NEW
Font size
WorksheetsMORAL - soalan pelbagai
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Apakah tindakan anda, apabila melihat rakan anda yang berkelakuan seperti di gambar ini?
Memujuk rakan anda
Mengajak rakan anda untuk bermain
Meluangkan masa dengan rakan untuk mengetahui masalahnya
Tidak menghiraukan rakan anda
Anda mendapati rakan anda sedang meniru semasa peperiksaan, apakah yang anda harus lakukan?
Menasihati rakan supaya tidak meniru
Mendapatkan jawapan dari rakan anda
Senyap dan tidak mengambil tindakan
Maklumkan kepada guru yang bertugas
Apakah kepentingan menjadi Insan bermoral kepada alam?
Alam dicemarkan
Imej negara terpelihara
Hidup bermuafakat dan harmoni
Alam terpelihara
Apakah kepentingan mempelajari Moral?
Menambah ilmu pengetahuan
Mengukuhkan pertahanan negara
Mempunyai nilai sejagat
Mengurangkan integriti
Antara yang berikut, tingkah laku yang manakah anda tidak patut lakukan semasa menghadiri rumah terbuka?
Makan semua makanan dengan sopan
Salam dengan semua orang
Memakai pakaian ikut keselesaan diri
Tidak menganggu majlis dengan membuat bising
Semasa anda ingin menggunakan tandas awam yang ramai orang sedang menunggu giliran, anda ternampak tandas OKU yang kosong. Apakah yang anda akan lakukan?
Menunggu giliran anda untuk masuk dengan senyap
Menggunakan tandas oku tersebut
Mencari tandas lain kerana tidak suka ramai orang
Memarahi orang yang ada dalam tandas kerana lama
Janice membeli makanan di kantin yang sibuk pada waktu rehat. Selepas membeli, juruwang memberikan baki yang berlebihan kepada Janice. Apakah tindakan yang sepatutnya Janice lakukan?
Simpan baki tersebut untuk membeli makanan lain
Anggap baki yang berlebihan untuk tuhan yang memberikan
Memulangkan baki berlebihan kepada juruwang
Tidak buat apa-apa tindakan
Apakah sambutan keagamaan Ng Siew Chai yang beragama Buddha?
Tahun Baharu Cina
Hari Wesak
Vaisakhi
Pesta Kaamatan
Keluarga Puan Amrita Kaur di dalam gambar ini beragama?
Hindu
Kadazan
Murut
Sikh
Apakah perayaan yang disambut oleh Orang Asli Semai?
Kinorohingan
Nyenang
Hari menuai
Upacara Magavau
Apakah perasaan berterima kasih kepada tuhan?
Bersalam
Bersyukur
Bergembira
Sembayang
Mary sangat lemah dan kurang keyakinan diri dalam berbahasa Melayu. Apakah yang patut dilakukan oleh Mary untuk mengatasi kelemahan dirinya?
Menggunakan bahasa yang lain apabila bercakap
Menggelakkan diri daripada berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan tidak berusaha
Membaca buku selain dari buku Bahasa Melayu
Banyak bertanya dan berani untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
Cara meminta pertolongan dari tuhan.
Bersyukur
Menangis
Berdoa
Berterima kasih
