NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 3-Kata Adjektif
Total questions: 20
Worksheet time: 9mins
Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
pekat
cair
merah
putih
Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
longgar
ketat
besar
singkat
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
tajam
kasar
tumpul
kesat
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
panjang
kecil
tebal
besar
Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
panas
damai
nyaman
sejuk
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________
besar
tinggi
panjang
pendek
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
hapak
tengik
hanyir
hancing
Serangga yang bertubuh ______ telah merosakkan daun- daun di taman bunga itu.
besar
kecil
bulat
lurus
Terdapat banyak lalat yang berterbangan ________ di kawasan sampah sarap itu.
jauh
sempit
hampir
sebelah
Bunga ros yang berwarna ______ sering dihinggap oleh lebah untuk mendapatkan madunya.
merah
jingga
hitam
biru
Udara di Cameroon Highland sangat ____________ terutamanya pada waktu pagi.
dingin
panas
suam
gelap
Adik sangat _____________ kerana kucing kesayangannya itu telah mati malam tadi.
gembira
sedih
riang
pedih
Ibu memeluk saya dengan sangat _____________ dan sangat menyayangi diri saya.
rapat
erat
dekat
pegang
Rumah saya terletak sangat _____________ dari sekolah. Oleh kerana itu, bapa saya akan menghantar saya ke sekolah.
dekat
rapat
jauh
awal
Biskut di dalam bekas itu menjadi ____________ kerana bekas tidak ditutup dengan rapat.
kering
basah
hangit
lemau
Halaman rumah jiran saya sangat _______________ dan bersih kerana dia pandai menjaganya.
putih
aman
cantik
jernih
Sofa yang baru dibeli ibu itu sungguh _______________.
empuk
lembut
besar
kasar
Menara Berkembar Petronas itu sangat _____________ sehingga dikenali sebagai bangunan pencakar langit.
kuat
rendah
tinggi
renek
