wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 4 (Kata Majmuk)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Aini meminta Sofia meletakkan__________itu di penjuru kelas

a)

tanah air

b)

pasu bunga

2.

Alif telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam ____________Sains dan Matematik.

a)

mata pelajaran

b)

mata wang

3.

Kedai __________akan tutup pada 6 petang.

a)

alat pensel

b)

alat tulis

4.

Qalid membeli sebungkus________di gerai Oya Square sebagai sarapan pagi.

a)

nasi putih

b)

nasi lemak

5.

_____ Ani tidak berfungsi lagi kerana telah dimasuki air ketika dia bermain di padang.

a)

jam tangan

b)

jam dinding

6.

Shahniza mahir menggunakan ________ untuk menyiapkan kertas projeknya.

a)

komputer riba

b)

kamus dewan

7.

Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.

a)

baju kurung

b)

baju sukan

8.

Safiah mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.

a)

buku lima

b)

buku rujukan

9.

Zara murid kelas 4 Wira. Dia memberikan ______________ kepada rakan-rakan sekelasnya semasa menjalankan perbincangan.

a)

kerja sama

b)

kerjasama

10.

Maisarah selalu membantu masyarakat secara ___________, Dia membantu orang buat melintas jalan.

a)

sukarela

b)

suka rela

11.

Kakak diberi peluang melakukan _________ kereta baharu yang akan dibelinya.

a)

pandu uji

b)

kaji selidik

c)

soal siasat

d)

uji kaji

12.

Sebagai _______ Persatuan Bahasa Melayu sekolahnya, Fatin perlu menyiapkan laporan yang diminta oleh Cikgu Lily.

a)

ketua kerani

b)

kakitangan

c)

setiausaha

d)

urus setia

13.

Berdasarkan gambar ini.


_____________ yang dipasang di sepanjang jalan raya membantu para pemandu menentukan arah tempat yang dituju.

a)

Papan tanda

b)

Papan putih

c)

Papan lapis

d)

Papan kenyataan

14.

Majlis perasmian "Kempen Membaca" telah berjalan lancar mengikut _______ .

a)

reka bentuk

b)

budi bicara

c)

hal ehwal

d)

atur cara

15.

Tiga orang peserta ___________ bersaing hebat untuk menamatkan perlumbaan.

a)

kapal layar

b)

bot laju

c)

perahu layar

d)

kapal laut

16.

Notis mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu sekolah itu telah ditampal pada __________.

a)

papan lapis

b)

papan tanda

c)

papan kekunci

d)

papan kenyataan

17.

Murid-murid mencari maklumat daripada _________ di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan mereka.

a)

buku simpanan

b)

buku rujukan

c)

buku catatan

d)

buku latihan

18.

Bapa membeli sebuah ___________ di Farmasi Tapah.

a)

kerusi urut

b)

kerusi malas

c)

kerusi roda

d)

kerusi rehat

19.

Murid yang berminat untuk menjadi pengawas pepustakaan perlu menjalani _________ terlebih dahulu.

a)

uji kaji

b)

uji bakat

c)

temu duga

d)

temu ramah

20.

Pelan rumah cantik itu ialah hasil ________ seorang arkitek tempatan yang terkemuka.

a)

susun atur

b)

reka bentuk

c)

usaha sama

d)

daya fikir