wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 4: 4.3 -Proses Pengekstrakan Logam

Total questions: 10

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan pernyataan yang benar?

a)

Ferum lebih sukar diekstrak berbanding zink.

b)

Ferum lebih sukar diekstrak berbanding kuprum.

c)

Ferum tidak boleh diekstrak secara penurunan oleh karbon.

d)

Ferum mudah diekstrak kerana ia adalah logam peralihan.

2.

Banyak logam yang diekstrak daripada bijihnya dengan memanaskan logam oksida dengan karbon.

Logam yang manakah tidak boleh diekstrak menggunakan kaedah ini?

a)

Zink

b)

Ferum

c)

Kuprum

d)

Aluminium

3.

Empat tindak balas berlaku dalam relau bagas untuk menghasilkan ferum.

Tindak balas manakah yang digunakan untuk mengekalkan keadaan relau yang panas?

a)

C + O2 → CO2

b)

CO2 + C → 2CO

c)

Fe2O3 + 3C → 2Fe + 3CO

d)

Fe2O3 + 3CO → 2Fe + 3CO2

4.

Ferum diekstrak daripada bijihnya dalam relau bagas.

Gas yang manakah dihasilkan sebagai hasil buangan?

a)

Oksigen

b)

Nitrogen

c)

Hidrogen

d)

Karbon dioksida

5.

Namakan bahan-bahan yang ditambahkan ke dalam P.

a)

Bijih besi

b)

Aluminium

c)

Kok (karbon)

d)

Batu kapur

6.

Apakah bahan buangan dalam relau bagas yang dihasilkan oleh batu kapur?

a)

Leburan besi

b)

Sanga

c)

Gas buangan

d)

Udara panas

7.

Timah diekstrak dengan memanaskan bijih timah atau timah oksida, ...... dan ......

a)

timah oksida, kasiterit

b)

ferum oksida, kasiterit

c)

arang kok, kasiterit

d)

arang kok, magnesium

8.

Apakah tujuan batu kapur dimasukkan ke dalam relau bagas semasa pengekstrakan besi?

a)

Sebagai mangkin

b)

Untuk memastikan relau bagas sentiasa dalam keadaan panas

c)

Untuk menyingkirkan bendasing.

d)

Untuk meningkatkan hasil leburan besi

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan isu-isu perlombongan?

a)

Hakisan tanah disebabkan perlombongan bijih.

b)

Pencemaran udara daripada relau bagas.

c)

Menanam lebih banyak pokok untuk menghalang hakisan tanah

d)

Pencemaran air disebabkan pembersihan bijih.

10.

Berikut merupakan pernyataan yang benar bagi penyelesaian isu perlombongan, kecuali ..

a)

Menanam lebih banyak pokok untuk mengelakkan hakisan tanah.

b)

Menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk menjimatkan elektrik.

c)

Membuka lebih banyak kawasan perlombongan dan pemprosesan bijih.

d)

Pencemaran udara dapat dielakkan dengan menapis gas-gas yang dihasilkan sebelum dibebaskan ke atmosfera.