WorksheetsSains bab 2 Tkn 4
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah maksud Teknologi Hijau?
Aplikasi produk dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam semula jadi
Pembangunan dan aplikasi sistem dalam memelihara alam sekitar serta mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
Penggunaan tenaga yang kurang untuk menjalankan sesuatu kerja dengan kadar yang sama
Aplikasi peralatan dalam memelihara alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara
Antara yang berikut, manakah kepentingan Teknologi Hijau?
I. Mengurangkan pengeluaran karbon
II. Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar
III. Menjimatkan penggunaan sumber asli negara
IV. Meningkatkan ekonomi negara
I dan II sahaja
I dan III sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Antara yang berikut, manakah bukan usaha dalam pelaksanaan kecekapan tenaga?
Kempen kesedaran alam semula jadi
Kempen teknologi cekap tenaga
Label kecekapan tenaga bagi kelengkapan elektrik
Indeks Bangunan Hijau
Antara yang berikut, manakah kesan daripada pembebasan gas rumah hijau?
I. Peningkatan suhu
II. Banjir kilat
III. Kemarau
IV. Tanah runtuh
I dan II sahaja
II dan II sahaja
I dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
Antara yang berikut, apakah yang dititikberatkan dalam Teknologi Hijau bagi mengatasi isu sosiosaintifik?
I. Cara tenaga digunakan
II. Cara tenaga dijana
III. Kecekapan penggunaan tenaga
IV. Agihan tenaga yang dihasilkan
I dan II sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Antara yang berikut, manakah aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintifik?
I. Sumber tenaga hidro
II. Sumber tenaga geoterma
III. Sumber semulajadi
IV. Sumber tenaga solar
I dan II sahaja
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Apakah yang dimaksudkan dengan "jejak kaki karbon"?
Jumlah gas rumah hijau
Pembebasan gas ke persekitaran
Jumlah gas rumah hijau, iaitu karbon dioksida yang dibebaskan daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti asap kenderaan
Kesan kemajuan yang pesat tanpa menghiraukan alam semula jadi di sekeliling kita
Teknologi hijau ialah pembangunan peralatan, aplikasi , produk dan sistem yang
menguntungkan masyarakat
memelihara alam sekitar
mengurangkan kesan negatif dari aktiviti manusia
menjadikan malaysia negara maju
Antara kepentingan teknologi hijau ialah
menghasilkan lebih banyak petroleum
mengurangkan pengeluaran karbon
meningkatkan tahap kesihatan manusia
menjual teknologi ke negara luar
Antara berikut yang manakah bukan contoh Teknologi Hijau dalam kehidupan?
gambar menunjukkan salah satu contoh sumber tenaga yang boleh diperbaharui. contoh lain adalah....
petroleum
biojisim
geoterma
gas asli
pemanasan global menyebabkan
kesan rumah hijau
peningkatan aras air laut
ais di kutub membeku
banjir besar
Antara isu sosiosaintifik dalam pengurusan sisa dan air sisa ialah....
pengurusan sumber tenaga
pengurusan sumber semulajadi
pengurusan pembukaan tanah
pengurusan sisa makanan
apakah kepentingan memperkasakan penggunaan tenaga boleh baharu?
meningkatkan ekonomi negara
mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida yang berlebihan
mengurangkan kesan rumah hijau
kemerosotan sumber kewangan negara
Antara berikut manakah gas yang menyebabkan hujan asid?
sulfur dioksida
karbon monoksida
nitrogen dioksida
oksigen
Antara kenderaan berikut yang manakah bukan kenderaan hijau?
Yang manakah antara berikut bukan merupakan sumber tenaga hijau?
Aktiviti yang dijalankan di atas adalah disebabkan faktor-faktor berikut kecuali
pembukaan kawasan pertanian
pembinaan stesen hidro elektrik
pembinaan kawasan tadahan hujan
pembinaan kawasan perumahan
Tapir merupakan salah satu spesis terpelihara di Malaysia.Antara berikut yang manakah cara penyelesaian yang paling praktikal untuk mengelakkan kejadian di atas?
Mendirikan pagar elektrik di sepanjang jalan raya
Mendirikan papan tanda di kawasan lintasan tapir agar pemandu mengurangkan kelajuan
Menangkap dan pindah tapir ke kawasan lain
Membina laluan selamat untuk tapir melintas
Kesemua langkah berikut membantu dalam mengurangkan jejak kaki karbon kecuali
Menaiki pengangkutan awam
Menanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan
Menggunakan kaedah pertanian secara bergilir
Mematikan perkakasan elektrik yang tidak digunakan
Yang manakah antara berikut bukan merupakan empat tonggak kelestarian dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?
Tenaga
Kesihatan
Alam Sekitar
Ekonomi
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga hijau?
Tenaga bersih yang tidak boleh dijana semula
Tenaga bersih yang boleh dijana semula
Tenaga semulajadi yang tidak boleh dijana semula
Tenaga semulajadi yang tidak boleh diperbaharui
Yang manakah antara berikut merupakan isu sosiosaintifik sektor pengangkutan?
Harga kenderaan yang terlalu tinggi
Pembakaran bahan api dalam enjin kenderaan membebaskan gas rumah hijau.
Jumlah kenderaan berat semakin bertambah di atas jalan raya.
Penggunaan sumber tenaga hijau oleh kenderaan menjejaskan kesihatan
Bahan bakar alternatif berikut membantu
Liquefied gas
Compressed gas
Liquefied natural gas
Compressed hydrogen
Yang manakah antara berikut bukan merupakan sumber tenaga hijau?
Solar
Air
Arang batu
Angin
