wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi 5.3.4 Perbelanjaan Kerajaan (JU Ekonomi P. Pinang)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
Perbelanjaan kerajaan boleh dibahagikan kepada X dan Y. Apakah X dan Y?
a)
Perbelanjaan Mengurus
b)
Perbelanjaan Pembangunan
c)
Cukai Langsung
d)
Cukai Tak Langsung
2.
Manakah ciri-ciri perbelanjaan mengurus? Pilih dua jawapan yang betul.
a)
perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang pada setiap tahun
b)
membolehkan pengurusan dan pentadbiran harian kerajaan lancar
c)
perbelanjaan pelaburan kerajaan atas projek pembangunan sosial ekonomi negara
d)
meningkatkan pembentukan modal negara
3.
Manakah ciri-ciri perbelanjaan pembangunan? Pilih dua jawapan yang betul.
a)
perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang pada setiap tahun
b)
membolehkan pengurusan dan pentadbiran harian kerajaan lancar
c)
perbelanjaan pelaburan kerajaan atas projek pembangunan sosial ekonomi negara
d)
meningkatkan pembentukan modal negara
4.
Perbelanjaan ini tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan kerajaan. Pilih dua jawapan yang betul.
a)
Emolumen
b)
Pemberian Subsidi
c)
Perbelanjaan membina balai polis
d)
Bayaran kelengkapan pejabat kerajaan
5.
Perbelanjaan manakah bertujuan meningkatkan taraf hidup dan tingkat kebajikan masyarakat? Pilih dua jawapan yang betul.
a)
Bayaran khidmat hutang
b)
Pencen dan ganjaran
c)
Perbelanjaan pembinaan infrastruktur ICT
d)
Perbelanjaan Sektor Perkhidmatan Sosial
6.
Manakah yang berikut merupakan perbelanjaan mengurus kerajaan yang terbesar? Pilih satu jawapan yang betul.
a)
Emolumen
b)
Pencen dan ganjaran
c)
Pemberian subsidi
d)
Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri
7.
Kerajaan memperuntukkan RM1 juta untuk membaiki jalan yang telah berlubang. Apakah jenis perbelanjaan kerajaan tersebut? Pilih dua jawapan yang betul
a)
Perbelanjaan Mengurus
b)
Perbelanjaan Pembangunan
c)
Bekalam dan Perkhidmatan
d)
Perbelanjaan Sektor Perkhidmatan Ekonomi
8.
Kerajaan memperuntukkan RM1 juta untuk membina sebatang jalan alternatif yang baharu bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Apakah jenis perbelanjaan kerajaan tersebut? Pilih dua jawapan yang betul
a)
Perbelanjaan Mengurus
b)
Perbelanjaan Pembangunan
c)
Bekalam dan Perkhidmatan
d)
Perbelanjaan Sektor Perkhidmatan Ekonomi
9.
Pembinaan sebuah sekolah baharu oleh kerajaan merupakan perbelanjaan kerajaan …... Pilih dua jawapan yang betul.
a)
Perbelanjaan Mengurus
b)
Perbelanjaan Pembangunan
c)
Bekalam dan Perkhidmatan
d)
Perbelanjaan Sektor Perkhidmatan Sosial
10.
Kerajaan membeli senjata baharu kepada tentera negara kita merupakan perbelanjaan kerajaan …... Pilih dua jawapan yang betul.
a)
Perbelanjaan Mengurus
b)
Perbelanjaan Pembangunan
c)
Bekalam dan Perkhidmatan
d)
Perbelanjaan Sektor Keselamatan