wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Ting 4-Bentuk Perniagaan Lain

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

PILIHAN JAWAPAN YANG MANAKAH MENERANGKAN PERANAN FRANCAISOR?

a)

MEMBANTU MENYEDIAKAN KHIDMAT LATIHAN

b)

MEMBANTU MENYEDIAKAN PINJAMAN PEMBIAYAAN

2.

Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?

(Pilih 3 jawapan)

a)

Dapat meningkatkan keuntungan

b)

Risiko perniagaan dapat dikurangkan

c)

Dapat mengelakkan berlakunya konflik

d)

Mudah untuk mendapat pelbagai sumber

3.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.


[Perniagaan dikendalikan mengikut satu sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama]

[Peniaga boleh menggunakan jenama atau rahsia dagangan pemegang hak]


Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Usaha sama

c)

Kedai sejaras

d)

Kontrak pengeluaran

4.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang peranan francaisor dalam sesuatu perniagaan francais makanan segera?

(Pilih 3 jawapan)

a)

Menjalankan aktiviti promosi bersepadu

b)

Membantu menyediakan khidmat latihan

c)

Menyediakan modal awalan untuk francaisi

d)

Menyediakan bantuan peralatan dan perkakas perniagaan

5.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.


[Perkongsian strategik antara dua atau lebih firma]

[Satu entiti perniagaan yang baru dibentuk]

[Semua pihak bertanggungjawab mengawal perniagaan baru itu]


Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Koperasi

c)

Usaha sama

d)

Perkongsian

6.

Encik Jaafar ingin mengusahakan sebuah perniagaan. Beliau membeli hak kebenaran daripada francaisor untuk menjalankan perniagaan. Apakah kelebihan Encik Jaafar boleh nikmati dengan membuka bentuk perniagaan tersebut?

a)

Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual

b)

Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor

c)

Kerugian perniagaan akan ditanggung oleh francaisor

d)

Dapat menjual barang dan perkhidmatan di pasaran tempatan

7.

Apakah tujuan pembentukan usaha sama?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Menjaga kebajikan masyarakat

b)

Melahirkan usahawan yang inovatif

c)

Menambahkan keuntungan syarikat bersama

d)

Perkongsian kepakaran dan teknologi bersama

8.

Puan Syariza ingin mengembangkan perniagaannya ke luar negara. Beliau menjual hak kebenaran kepada seorang francaisi. Apakah kekurangan menjalankan bentuk perniagaan tersebut?

a)

Kehilangan hak pemilikan perniagaan

b)

Struktur pengurusan yang sangat besar

c)

Tidak dapat menikmati ekonomi bidangan

d)

Kesukaran untuk memilih francaisi yang berdaya saing

9.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri perniagaan francais?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Francaisi perlu membayar dalam bentuk fi kepada francaisor

b)

Francaisi boleh menggunakan rahsia dagangan milik francaisor

c)

Francaisi perlu mempunyai banyak pengalaman dalam menjalankan perniagaan

d)

Francaisi perlu menjalankan aktiviti perniagaan bersama dengan francaisor di suatu pasaran

10.

Manakah yang merupakan kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Dapat menjimatkan kos operasi

b)

Dapat menjamin keuntungan perniagaan

c)

Tidak terikat dengan sebarang perjanjian

d)

Dapat mengembangkan perniagaan secara global