wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesedaran Halal

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perkataan 'Halal'?

a)

Dilarang

b)

Dibenarkan

c)

Digalakkan

d)

Diwajibkan

2.

Apakah maksud 'Haram'?

a)

Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak

b)

Sesuatu yang tidak diyakini

c)

Sesuatu yang dilarang oleh syarak

d)

Sesuatu yang dibolehkan tetapi tidak disukai Allah

3.

Yang manakah BUKAN salah satu faktor penting dalam industri makanan Halal?

a)

Meluaskan pasaran di seluruh dunia

b)

Meningkatkan keyakinan pengguna

c)

Memberi jaminan dari segi kebersihan dan kualiti makanan

d)

Mengurangkan harga makanan

4.

Di bawah Akta Perihal Dagangan, tidak dibenarkan menggunakan perkataan 'Halal' untuk label makanan yang tidak halal.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Yang manakah haiwan yang halal?

a)

Burung puyuh (sudah disembelih)

b)

Burung hantu

c)

Lipas

d)

Ular

6.

Haiwan akuatik yang mana TIDAK halal?

a)

Jerung (sirip)

b)

Landak laut

c)

Belangkas

d)

Kura-kura

7.

Apakah sebabnya sesuatu jenis cendawan mungkin tidak halal?

a)

Cara pemotongan

b)

Beracun

c)

Cara penuaian cendawan tersebut

d)

Harganya terlalu mahal

8.

Apakah tiga jenis najs?

a)

Mukhaffafah

b)

Mutawasitah

c)

Murabahah

d)

Mughallazah

9.

Yang mana di antara berikut adalah najs mughallazah?

a)

Air kencing bayi lelaki yang baru lahir

b)

Darah ayam

c)

Uri kambing bebiri

d)

Darah khinzir

10.

Apakah cara yang betul untuk menyucikan najs mughallazah?

a)

Bilas dengan air sahaja

b)

Basuh dengan campuran air dan tanah sebanyak 7 kali

c)

Basuh dengan air + tanah 1 kali, bilas dengan air mutlak 6 kali

d)

Bilas dengan air Zamzam

11.

Yang manakah BUKAN cara penyembelihan yang halal?

a)

Memotong bahagian halqum dan mari' haiwan tersebut

b)

Menggunakan pisau yang tajam

c)

Mematahkan leher haiwan tersebut sebelum membuat pemotongan

d)

Membaca tasmiyyah/bismillah sebelum penyembelihan

12.

Berdasarkan fatwa. berapakah tahap alkohol yang dibenarkan dalam minuman ringan?

a)

2%

b)

0.5%

c)

1%

d)

0.1%

13.

Apakah nama sistem pensijilan atas talian yang digunapakai di Malaysia?

a)

Sistem Pendaftaran dan Pengesahan Halal Malaysia

b)

MyeHalal

c)

Halal Online

d)

CEROL

14.

Anda ingin membeli daging yang ada logo Halal dari Australia. Apa tindakan yang betul sekiranya menghadapi situasi ini?

a)

Beli sahaja dan boleh makan

b)

Memarahi tuan kedai kerana menjual makanan tersebut

c)

Ambil makanan tersebut dan buang ke dalam tong sampah

d)

Menyemak laman web JAKIM untuk mendapatkan kepastian pengiktirafan

15.

Di antara ujian makmal berikut, pilih ujian yang dibuat sebagai analisis Halal.

a)

Ujian alkohol

b)

Ujian keradioaktifan

c)

Ujian DNA khinzir

d)

Ujian fizikal (bulu dan kulit)

e)

Analisis proximate