NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 2 (Simpulan Bahasa)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pada cuti sekolah yang lalu, ibu bapa Suzana telah membawanya pergi melancong ke Pulau Langkawi menaiki feri.
Makan angin
Makan nasi
Buah hati
Sebatang kara
Ustaz Ebit Liew suka menolong orang yang susah tidak kira agama, bangsa atau kaum.
Ayam tambatan
Baik hati
Kaki bangku
Buah hati
Ali dan Alisa berasa sedih kerana kedua ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Kaki ayam
Hati batu
Hilang akal
Yatim piatu
Mohamad Salah adalah pemain bola sepak pasukan Liverpool yang digeruni lawan. Dia sering menjaringkan gol kemenangan.
Ayam tambatan
Kaki bangku
Titik peluh
Yatim piatu
Zaim sering bercakap setiap kali Cikgu Salina mengajar di dalam kelas. Dia selalu dimarahi oleh cikgu.
Mulut tempayan
Keras hati
Mulut murai
Buah hati
Azmi suka mengambil alat tulis Damia tanpa kebenarannya.
Tangan panjang
Ikal mayang
Panjang tangan
Panjang akal
Amir seorang murid yang rajin. Dia selalu menyiapkan kerja sekolahnya.
Berat tulang
Ringan tulang
Kaki bangku
Keras hati
Ridzuan tidak pandai bermain bola sepak.
Kaki bangku
Ayam tambatan
Kaki botol
Baik hati
Pak Hamid tidak pernah memberi duit raya kepada cucu-cucunya walaupun dia banyak duit.
Keras kepala
Keras hati
Tangkai jering
Hilang akal
Azli malas buat kerja. Dia suka tidur.
Ringan tulang
Berat tulang
Baik hati
Ada hati
