wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 4 - Penjodoh Bilangan

Total questions: 30

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Adik makan 5__________ durian.

a)

biji

b)

buah

c)

ulas

d)

ketul

2.

Kakak memakai____________ baju kurung yang cantik.

a)

sehelai

b)

lembar

c)

sepasang

d)

gulung

3.

Siti memasukkan se___________ garam ke dalam gulai yang dimasaknya.

a)

genggam

b)

cubit

c)

senduk

d)

sudu

4.

Adnan makan se _________ roti dan minum se _________ susu panas.

a)

buku....jag

b)

keping......gelas

c)

keping.........cawan

d)

potong....gelas

5.

Ayah membeli se_________ pisang di pasar.

a)

gugus

b)

sikat

c)

biji

d)

tandan

6.

Aini menghadiahi Cikgu Suzzana se___________ bunga.

a)

ketul

b)

cucuk

c)

jambak

d)

ikat

7.

Datuk membeli se__________ akhbar dari kedai buku.

a)

buah

b)

naskhah

c)

ketul

d)

helai

8.

Wanita itu memakai se __________ subang berlian.

a)

sebentuk

b)

utas

c)

pasang

d)

buah

9.

Ibu menyiang beberapa ____________ ikan di dapur.

a)

ketul

b)

kawan

c)

biji

d)

ekor

10.

Di tepi rumah saya terdapat se _____________ tiang lampu.

a)

bilah

b)

batang

c)

baris

d)

buah

11.

Se________ rumah kedai telah hangus dijilat api malam tadi.

a)

bidang

b)

baris

c)

angkatan

d)

berkas

12.

Siti membeli dua _________ gunting di kedai alat tulis.

a)

biji

b)

bilah

c)

buah

d)

bentuk

13.

Datuk mempunyai lima _______ sawah yang telah diwariskan kepada anak-anaknya.

a)

baris

b)

buah

c)

blok

d)

bidang

14.

Beberapa _________ subang kepunyaan ibu telah hilang dalam kejadian rompak malam tadi.

a)

buah

b)

biji

c)

bilah

d)

bentuk

15.

Ali telah menemukan se_______ permata ketika mengemas bilik arwah neneknya.

a)

butir

b)

buah

c)

biji

d)

buku

16.

Fatimah menghabiskan se_________ rambutan seorang diri.

a)

biji

b)

tangkai

c)

pangsa

d)

sikat

17.

Pak Nayan sedang menebar se________ jala.

a)

urat

b)

rangkap

c)

rawan

d)

ruas

18.

Posmen menyerahkan beberapa _________ surat kepada Ali.

a)

teguk

b)

tongkol

c)

untai

d)

pucuk

19.

Roti itu tidak boleh dimakan lagi kerana terkena beberapa ________ dakwat.

a)

teguk

b)

titis

c)

ulas

d)

timbun

20.

Pak Leman pulang dari ladang dengan menjunjung se_________ kayu api.

a)

bilah

b)

buah

c)

berkas

d)

buku

21.

Di bandar itu terdapat banyak _______ bangunan pencakar langit.

a)

butir

b)

buku

c)

blok

d)

baris

22.

Karim sedang memanggang lima belas _______ sate untuk pelanggannya.

a)

rumpun

b)

cucuk

c)

sisir

d)

ulas

23.

Se__________ tentera udara sedang menjalani latihan payung terjun.

a)

baris

b)

angkatan

c)

bekas

d)

buku

24.

Ibu memasukkan beberapa _________ halia ke dalam masakannya.

a)

gugus

b)

jambak

c)

hiris

d)

kapur

25.

Perompak bank itu melepaskan beberapa ________ tembakan sebelum melarikan diri.

a)

buah

b)

biji

c)

deret

d)

das

26.

Mak cik menyuruh saya mencabut beberapa _______ uban di kepalanya.

a)

gulung

b)

utas

c)

helai

d)

untai

27.

Adik mengambil dua ________ beras lalu diberi kepada burung itu.

a)

genggam

b)

gugus

c)

gumpal

d)

jambak

28.

Di langit kelihatan se_________ awan hitam berarak perlahan-lahan.

a)

deret

b)

genggam

c)

gugus

d)

gumpal

29.

Datik membeli se_______ dawai mata punai untuk membuat reban ayam serama.

a)

buah

b)

gelung

c)

untai

d)

keping

30.

Ibu membeli se________ anggur dan sebiji tembikai di pasar malam.

a)

jambak

b)

jambangan

c)

genggam

d)

gugus