wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pelajar yang tercedera itu telah dikejarkan ke ____________ dengan ambulans.

a)

A Penjara Taiping

b)

B Tasek Titiwangsa

c)

C Hospital Kuala Lumpur

d)

D Universiti Malaya

2.

Pada hari Jumaat, kami berhimpun di __________ sebelum memulakan mata pelajaran pertama.

a)

A balai polis

b)

B dewan

c)

C klinik

d)

D balai bomba

3.

Kerajaan telah membina sebuah __________ di kawasan sekolah baharu itu.

a)

A makmal sains

b)

B pejabat pos

c)

C balai polis

d)

D hospital

4.

_________ berperanan untuk mendidik anak muridnya tentang kepentingan menimba ilmu.

a)

A Ibu

b)

B Pemimpin

c)

C Guru

d)

D Maharaja

5.

Adik Ahmad bernama Abu. ________ sangat suka makan nasi goreng.

a)

A Saya

b)

B Dia

c)

C Kamu

d)

D Awak

6.

“ ______________ mesti hadir ke majlis hari jadi saya pada malam esok,” kata Razak kepada kawannya Samy.

a)

A Beliau

b)

B Tuanku

c)

C Kamu

d)

D Kami

7.

"Kalau tidak silap ________, awak bernama Gopal bukan?" tanya Johan.

a)

A saya

b)

B kita

c)

C patik

d)

D baginda

8.

Pelajar tahun 6 Cemerlang sedang membuat kajian di ___________.

a)

A padang sekolah

b)

B makmal sains

c)

C bilik darjah

d)

D pusat sumber

9.

Aktiviti ko-kurikulum merupakan aktiviti kegiatan di luar ___________.

a)

A bilik darjah

b)

B pusat sumber

c)

C padang sekolah

d)

D makmal sains

10.

Pakaian yang dipakai oleh pasukan koir sekolah Salina itu sungguh ____________.

a)

A comel

b)

B hodoh

c)

C molek

d)

D cantik

11.

Siti terpaksa berjalan kaki ke sekolah kerana ___________ bangun tidur.

a)

A lewat

b)

B lalai

c)

C cuai

d)

D lena

12.

Perut ayah _________ kerana terlalu kuat makan.

a)

A kempis

b)

B lalai

c)

C buncit

d)

D bujur

13.

Sejak kematian isterinya, Encik Ahmad asyik duduk ______________ seorang diri.

a)

A terpaku

b)

B terdiam

c)

C terkhayal

d)

D termenung

14.

Kereta yang dipandu oleh abang ipar Roslan _______ ke dalam longkang kerana cuaca buruk.

a)

A tergelincir

b)

B terlanggar

c)

C terbabas

d)

D tertimbus

15.

Encik Siva membawa keluarganya _________ pada cuti sekolah.

a)

A bersiar-siar

b)

B berasak-asak

c)

C berangan-angan

d)

D berkumpul-kumpul

16.

Keadaan di perpustakaan sekolah itu menjadi _____________ apabila bekalan elektrik terputus dengan tiba-tiba.

a)

A gelap-gelita

b)

B pontang-panting

c)

C lintang-pukang

d)

D simpang-siur

17.

Azman __________ basikal ke sekolah.

a)

A memandu

b)

B menyorong

c)

C menunggang

d)

D membawa

18.

Pak Seman __________ papan untuk membuat dinding.

a)

A menetak

b)

B mengikis

c)

C menghiris

d)

D mengetam

19.

Ibu ___________ air di dapur untuk membuat secawan teh.

a)

A menanak

b)

B mengukus

c)

C menggoreng

d)

D menjerang

20.

Pilih ayat yang menggunakan kata seru yang betul.

a)

A Cis, ambillah balik buku yang awak minta itu!

b)

B Nah, ambillah balik buku yang awak minta itu!

c)

C Oh, ambillah balik buku yang awak minta itu!

d)

D Wah, ambillah balik buku yang awak minta itu!