NEW
Font size
WorksheetsKata Ganda Bahasa Melayu
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Yusuf tidak mahu membeli __________ ikan goreng di gerai yang kotor itu.
bebola
bebuli
sesiku
jejari
Kakak sedang mengemas alat mainan adik yang __________ di ruang tamu.
bersenang-senang
bersepah-sepah
berjurus-jurus
bersirat-sirat
Ada __________ yang mengatakan bahawa Puan Harlina dan keluarganya akan berhijrah ke luar negara.
sedu-sedan
sorak-sorai
kacau-bilau
desas-desus
Jamal berlumba lari __________ untuk menjuarai acara larian 100 meter itu.
berpusu-pusu
bermati-matian
berebut-rebutan
bersenang-senang
Neesma menyapu_________yang bertaburan di halaman rumah dengan penyapu lidi.
sesiku
cecair
dedaun
tetikus
Air mata Nora mengalir semasa menghiris __________ itu.
bebawang
kekisi
rerambut
reriang
Keadaan di kampung __________ pada waktu malam.
kacau-bilau
sunyi-sepi
hiruk-pikuk
hingar-bingar
Nenek Firdaus duduk di ____________ sambil menganyam tikar mengkuang.
bebalai
tetingkat
pepara
kekisi
Encik Saiful terpaksa __________ ke tempat kerja baharunya walaupun jauh
pindah-randah
simpang-siur
lalu-lalang
ulang-alik
Air mata Kak Siti __________ semasa menonton babak sedih filem Hindustan.
meleleh-leleh
menggigil-gigil
melambai-lambai
menggeleng-geleng
