NEW
Font size
WorksheetsPRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 (MODUL10)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Maklumat berikut diperoleh daripada penyata kedudukan kewangan Perniagaan Haji Ahmad bagi tahun berakhir 31 Disember 2018
Aset bukan semasa RM80 000
Aset semasa RM60 000
Liabiliti bukan semasa RM40 000
Liabiliti semasa RM20 000
Berapakah nisbah semasa ?
1 : 2
2 : 1
1 : 3
3 : 1
Apakah istilah yang digunakan bagi lebihan harga jualan daripada kos berubah?
Untung
Tokokan
Margin caruman
Titik pulang modal
Pasangan yang manakah betul tentang nisbah dan tafsirannya?
Pulangan atas modal = Menilai prestasi pengurusan
Nisbah semasa = Mengetahui tahap kecairan
Tokokan = Menilai kecekapan pengurusan inventori
Kadar pusing ganti inventori = Mengetahui kedudukan kewangan
Maklumat berikut diperolehi daripada Perniagaan Azizul pada 31 Disember 2020.
Inventori purata = RM19 000
Untung kasar = RM42 000
Kadar pusing ganti inventori = 4 kali
Berapakah kos jualan?
RM93 600
RM76 000
RM61 400
RM47 150
Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan Kedai Chantek Bella.
Inventori pada 1 Julai 2018 = RM12 000
Inventori pada 30 Jun 2019 = RM24 000
Kos jualan = RM72 000
Berapakah kadar pusing ganti inventori ?
2 kali
3 kali
4 kali
6 kali
Maklumat berikut diberikan oleh Jaya Enterprise.
Insurans prabayar = RM250
Overdraf bank = RM1 500
Akaun Belum Terima = RM6 000
Berapakah nisbah semasa Jaya Enterprise?
0.24 : 1
0.29 : 1
3.43 : 1
4.17 : 1
Nisbah semasa bagi Syarikat Nikmat ialah 2:1. Apakah tafsiran yang tepat mengenai nisbah tersebut?
2/3 daripada aset adalah aset semasa
Jumlah liabiliti melebihi 2 kali ganda aset
Jika RM2 yang dilaburkan, syarikat memperoleh pulangan sebanyak RM1
Setiap RM2 nilai aset semasa dapat menjelaskan RM1 nilai liabiliti semasa
Maklumat berikut berkaitan dengan nisbah semasa dua buah perniagaan.
Nisbah Semasa Syarikat Indah = 2 : 1
Nisbah Semasa Syarikat Makmur = 3 : 1
Apakah tafsiran yang betul mengambarkan kedua-dua perniagaan tersebut?
Makmur Enterprise memperoleh kadar keuntungan kasar lebih tinggi berbanding Perniagaan Indah
Kedudukan untung keseluruhan Makmur Enterprise adalah lebih baik berbanding Perniagaan Indah
Harga jualan Makmur Enterprise lebih tinggi berbanding harga jualan Perniagaan Indah
Kedua-dua perniagaan berkemampuan untuk menjelaskan liabiliti semasa
Nisbah semasa Syarikat Perdana ialah 1 : 2 .
Pilih tindakan yang perlu diambil untuk memperbaik tahap kecairan syarikat itu.
Membuat pinjaman bank
Menambahkan belian barang niaga
Memanjangkan tempoh jualan kredit
Maklumat berikut diambil daripada buku Syarikat Mawar Sendirian Berhad pada 31 Mac 2020.
Akaun Belum Terima = RM15 000
Inventori akhir = RM5 000
P = RM10 000
Nisbah semasa syarikat = 2 : 1
Apakah P ?
Tunai
Pinjaman
Bangunan
Akaun Belum Bayar
