri agar prihatin terhadap rumahtangga yang dibina

48.

Apakah maksud nafkah batin?

a)

Memberi didikan agama

b)

Menyediakan makanan dan tempat tinggal

c)

Memenuhi keperluan seks dan kasih sayang

d)

Menyediakan pakaian, barang kemas dan alat solek

49.

Berikut merupakan didikan yang perlu diberikan oleh suami kepada isteri, KECUALI

a)

ilmu fardhu ain

b)

ilmu kecantikan

c)

ilmu fardhu kifayah

d)

ilmu kekeluargaan

50.

Berikut adalah tanggungjawab isteri terhadap suami kecuali

a)

Tinggal di rumah suami.

b)

Memberi layanan baik kepada suami

c)

Memelihara kehormatan diri

d)

keluar rumah tanpa izin suami