wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan objektif PT3

Total questions: 20

Worksheet time: 52mins

Name
Class
Date
1.

''Tolong sampaikan salam ______________ kepada Cikgu Rahman," kata Aisyah dan Uthman kepada anak Cikgu Rahman.

a)

kita

b)

saya

c)

kami

d)

kalian

2.

Soalan 2 berdasarkan gambar di atas

Baju kemeja yang baru dibeli oleh Puan Mahani untuk suaminya sudah ________________ jahitannya.

a)

retak

b)

retas

c)

robek

d)

rapuh

3.

Encik Ramli sentiasa _________________ penggunaan telefon bimbit oleh anak-anaknya demi mengelakkan mereka mengalami masalah ketagihan telefon bimbit.

a)

menjaga

b)

memantau

c)

menyelidik

d)

menganalisis

4.

Budak-budak lelaki itu _________________ bermain bola di halaman rumah walaupun hujan semakin lebat.

a)

telah

b)

perlu

c)

masih

d)

pernah

5.

Kepala paip itu tudak boleh ditutup _______________ kerana telah rosak.

a)

erat-erat

b)

elok-elok

c)

ketat-ketat

d)

rapat-rapat

6.

"___________________, kamu telah lulus dengan cemerlang dalam ujian tae kwan do kali ini!" kata Encik Adnan kepada anaknya.

a)

Nah

b)

Amboi

c)

Takziah

d)

Tahniah

7.

Soalan 7 berdasarkan gambar di atas.

Anak kambing itu tidak henti-henti ____________________ sejak terpisah daripada ibunya.

a)

mengiau

b)

menguak

c)

memekak

d)

mengembek

8.

Ayat dibawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B atau C, dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D.


Perasaan cinta akan(A) negara haruslah dipupuk(B) dalam jiwa setiap(C) rakyat Malaysia. Tiada kesalahan.(D)

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan.

II Tudung yang dipakai dengan adik padan sungguh dengan warna kulitnya.

III Perangai gadis itu sangat teruk, tidak padan dengan wajahnya yang cantik.

IV Paras air di sungai itu padan dengan hujan yang turun selama dua jam.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I,II dan III sahaja

d)

II,III dan IV sahaja

10.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Penyelia kilang itu sedang menjelaskan tentang proses kerja yang perlu dilakukan oleh para pekerjanya.

a)

Penjelasan proses kerja

b)

menjelaskan proses kerja

c)

penjelasan tentang proses kerja

d)

menjelaskan tentang proses kerja

11.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat dibawah.


Pihak sekolah telah mengadakan program Jom ke Sekolah untuk menarik minat murid datang awal ke sekolah pada setiap hari.

a)

Program Jom ke Sekolah merupakan langkah awal yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi menarik minat murid untuk datang ke sekolah.

b)

Untuk menarik pihak sekolah datang awal ke sekolah pada setiap hari, program Jom ke Sekolah telah dianjurkan.

c)

Program Jom ke Sekolah telah diadakan oleh pihak sekolah untuk memastikan murid datang awal ke sekolah pada setiap hari.

d)

Murid datang awal ke sekolah pada setiap hari apabila pihak sekolah mengadakan program Jom ke Sekolah.

12.

Pilih ayat yang betul.


I Semua murid-murid dilarang merokok di kawasan sekolah.

II Kemelesetan ekonomi menyebabkan beribu pekerja kilang terpaksa diberhentikan secara berperingkat.

III Segenap lapisan masyarakat diingatkan berbelanja secara berhemah.

IV Pelbagai jenis cenderamata dijual di kedai itu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I,II dan III sahaja

d)

II,III dan IV sahaja

13.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Kadar kemalangan terus meningkat dari masa ke semasa akibat sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

II Menteri besar-menteri besar sedang bermesyuarat di Bangunan Seri Negeri Melaka.

III Pondok kecil yang dibina di tengah-tengah bendang itu dijadikan sebagai tempat berehat para petani.

IV Penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan akan merosakkan masa depan generasi muda.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I,II dan III sahaja

d)

II,III dan IV sahaja

14.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Walaupun berpendapatan tinggi, Halim tidak dapat menyimpan wang kerana sikap borosnya.

Keadaan ini seperti peribahasa

a)

biduk lalu kiambang bertaut

b)

buruk perahu puruk pangkalan

c)

burung terbang dipipiskan lada

d)

besar periuk besarlah keraknya

15.

Syarikat itu menjadi muflis disebabkan oleh sikap pengurus kewangan yang tidak amanah.

Keadaan ini seperti peribahasa.

a)

seperti kaduk naik junjung

b)

seperti kacang lupakan kulit

c)

seperti gunting dalam lipatan

d)

seperti belut pulang ke bumi

16.

Bacakan petikan cerpen di atas dengan teliti dan menjawab soalan-soalan yang berikutnya.

Apakah maksud peribahasa hutang darah dibayar dengan darah ?

a)

Segala janji yang telah dilafazkan mesti ditepati

b)

Sesuatu yang sudah ditentukan tidak boleh diubah lagi

c)

Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik

d)

Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya

17.

Bacakan petikan cerpen di atas dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Apakah alasan yang diberikan oleh Lim Pooi ketika dia tidak mengizinkan Lim Meng pulang?

a)

Lim Meng bukan anaknya

b)

Lim Pooi benci akan Lim meng

c)

Lim Meng telah dihalau dari rumahnya

d)

Lim Meng sudah alam tidak pulang

18.

Bacakan petikan cerpen di atas dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang berikut adalah sebab-sebab Lim Pooi menyalahkan Lim Meng, kecuali

a)

kedai Lim Pooi terbakar

b)

perniagaan Lim Pooi rugi

c)

Lim Meng menyebabkan kematioan Lim Foong.

d)

Lim Meng seorang anak yang derhaka

19.

Bacakan petikan cerpen di atas dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih rangkai kata yang mengandungi gaya bahasa metafora.

a)

Ibarat racun

b)

Hutang darah

c)

Keras membantah

d)

kandang kemarahan

20.

Bacakan petikan cerpen di atas dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.


''Air mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-katanya itu sebagai lelucon yang boleh ditertawakan."


Apakah yang dimaksudkan dengan ungakapan di atas?

a)

Air mukanya menunjukkan bahawa kata-katanya bukanlah sesuatu yang melucukan hati

b)

Air mukanya menggambarkan bahawa dia sangat marah dan tidak boleh diperlekehkan

c)

Air mukanya memperlihatkan bahawa sikap leluconnya yang tidak dapat dipertikaikan

d)

Air mukanya menunjukkan bahawa dia tidak rela ditertawakan oleh sesiapa sahaja.