Font size
WorksheetsKUIZ PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Apakah tujuan Tuhan menciptakan manusia?
Menyesali kekurangan diri
Mematuhi segala suruhanNya
Memandang tinggi akan masyarakat berakhlak
Melakukan kemungkaran jika tidak patuh akan agama
Membantu seseorang mengikut kemampuan diri sendiri merupakan ciri-ciri nilai
Toleransi
Bertanggungjawab
Kesederhanaan
Berdikari
Bagaimanakah cara untuk menyatakan rasa hormat terhadap ibu bapa.
Mematuhi arahan mereka
Berasa takut terhadap mereka
Tidak berani bersuara atau berbincang dengan mereka
Belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
Apakah langkah yang perlu diambil untuk menyedarkan orang ramai agar menjaga kebersihan pantai?
Melarang orang ramai mengunjungi pantai
Mengenakan tindakan keras terhadap individu yang membuang sampah
Mengadakan kempen-kempen kebersihan pantai
Menghadapkan individu yang mengotorkan pantai ke mahkamah
Mengapakah golongan kurang berupaya wajar diberi layanan yang sopan?
Memudahkan untuk mendapat bantuan
Sebab mereka kurang berupaya melakukan sesuatu
Bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa
Supaya mereka tidak berasa tersisih
Apabila kita menghormati upacara keagamaan agama lain, kita dapat
Menyelesaikan masalah
Menikmati keindahan agama
Menjamin kesejahteraan
Menyanjungi agama tersebut
Mengapakah kita perlu menerima teguran dan kritikan dengan hati yang tenang?
Untuk kepentingan bersama
Untuk menunjukkan kehebatan
Agar disegani oleh orang lain
Agar disukai oleh rakan-rakan
Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan kaum?
Berdasarkan bilangan peserta yang menyertai aktiviti kokurikulum
Melalui sekolah-sekolah yang menyertai aktiviti kokurikulum
Berdasarkan kawasan aktiviti tersebut dilaksanakan
Melalui penglibatan pelbagai kaum
Apakah yang akan berlaku jika tiada permuafakatan?
Jenayah berkurangan
Masyarakat menjadi kucar-kacir
Melahirkan masyarakat majmuk
Memupuk semangat kejiranan
Kesepakatan antara negara penting untuk
Mengelakkan perpecahan
Meningkatkan hasil hutan
Meningkatkan pembangunan serantau
Mudah bertukar-tukar maklumat
Antara berikut, yang manakah menunjukkan perlakuan mengikut ajaran agama?
Mei Ling bercakap kasar dengan ibunya
Gopal memakan daging lembu kerana sedap
Syarina minum arak bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya
Gormit Singh sering mengikut bapanya bersembahyang di Gurdwara
Pilih pernyataan yang tidak benar.
Agama memupuk nilai positif dalam diri manusia
Orang yang berpegang kepada ajaran agama tidak akan dapat menerima kegagalan
Agama menjadi benteng daripada melakukan kemungkaran
Setiap agama perlu mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam kehidupan seharian
Pernyataan tersebut merujuk kepada agama?
Hindu
Islam
Kristian
Buddha
Mendengar khutbah di____________pada hari Sabtu/Ahad adalah amalan agama tersebut.
Masjid.
Kuil
Gereja
Wat
Mengapakah harta benda sekolah harus dijaga dengan baik?
Murid-murid dapat mencantikkan kawasan sekolah
Menjaga imej ibu bapa dan pihak sekolah
Murid-murid akan memperoleh kejayaan dengan cemerlang
Mengelakkan kerosakan dan menambah perbelanjaan untuk memperbaikinya
Kegiatan merosakkan kemudahan awam dikenali sebagai
Gangsterisme
Animisme
Vandalisme
Polistisme
Bagaimanakah cara seorang anak menghargai ibu bapanya?
Menceritakan kebaikan ibu bapa kepada rakan-rakan
Menyanyikan lagu untuk menggembirakan hati ibu bapa
Mendapatkan kejayaan yang cermerlang dalam peperiksaan
Berkelah bersama-sama keluarga pada hujung minggu
Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya ahli keluarga tidak memainkan peranan masing-masing?
Rumah tangga menjadi porak peranda
Hidup dalam keadaan bahagia
Hidup dalam kesederhanaan
Rumah tangga selalu berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah
Anda dilantik menjadi ketua kelas. Apakah tugas anda sebagai ketua kelas?
Memarahi rakan sekelas
Mengawal pergerakan rakan sekelas
Menjaga kelas dan membantu guru
Memerhati aktiviti guru
Pilih pernyataan yang benar tentang tanggungjawab kamu sebagai seorang pelajar dalam menjaga kawasan persekitaran.
i- Memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang bersih.
ii- Menegur rakan yang membuang sampah merata-rata.
iii- Memaki hamun pelajar yang terlupa menutup air di dalam tandas.
iv- Tidak menjalankan tugas membersih kelas.
i dan ii
iii dan iv
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
Berdasarkan gambar tersebut, apakah peraturan yang patut kita patuhi?
i- Menutup aurat.
ii- Duduk dengan sopan.
iii- Berjumpa dengan sanak saudara
iv- Menanggalkan kasut.
i dan ii
i, ii dan iii
i, ii dan iv
ii, iii dan iv
Apakah yang akan anda lakukan jika ternampak seorang kanak-kanak sedang menggangu jemaah lain beribadat?
Tidak mempedulikannya
Menegur kanak-kanak tersebut
Menggelengkan kepala
Turut menggangu jemaah lain
Kean Seng diajak oleh Ramu menghisap rokok. Apakah yang sepatutnya Kean Seng katakan kepada rakannya?
Boleh, apa salahnya.
Kamu pergilah ajak orang lain
Berapa banyak yang kamu beli?
Maaf, saya tidak mahu.
Berdasarkan gambar di atas, apakah yang sepatutnya diucapkan oleh murid tersebut?
Apakah yang mak cik beli?
Mak cik berjalan terlalu lambat.
Biar saya tolong mak cik bawa barang-barang ini.
Mak cik dari mana? kesian mak cik angkat berat.
Agensi kerajaan yang manakah bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar?
Kerajaan Negeri
Jabatan Kerja Raya
Majlis Perbandaran
Jabatan Alam Sekitar
Terumbu karang perlu dipelihara kerana memainkan peranan penting dalam aspek pembiakan dan tumbesaran hidupan akuatik.
Betul
Salah
Pusat rehabilitasi Orang Utan di Sepilok, Sandakan, Sabah merupakan satu contoh aktiviti yang melibatkan usaha.....
Pemeliharaan
Persaingan
Pemuliharaan
Penambahbaikan
Apakah tujuan kempen 3R -Recycle (memproses), Reuse (guna semula) dan Reduce(kitar semula)?
Memproses bahan
Melupuskan bahan
Membendung masalah pencemaran
Mengumpul surat khabar terpakai
Sedia menerima pendapat orang lain _______________.
Nilai kebebasan bersuara
Nilai sikap keterbukaan
Nilai rasional
Nilai toleransi
Boleh menyimpan rahsia ________________________.
Nilai harga diri
Nilai amanah
Nilai rasional
Nilai keadilan
Mementingkan perpaduan kaum demi kesejahteraan hidup _______________________.
Nilai cinta akan negara
Nilai rasional
Nilai sanggup berkorban untuk negara
Nilai toleransi
Saya akan mengucapkan salam apabila bersemuka dengan guru ____________________.
Nilai hemah tinggi
Nilai harga diri
Nilai kerajinan
Nilai bertanggungjawab
Dia sentiasa menjaga nama baik keluarganya _________________________
Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga
Nilai tanggungjawab terhadap keluarga
Nilai kasih sayang terhadap keluarga
Nilai hemah tinggi
Perlakuan merancang perbelanjaan supaya tidak boros, berbelanja mengikut kemampuan dan menabung sesuai dengan adat dan norma masyarakat.
Nilai melindungi hak pengguna
Nilai bertanggungjawab
Nilai amanah
Nilai kesederhanaan
Pertubuhan Bangsa–Bangsa Bersatu (PBB) memberi bantuan dan perlindungan kepada pelarian mangsa peperangan .
Nilai saling membantu dan bekerjasama
Nilai cinta akan negara
Nilai keadilan
Nilai rasional
