wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Ting.3 Pengangkutan

Total questions: 60

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
Jantung manusia mempunyai ...................... ruang
a)
satu 
b)
dua 
c)
tiga
d)
empat
2.
Antara salur darah berikut, yang manakah membawa darah dari jantung ke peparu?
a)
Arteri pulmonari
b)
Vena pulmonari
c)
Aorta
d)
Vena kava
3.
Pertukaran bahan-bahan antara darah dengan sel-sel badan adalah melalui .......................
a)
dinding vena
b)
dinding jantung
c)
dinding kapilari darah
d)
dinding berotot arteri yang tebal
4.

Rajah menunjukkan struktur vena. Fungsi X adalah untuk

a)

memastikan aliran darah sehala

b)

meningkatkan kadar aliran darah ke seluruh badan

c)

menurunkan kadar aliran darah ke seluruh badan

d)

membolehkan pertukaran bahan-bahan antara darah dengan sel-sel

5.
Arteri mempunyai dinding berotot yang ......................
a)
bujur
b)
tebal
c)
nipis
6.
Apakah fungsi jantung?
a)
Menghantar maklumat ke otak untuk ditafsir
b)
Mengepam darah ke seluruh badan
c)
Mengepam darah ke peparu
7.
Sel-sel darah merah membawa ....................... dalam hemoglobin dan disalurkan ke seluruh bahagian badan.
a)
oksigen
b)
karbon dioksida
c)
karbon monoksida
8.
.................... dapat memusnahkan mikroorganisma di dalam badan kita.
a)
Sel darah merah
b)
Plasma
c)
Platlet
d)
Sel darah putih
9.
....................... dapat membantu membekukan darah untuk menghentikan pendarahan.
a)
Platlet
b)
Plasma
c)
Sel darah merah
d)
Sel darah putih
10.
Darah manusia dapat dikelaskan kepada ................... kumpulan
a)
satu
b)
dua
c)
tiga
d)
empat
11.
Individu dengan kumpulan darah .............. ialah penderma universal kerana boleh mendermakan darah kepada semua orang, termasuklah kepada kumpulan yang sama dengan darahnya sendiri.
a)
A
b)
B
c)
O
d)
AB
12.
Individu dengan kumpulan darah ............ merupakan penerima universal kerana mereka boleh menerima darah daripada semua orang, termasuklah daripada kumpulan darahnya sendiri.
a)
AB
b)
O
c)
B
d)
A
13.
.......................... ialah proses kehilangan air dalam bentuk wap air daripada permukaan tumbuhan ke udara melalui proses ...................
a)
Transpirasi, perkumuhan
b)
Fotosintesis, penyejatan
c)
Transpirasi, penyejatan
14.
.................... membawa air dan garam mineral dari akar ke daun
a)
Xilem
b)
Floem
c)
Vena
15.
Floem membawa .................... yang dihasilkan dalam daun ke bahagian lain pada tumbuhan.
a)
air
b)
makanan
c)
angin
16.
Kadar transpirasi yang berlaku pada tumbuhan meningkat apabila
a)
kelembapan udara meningkat
b)
pergerakan udara meningkat
c)
stoma pada daun tertutup
d)
suhu persekitaran menurun
17.
Sel darah merah berbentuk ......................
a)
bujur
b)
cakera dwicekung
c)
bulat
18.
Sel darah merah mengandungi pigmen merah, iaitu ............................
a)
oksihemogloin
b)
hemoglobin
c)
platlet
19.
Darah ........................ mengalir dari jantung ke peparu melalui arteri pulmonari dan darah ..................... kembali ke jantung melalui vena pulmonari
a)
beroksigen, terdeoksigen
b)
terdeoksigen, beroksigen
20.
Darah beroksigen mengalir keluar semula dari jantung ke seluruh organ lain melalui .................. dan darah terdeoksigen kembali ke jantung melalui .........................
a)
aorta, vena kava
b)
vena kava, aorta
21.

Mengapakah organisma kompleks memerlukan sistem pengangkutan?

a)

organisma kompleks terdiri daripada satu sel

b)

menghantar oksigen dan nutrien kepada setiap sel

c)

nisbah jumlah luas permukaan per isipadu yang besar

22.

Organisma ____________ tidak memerlukan sistem pengangkutan kerana saiznya yang ____________.

a)

kompleks, besar

b)

ringkas, kecil

c)

ringkas, besar

23.

Dua contoh bahan keperluan sel ialah

a)

oksigen

b)

urea

c)

nutrien

d)

karbon dioksida

24.

Apakah impak terhadap organisma sekiranya sistem pengangkutan tidak berfungsi dengan baik?

a)

hasil fotosintesis dapat diangkut ke seluruh tumbuhan

b)

respirasi tidak dapat berlaku

c)

bahan kumuh bertoksik disingkir daripada badan organisma

25.

Rajah menunjukkan sistem peredaran darah ikan. Yang manakah benar tentang sistem peredaran darah ikan?

a)

Darah beroksigen dan terdeoksigen sentiasa bercampur

b)

Atrium mengepam darah beroksigen ke seluruh badan ikan

c)

Ventrikel mengepam darah terdeoksigen ke insang

d)

Ikan mempunyai sistem peredaran darah ganda dua

26.

Apakah kaedah yang digunakan oleh organisma ringkas untuk menyingkirkan bahan kumuh daripada sel badan?

a)

osmosis

b)

resapan

c)

pengangkutan aktif

d)

pengangkutan pasif

27.

Rajah menunjukkan struktur jantung manusia yang mempunyai empat ruang. Ruang manakah menghasilkan tekanan paling tinggi semasa pengecutan jantung manusia.?

a)

Atrium kanan

b)

Atrium kiri

c)

Ventrikal kanan

d)

Ventrikal kiri

28.

Rajah menunjukkan pertukaran gas yang berlaku dalam badan manusia. Di manakah proses ini berlaku?

a)

arteri pulmonari

b)

vena pulmonari

c)

kapilari darah

d)

aorta

29.

Yang manakah merupakan PERSAMAAN antara sistem peredaran darah dan sistem pengangkutan tumbuhan?

a)

menjalankan fungsi untuk mengangkut bahan

b)

melibatkan berkas vaskular

c)

melibatkan proses resapan dan transpirasi

d)

mempunyai organ yang mengepam bahan ke seluruh sel

30.

Mengapakah pesakit dengan kumpulan darah AB mempunyai peluang yang tinggi untuk diselamatkan sekiranya memerlukan peluang yang tinggi?

a)

kumpulan darah AB mempunyai banyak antibodi

b)

kebarangkalian untuk berlakunya pengaglutinatan adalah tinggi

c)

kebarangkalian untuk berlakunya pengaglutinatan adalah rendah

d)

kumpulan darah AB boleh menerima darah dari kebanyakan kumpulan darah yang lain

31.

Mengapakah darah jenis O merupakan penderma universal?

a)

darah O mempunyai anti-A dan anti-B

b)

darah O mempunyai anti-A sahaja

c)

darah O mempunyai anti-B sahaja

d)

darah O tidak mempunyai sebarang antibodi

32.

Rajah menunjukkan tumbuhan mengalami kehilangan air melalui gutasi. Pernyataan yang manakah BENAR tentang gutasi?

a)

berlaku pada waktu siang

b)

kebanyakannya berlaku pada pinggir daun

c)

berlaku apabila kelembapan udara rendah

d)

adalah sejenis embun

33.

Apakah struktur X dan Y?

a)

X- Kambium

Y - Vaskular

b)

X- Floem

Y - Xilem

c)

X- Xilem

Y-Floem

d)

X- Vaskular

Y- Xilem

34.

Rajah menunjukkan keratan rentas batang. Struktur yang manakah mengangkut air dan mineral terlarut?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

35.

Rajah menunjukkan keratan rentas batang. Struktur yang manakah mengangkut makanan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

36.

Antara faktor berikut, yang manakah merendahkan kadar transpirasi?

a)

panas dan kelembapan rendah

b)

panas dan kelembapan tinggi

c)

sejuk dan kelembapan rendah

d)

sejuk dan kelembapan tinggi

37.

Antara faktor berikut, yang manakah meningkatkan kadar transpirasi?

a)

keamatan cahaya tinggi dan pergerakan udara laju

b)

keamatan cahaya tinggi dan pergerakan udara perlahan

c)

keamatan cahaya rendah dan pergerakan udara laju

d)

keamatan cahaya rendah dan pergerakan udara perlahan

38.

Yang manakah meningkatkan kadar denyutan nadi?

a)

berenang

b)

tidur

c)

membaca buku

d)

dikejar oleh anjing

39.

Berikut merupakan maklumat bagi salur darah X.

Dinding yang tebal, berotot dan banyak tisu elastik

Saiz lumen kecil

Apakah salur darah X?

a)

arteri

b)

vena

c)

kapilari

d)

floem

40.

Berikut merupakan maklumat bagi salur darah X.

Mempunyai injap

Saiz lumen besar

Apakah salur darah X?

a)

arteri

b)

vena

c)

kapilari

d)

floem

41.

Berikut merupakan maklumat bagi salur darah X.

berfungsi membawa darah terdeoksigen kembali ke jantung dari seluruh badan kecuali vena pulmonari

Apakah salur darah X?

a)

arteri

b)

vena

c)

kapilari

d)

floem

42.

Berikut merupakan maklumat bagi salur darah X.

Ketebalan dinding setebal satu sel

tidak mempunyai injap

Saiz lumen sangat kecil

Apakah salur darah X?

a)

arteri

b)

vena

c)

kapilari

d)

floem

43.

Namakan komponen bendalir yang membentuk 55% daripada isipadu darah

a)

plasma darah

b)

platlet

c)

insulin

d)

amilase

44.

Yang manakah ciri-ciri sel darah merah?

a)

berbentuk dwicekung

b)

jangka hayat 120 hari

c)

kehadiran hemoglobin

d)

mengangkut karbon dioksida ke seluruh badan

45.

Yang manakah ciri-ciri sel darah putih?

a)

berbentuk dwicembung

b)

dihasilkan di nodul limfa

c)

berfungsi untuk memusnahkan patogen

d)

membantu dalam penghasillan hormon wanita

46.

Ventrikal mempunyai dinding berotot yang _________ berbanding atrium.

Ini kerana ventrikal memerlukan tekanan yang _____ untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan.

a)

lebih tebal, kuat

b)

lebih tebal, lemah

c)

lebih nipis, kuat

d)

lebih nipis, lemah

47.

Rajah menunjukkan keratan rentas akar. Apakah fungsi bahagian X?

a)

mengangkut oksigen

b)

mengangkut sukrosa(makanan)

c)

mengangkut air

d)

mengangkut garam mineral

48.

Rajah menunjukkan gelang kulit daripada pokok bunga raya yang dipotong dan dibuang oleh Amy. Namakan tisu yang telah dibuang pada pokok tersebut?

a)

xilem

b)

floem

c)

rerambut akar

d)

kulit vaskular

49.

Apakah perbezaan antara xilem dan floem?

a)

floem berada di dalam bahagian kulit batang, manakala xilem berada pada bahagian tengah batang

b)

floem berada pada bahagian tengah batang, manakala xilem berada di dalam bahagian kulit batang

50.

Amira memiliki kumpulan darah B. Dia telah kehilangan darah yang banyak semasa bersalin. Kumpulan darah manakah sesuai diterima olehnya.

a)

kumpulah darah AB

b)

kumpulan darah O

51.

Shahmen telah menderma darah sempena 'Kempen Menderma Darah diuniversitinya. Kenal pasti kumpulan darah Shahmen jika semua individu boleh menerima darahnya.

a)

kumpulah darah AB

b)

kumpulan darah O

52.

Apakah yang akan berlaku sekiranya darah penerima darah tidak sepadan dengan darah penderma?

a)

boleh membawa maut

b)

penggumpalan darah boleh berlaku

c)

pesakit boleh pengsan

d)

perubahan genetik boleh berlaku

53.

Dalam transpirasi, air hilang daripada daun dalam bentuk wap air ke persekitaran melalui ______

a)

stoma

b)

sitoplasma

c)

kloroplas

d)

xilem

54.

Ali telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kehilangan darah yang banyak. Dia disahkan memiliki darah jenis A. Siapakah yang layak menderma darah kepada Ali?

a)

Kumpulan O

b)

Kumpulan A

c)

Kumpulan B

d)

Kumpulan AB

55.

Bagaimanakah transpirasi memudahkan pengangkutan air dan garam mineral dalam tumbuhan?

a)

Air diserap dari akar ke daun

b)

Penyejatan wap air dari daun

c)

Menyerap haba dari persekitaran

d)

Mengangkut garam mineral terlarut dari akar

56.

Apakah kebaikan kepada mereka yang kerap menderma darah?

a)

Sel darah merah berkurang dan memaksa sumsum tulang menghasilkan sel baharu, badan lebih bertenaga dan berfungsi dengan lebih baik

b)

Sel darah putih berkurang dan memaksa sumsum tulang menghasilkan sel baharu, badan lebih bertenaga dan berfungsi dengan lebih baik

c)

Sel darah merah bertambah dan memaksa sumsum tulang menghasilkan sel baharu, badan lebih bertenaga dan berfungsi dengan lebih baik

d)

Sel darah merah berkurang dan memaksa jantung menghasilkan sel baharu, badan lebih bertenaga dan berfungsi dengan lebih baik

57.

Apakah X, Y dan Z?

a)

X- Mengangkut darah beroksigen (kecuali arteri pulmonari)

Y- Vena

Z- Menghubungkan arteri dengan vena dan tempat pertukaran bahan antara sel

b)

X- Menghubungkan arteri dengan vena dan tempat pertukaran bahan antara sel

Y- Vena

Z- Mengangkut darah beroksigen (kecuali arteri pulmonari)

c)

X- Menghubungkan arteri dengan vena dan tempat pertukaran bahan antara sel

Y- Ventrikal kanan

Z- Mengangkut darah beroksigen (kecuali arteri pulmonari)

d)

X- Mengangkut darah beroksigen (kecuali arteri pulmonari)

Y- Ventrikal kiri

Z- Menghubungkan arteri dengan vena dan tempat pertukaran bahan antara sel

58.

Darah yang mengalir daripada jantung ke seluruh badan adalah kaya dengan

a)

nitrogen

b)

oksigen

c)

garam mineral

d)

karbon dioksida

59.

Rajah menunjukkan dua mikroorganisma. Apakah persamaan antara keduanya?

a)

bahan kumuh disingkirkan melalui floem

b)

bahan kumuh disingkirkan melalui salur darah

c)

bahan kumuh disingkirkan secara resapan

d)

bahan kumuh disingkirkan secara osmosis

60.

Apakah alat yang digunakan oleh doktor untuk mengukur tekanan darah seorang pesakit?

a)

sfigmomanometer

b)

termometer

c)

pirometer

d)

stetoskop