wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa Tahun 4

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Sheerah mudah mengajar Kelas 4 Tekun kerana murid-muridnya__________.

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

2.

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran menjadi ________ Hani di tengah malam yang sunyi.

a)

halwa telinga

b)

hati terbuka

c)

telinga kuali

d)

lapik perut

3.

Emak membuat agar-agar sebagai ___________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pencuci mulut

d)

mulut murai

4.

Puteri tidak ___________ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berhijrah ke bandar.

a)

sampai hati

b)

sagu hati

c)

makan hati

d)

sakit hati

5.

Anizah ___________ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan

a)

bersengkang mata

b)

bebal telinga

c)

sekangkang kera

d)

berat mata

6.

Budak kecil ini ____________ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.

a)

buah fikiran

b)

gerak hati

c)

ada angin

d)

ada bakat

7.

Megat ________ apabila melihat tangan anaknya yang luka parah itu.

a)

mabuk selasih

b)

ikat perut

c)

mabuk darah

d)

geli hati

8.

Pembunuhan kejam itu telah menjadi _________ semua rakyat di Malaysia.

a)

buah fikiran

b)

buah mulut

c)

curi tulang

d)

curi hati

9.

"Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap _____ kamu itu akan mengundang penyakit". tegur ibu

a)

telinga tempayan

b)

telinga kuali

c)

buruk selera

d)

buruk siku

10.

Ramzan tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu _________ setiap kali bertemu.

a)

berpeluk tubuh

b)

kepala batu

c)

bertikam lidah

d)

habis jodoh

11.

Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber_________ semasa bermain di padang.

a)

mulut tempayan

b)

kaki ayam

c)

gigi hutan

d)

jejak bara

12.

Mak Yah tidak disukai oleh orang kampung kerana sikapnya yang suka ________ tentang keburukan orang lain.

a)

tangan kanan

b)

buta huruf

c)

bawa mulut

d)

ambil hati

13.

Mak Munah _____ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.

a)

jatuh hati

b)

jalan buntu

c)

berat sebelah

d)

jauh hati

14.

Jikalau mahu berjaya, berusahalah bersungguh-sungguh, jangan jadi seperti _________yang penuh dengan angan-angan.

a)

Abu Nawas

b)

Abu Jahal

c)

raja sehari

d)

Mat Jenin

15.

Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya.

a)

berat sebelah

b)

ambil angin

c)

kepala angin

d)

tin kosong

16.

Mia tidak menyenangi sikap Wani yang suka ______ dan sering menceritakan kemewahannya itu.

a)

angkat senjata

b)

angkat diri

c)

bekas tangan

d)

batu loncatan

17.

Sarimah _______menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya

a)

mandi peluh

b)

mencuci mata

c)

memerah keringat

d)

memeras otak