wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Komsas Ting.5 Cg. Ila

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tema novel 'Silir Daksina'?

a)

Kasih Sayang

b)

Kekeluargaan

c)

Kesusasteraan

2.

Siapakah Abdullah bin Kayan?

a)

Bapa tiri Haiqal

b)

Bapa angkat Haiqal

c)

Bapa kandung Haiqal

3.

Sila pilih persoalan yang tepat tentang novel Silir Daksina

a)

Masyarakat yang sayang akan anaknya.

b)

Kita mestilah sayang akan anak sendiri

c)

Kasih sayang ayah terhadap anaknya

4.

Sila pilih peristiwa yang sesuai berdasarkan pengajaran 'kita mestilah berani menjejaki asal usul keluarga' di dalam novel Silir Daksina.

a)

Haiqal berani untuk belajar menari zapin walaupun dia tidak tahu dan pandai menari zapin.

b)

Haiqal bertekad untuk ke kampung arwah ayahnya yang terletak di Batu Pahat walaupun ditentang oleh ibunya

c)

Tauke Ong dan penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama menjayakan majlis persembahan tarian zapin.

5.

Antara berikut yang manakah BUKAN latar tempat dalam novel Silir Daksina?

a)

Pantai Batu Buruk

b)

Puchong

c)

Kampung Seri Purnama

6.

Siapakah 'Ratna' di dalam novel Silir Daksina?

a)

Kakak Haiqal

b)

Ibu Haiqal

c)

Kawan Haiqal

7.

SIla pilih peristiwa yang menunjukkan penggunaan teknik imbas kembali dalam novel Silir Daksina?

a)

Haiqal bersama penduduk kampung berusaha untuk menghidupkan tarian zapin.

b)

Haiqal teringat kembali akan peristiwa pada malam sebelum dia masuk ke sekolah tadika, umi masuk ke kamar tidurnya untuk memberitahu bahawa walid bukanlah ayah kandungnya.

c)

Haiqal akhirnya berjaya belajar tarian zapin daripada Pakcik Bakar.

8.

Apakah unsur peristiwa berikut berdasarkan novel Silir Daksina?

Umi Haiqal memberitahu perkara sebenar bahawa walid bukan ayah kandungnya. Uminya menitiskan air mata apabila memberitahu perkara tersebut. Uminya tidak menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Haiqal.

a)

imbas muka

b)

saspens

c)

pemerian

9.

Sila pilih peristiwa yang tidak wajar dicontohi dalam novel Silir Daksina.

a)

Tauke Ong menyerahkan kembali semua harta yang diamanahkan oleh Abdullah bin Kayan.

b)

Abdullah bin Kayan menumpangkan Ong See Hwa dan kakaknya ke sekolah kerana kereta Tauke Ong rosak.

c)

Haiqal bertengkar dengan uminya apabila uminya tidak membenarkan dia ke kampung arwah ayahnya.

10.

Sila nyatakan bahagian dalam plot berdasarkan peristiwa di dalam novel 'Silir Daksina' berikut;

Peistiwa umi hadir bersama walid dan Nur Asiyah menyaksikan persembahan zapin yang dipersembahkan oleh Haiqal di Balai Raya Kampung Seri Purnama.

a)

Perkembangan

b)

Peleraian

c)

Klimaks

11.

Berapakah rangkap seloka'Berbuat Istana Zaman Dahulu'?

a)

4 rangkap

b)

5 rangkap

c)

6 rangkap

12.

Sila pilih penyataan yang benar tentang seloka 'Berbuat Istana Zaman Dahulu'.

a)

Kesetiaan kepada rakyat

b)

Kesetiaan kepada raja

c)

Kesetiaan kepada pembesar

13.

Sila pilih contoh persoalan kegigihan dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan dalam seloka 'Berbuat Istana Zaman Dahulu';

a)

Empat puluh orang tukang gigih bekerja membina istana tanpa henti sehingga istana itu dapat dibina dalam masa tujuh bulan.

b)

Istana dilengkapi dengan Sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi.

c)

Empat puluh empat orang tukang gigih bekerja membina istana tanpa henti sehingga istana itu dapat dibina dalam masa tujuh bulan.

14.

Antara maksud rangkap kelima seloka 'Berbuat Istana Zaman Dahulu' ialah……

a)

Seni ukiran istana dihias indah dengan pelbagai corak yang amat menarik.

b)

Reka bentuk istana kekal eksklusif dan tidak dapat ditiru oleh orang lain.

c)

Raja menyampaikan titah kepada empat orang pembesar baginda supaya sebuah istana dibina.

15.

Sila pilih nilai dalam seloka 'Berbuat Istana Zaman Dahulu' yang sesuai berdasarkan contoh berikut;

Empat puluh empat orang tukang gigih bekerja membina istana tanpa henti sehingga istana itu dapat dibina dalam masa tujuh bulan

a)

Nilai Kesetiaan

b)

Nilai Kepatuhan

c)

Nilai Kegigihan

16.

Tema gurindam 'Beberapa Petua Hidup' ialah...

a)

Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan sehari-harian

b)

Penulis menasihati kita agar rajin menuntut ilmu.

c)

Pengarang menyatakan seseorang yang gigih berusaha dalam pencarian ilmu.

17.

Pengarang gurindam 'Beberapa Petua Hidup' menasihati kita agar berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata.

a)

Persoalan menjaga fikiran.

b)

Persoalan kepentingan menjaga tutur kata.

c)

Persoalan kebijaksanaan menasihati.

18.

Pengarang gurindam 'Beberapa Petua HIdup' menyatakan sifat beradab dalam pergaulan disenangi oleh rakan-rakan dan dapat mengelakkan perselisihan.

a)

baik hati

b)

kegigihan

c)

hemah tinggi

19.

Sila pilih pengajaran dalam gurindam 'Beberapa Petua Hidup' yang bersesuaian berdasarkan penyataan di bawah;

Penulis menasihati kita agar rajin menuntut ilmu kerana ilmu dan kemahiran dapat diperoleh jika kita rajin.

a)

Kita hendaklah rajin belajar dan menuntut ilmu supaya bermanfaat untuk diri sendiri.

b)

Kita mestilah berbuat baik sesama manusia agar dipandang tinggi dalam masyarakat.

c)

Kita mestilah menghargai jasa orang lain.

20.

Bentuk gurindam 'Beberapa Petua Hidup' ialah...

a)

bebas

b)

terikat

c)

separa terikat

21.

Tema cerpen 'Cinta Ahmad Mutawakkil' ialah...

a)

kegigihan seorang pemuda dalam menentang perjuangan komunis.

b)

kegigihan seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

c)

kegagahan seorang pemuda dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

22.

Sila pilih watak sampingan dalam cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil di bawah;

a)

Mutawakkil

b)

Ahmad Mutawakkil

c)

Tuan Booth

23.

Ahmad Mutawakkil meninggal dunia di atas ribaan siapa?

a)

Imam Ngah Amin

b)

Imam Ngah Deraman

c)

Imam Ngah Ibrahim

24.

Siapakah nama anak Tuan Booth?

a)

Sundra

b)

Sandera

c)

Sandra

25.

Sila pilih latar masyarakat yang sesuai dengan cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil berikut;

a)

Masyarakat yang baik hati.

b)

Masyarakat yang pendiam.

c)

Masyarakat yang saintifik.

26.

Apakah Tema sajak 'Erti Hidup Bererti'?

a)

Kesusahan hidup warga tua.

b)

Kesunyian hidup yang dilalui oleh warga tua.

c)

Ketenangan hidup yang dilalui warga tua.

27.

Mengapakah warga tua dipinggirkan oleh anak-anak di dalam sajak Erti Hidup Bererti?

a)

Anak-anak sibuk

b)

Anak-anak sayang warga tua.

c)

Anak-anak suka hidup sendiri.

28.

Antara berikut yang manakah bukan persoalan sajak Erti Hidup Bererti?

a)

Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak.

b)

Persoalan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.

c)

Persoalan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak.

29.

Berdasarkan rangkap kedua dalam sajak Erti Hidup Bererti, mengapakah kebahagian hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja?

a)

Anak-anak hidup miskin.

b)

Anak-anak tidak sanggup manjaga penyajak.

c)

Anak-anak mempunyai keluarga yang besar.

30.

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah nilai yang sesuai?

a)

Nilai Penyayang

b)

Nilai Menyayangi

c)

Nilai Kasih sayang

31.

Sila pilih latar tempat yang sesuai dengan prosa tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada.

a)

Negara Siam

b)

Negara Melaka

c)

Negeri Majapahit

32.

Siapakah Tun Perak?

a)

Sultan Melaka

b)

Bendahara Seri Wak Raja

c)

Bendahara Paduka Raja

33.

Apakah tema prosa tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada?

a)

Kebijaksanaan para pembesar memerintah negeri Melaka.

b)

Kebijaksanaan seorang anak raja yang berusaha menyelesaikan perselisihan dalam kalangan para pembesar.

c)

Kebijaksanaan seorang raja yang berusaha menyelesaikan perselisihan dalam kalangan para pembesar di negeri baginda.

34.

Siapakah sultan yang memerintah Melaka selama 42 tahun?

a)

Sultan Mansur Syah

b)

Sultan Muzaffar Syah

c)

Sultan Mahmud Syah

35.

Sila pilih latar masyarakat yang sesuai berdasarkan penyataan di bawah.

Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih dan tumpuapi-api dibakar sehingga dapat menghalau tentera Siam.

a)

Masyarakat yang bijaksana mengatur strategi peperangan.

b)

Masyarakat era pemerintah beraja.

c)

Masyarakat yang suka berperang.

36.

Siapakah watak utama cerpen Gerhana Manusia?

a)

Doktor Murni

b)

Nusia

c)

Doktor Juaidi

37.

Mengapakah bekalan darah tidak sewajarnya diberikan kepada Tuan Besar Musa dalam cerpen Gerhana Manusia?

a)

beliau telah tua.

b)

beliau penaja dana hospital

c)

beliau tidak menunjukkan tanda-tanda akan sembuh

38.

Profesor Doktor Juaidi yang lebih mengutamakan Tuan Besar Musa yang kaya daripada pesakit yang lain kerana kepentingan beliau pada hospital mereka.

Sila pilih persoalan yang sesuai berdasarkan penyataan di atas.

a)

Persoalan tanggungjawab ahli perubatan.

b)

Persoalan sikap pilih kasih seorang doktor dalam menjalankan tugas.

c)

Persoalan peranan seorang doktor dalam merawat pesakit.

39.

Etika kerja doktor yang mementingkan ganjaran dan material ketika merawat pesakit sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian dalam nilai kemanusiaan.

Penyataan di atas merujuk….

a)

Pengajaran

b)

Tema

c)

Persoalan

40.

Antara berikut yang manakah bukan latar dalam cerpen Gerhana Manusia?

a)

Wad Unit Rawatan Rapi

b)

Rumah Doktor Murni

c)

Bank Darah

41.

Apakah tema sajak Sejadah Rindu?

a)

Kesyukuran kepada Tuhan

b)

Memohon keampunan kepada Tuhan

c)

Ketuhanan dan ketaatan kepada agama

42.

Sila pilih maksud rangkap kelima yang sesuai berdasarkan sajak Sejadah Rindu?

a)

Penyajak berdoa kepada Tuhan agar dia menjadi manusia yang mentaati agama.

b)

Penyajak terkedu di atas sejadah apabila mengucap kalimah syahdu.

c)

Penyajak bersyukur kerana dia mendapat peluang hidup yang dikurniakan oleh Tuhan.

43.

Apakah bentuk sajak Sejadah Rindu ?

a)

terikat

b)

bebas

c)

separa terikat

44.

Penyajak telah insaf dari kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya.

Berdasarkan penyataan di atas, sila pilih persoalan yang sesuai.

a)

Persoalan keikhlasan ketika memohon keampunan kepada Tuhan.

b)

Persoalan keinsafan atas segala dosa yang telah dilakukan.

c)

Persoalan kepentingan memohon keampunan kepada Tuhan.

45.

Kita hendaklah menginsafi diri dan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan.

Penyataan di atas ialah….

a)

Persoalan

b)

Tema

c)

Pengajaran

46.

Sila pilih maksud rangkap pertama berdasarkan sajak Pesan Lelaki Kecil untuk Gadis Kampus di bawah;

a)

Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar.

b)

Penyajak beranggapan universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan.

c)

Penyajak menghantar anak perempuannya ke menara gading untuk menuntut ilmu.

47.

Apakah bentuk sajak Pesan Lelaki Kecil Untuk Gadis Kampus?

a)

bebas

b)

terikat

c)

separa terikat

48.

Sila pilih tema yang sesuai berdasarkan sajak Pesan Lelaki Kecil untuk Gadis Kampus di bawah;

a)

Kisah penyajak menghantar anaknya belajar di universiti di bandar.

b)

Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

c)

Perbezaan kehidupan di desa dan di bandar

49.

Mengapakah penyajak dalam sajak Pesan Lelaki Kecil Untuk Gadis Kampus berharap anaknya tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan?

a)

supaya anaknya matang menghadapi cabaran

b)

supaya anaknya bijak menuntut ilmu

c)

supaya anaknya boleh membezakan kehidupan di desa dan di Bandar.

50.

Mengapakah anak-anak mesti mematuhi pesanan ibu bapa mereka?

a)

supaya ibu bapa berjaya dalam hidup.

b)

supaya anak dapat tinggal di bandar.

c)

supaya anak berjaya dalam hidup.