WorksheetsTATABAHASA
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Banjir kilat telah __________ Kuala Lumpur setelah hujan lebat sepanjang malam tadi.
menyerang
melanggar
melanda
merempuh
Ahli-ahli pengakap sedang sibuk __________ khemah di tapak perkhemahan itu.
menyusun
menyalakan
mendirikan
menaikkan
Cik Salmi sedang __________ ikan yang dibelinya dengan sebilah pisau.
melapah
membelah
menyiang
menoreh
Jika tidak turun ke laut, Pak Mahat akan __________ jaringnya yang koyak.
menjahit
menyirat
menampal
memotong
“_________hendaklah rajin membaca buku untuk menambah ilmu pengetahuan,” nasihat Cikgu Fadzil kepada murid-muridnya.
Kita
Kamu
Kalian
Kami
“Cikgu maafkan _________kerana lewat datang ke sekolah,” kata Ah Foo dan Ah Seng.
saya
kita
mereka
Kami
Hormatilah guru-guru kerana__________telah mendidik kita menjadi insan yang berguna.
kita
kalian
Kami
mereka
Dato Ramli tersenyum. __________berasa kagum apabila melihat kegigihan pemuda itu.
Dia
Beliau
Tuanku
Baginda
“Sesiapa yang berjasa akan __________kurniakan anugerah,” titah Sultan Mansyur Shah.
beta
patik
tuanku
baginda
“Marilah _____ bersihkan bilik yang berselerak ini,” kata Chong Wei kepada abangnya.
kami
kita
kalian
mereka
Encik Abu berasa bangga apabila memandu kereta Proton Iriz buatan __________.
Jepun
Korea
China
Malaysia
Posmen itu menyerahkan beberapa pucuk __________ kepada Ali.
majalah
bungkusan
surat
surat khabar
__________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
Batang
Mayang
Daun
Pelepah
Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
atas
tengah
bawah
dalam
__________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
Tabah-tanih
Bukit-bukau
Batu-batan
Kayu-kayan
__________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke London.
Lelaki-lelaki
Kanak-kanak
Pelajar-pelajar
Budak-budak
Kak Ros sedang menuang air ke dalam __________ itu.
dekak-dekak
kuda-kuda
kisi-kisi
labu-labu
Sebahagian __________ tingkap rumah Tok Wan telah reput.
kisi-kisi
angkut-angkut
api-api
sumpah-sumpah
__________ merupakan hasil kraf tangan Malaysia yang digemari oleh pelancong-pelancong.
Gamelan
Batik
Dodol
Tarian Inang
Banyak makan __________ bermaksud banyak pengalaman hidup.
hati
ubat
gula
garam
Kebanyakan penduduk di Kampung Seri Murni bersawah ___________.
padi
getah
sayur
kelapa
Inspektor Khairul bertugas di __________ semenjak beberapa tahun yang lalu.
kedai runcit
pejabat pos
balai raya
balai polis
Dua orang kakitangan hospital sedang __________ seorang pesakit untuk dimasukkan ke dalam sebuah ambulans.
menolak
menyorong
mengusung
mendukung
“Kejayaan __________ merupakan kejayaan semua. Tanpa sokongan __________ pastinya kejayaan ini sukar dicapai,” kata Firdaus kepada rakan-rakannya.
kamu … saya
saya … kalian
kita … mereka
mereka … kita
“__________ caranya menyelesaikan masalah ini,” kata kakak kepada adik.
Itu
Ini
Begitu
Begini
Mereka telah mendiami rumah itu __________ beberapa tahun yang lalu.
pada
dalam
sejak
untuk
Sebahagian besar pekerja asing yang datang ke negara ini datangnya __________ bahagian timur pulau Jawa, Indonesia.
di
dari
ke
daripada
Buah manga yang masih muda rasanya __________, tetapi apabila telah masak, rasanya __________ pula.
masam … manis
manis … pahit
tawar … payau
kelat … masam
Zamri sangat __________ kerana bukunya tertinggal di rumah.
riang
ragu
gelisah
bosan
Kenderaan __________ bergerak perlahan-lahan apabila seorang anggota polis trafik mengawal lalu lintas.
belum
mula
telah
akan
Keadaan di pasar itu __________ dengan suara penjual dan pembeli yang __________ harga.
kacau-bilau … melihat-lihat
hiruk-pikuk … potong-memotong
porak-peranda … kejar-mengejar
hingar-bingar … tawar-menawar
Dewan itu terang __________ apabila semua lampu dipasang.
betul
agak
terlalu
begitu
__________ Gunung Kinabalu terdaki olehnya, __________ Gunung Tahan yang lebih rendah itu.
Baik … mahupun
Sedangkan … apatah lagi
Sungguhpun … namun
Bukan sahaja … bahkan juga
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
“Ruben, wajah abang saya seiras dengan wajah kamu,” kata Hakimi.
Hakimi memberitahui Ruben bahawa wajah Ruben seiras dengan wajahnya.
Ruben diberitahui oleh abang bahawa wajahnya sama dengan wajah Hakimi.
Ruben diberitahui oleh Hakimi bahawa wajahnya mirip dengan wajah abang.
Hakimi memberitahui Ruben bahawa wajah abangnya mirip dengan wajah Ruben.
Kanak-kanak lelaki itu menggigit se__________ tebu sambil berbual-bual dengan kawannya.
ruas
potong
batang
rumpun
