wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Bahasa

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk Kampung Seri Melati memandang __________________ terhadap pemuda yang baru sahaja dibebaskan dari penjara itu.

a)

senget

b)

serong

c)

miring

d)

condong

2.

Ubi keledek yang direbus oleh kakak itu _______________ kerana terlebih air.

a)

lemau

b)

lembut

c)

lembik

d)

empuk

3.

Pengorbanan Encik Amirul selama ini ________________ apabila anaknya berjaya menjadi seorang doktor.

a)

termakbul

b)

terbayar

c)

tercapai

d)

ternilai

4.

Reena ________________apabila disuruh oleh ibunya membasuh pinggan di dapur.

a)

meleter

b)

meraung

c)

merungut

d)

meragut

5.

Nicole ____________________ perasaan sedih kepada abangnya, Simon.

a)

menyatakan

b)

meleraikan

c)

melaungkan

d)

meluahkan

6.

Banyak mayat penceroboh ___________________ di atas tembok pertahanan itu setelah dibom oleh pihak tentera Malaysia.

a)

bertaburan

b)

berselerakan

c)

berterbangan

d)

bergelimpangan

7.

Para pendengar suka akan juruhebah itu kerana ______________ berkata-kata dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

a)

ketangkasannya

b)

kepetahannya

c)

kesungguhnannya

d)

kecekapannya

8.

Semua orang perlu mengurangkan_________________ makanan dan minuman yang manis supaya kurang terdedah kepada risiko penyakit diabetes.

a)

ambilan

b)

diambil

c)

pengambilan

d)

mengambilkan

9.

" Kotak ubat yang besar itu saya ________________ seorang diri kerana tiada sukarelawan yang berani mengharungi kawasan tanah runtuh itu untuk membantu mangsa gempa bumi", kata Kamil.

a)

pikul

b)

jinjing

c)

bimbit

d)

sandang

10.

Guru-guru yag telah ditempatan di kawasan ______________ perlu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh.

a)

pendalaman

b)

pedalaman

c)

pedalami

d)

perdalamkan

11.

RTM dan TV3 akan _______________________ siaran langsung perlawanan akhir badminton Piala Thomas pada pukul 8.00 malam nanti.

a)

menonton

b)

menyiarkan

c)

menayangkan

d)

menceritakan

12.

Gopalsami _______________motosikalnya dari kebun hingga ke stesen minyak itu kerana kehabisan minyak.

a)

menonton

b)

menyorong

c)

menolak

d)

menuntun

13.

Hajah Fatimah terpaksa __________________ kepergian anaknya ke kem PLKN walaupun dia sangat sayang akan anaknya itu.

a)

rela

b)

relakan

c)

merelakan

d)

suka rela

14.

Setiap pagi, Cikgu Sanusi akan _____________________ di jalan itu untuk memastikan kecergasannya sentiasa berada dalam keadaan optimum.

a)

duduk

b)

berlari

c)

bergerak

d)

berenang

15.

Penduduk Kampung Baru Jumpa terpaksa _______________ menentang pasukan tentera Jepun yang zalim itu.

a)

bangun

b)

rempuh

c)

bangkit

d)

bingkas

16.

Kereta itu ________________ lalu melanggar pembahagi jalan tersebut kerana jalan tersebut licin ketika hujan.

a)

terbelok

b)

terlicin

c)

tersasar

d)

terbabas

17.

Pasar Borong Selayang telah diserbu oleh pihak penguatkuasa setelah mendapat aduan yang mengatakan pendatang tanpa izin telah ________________kawasan tersebut.

a)

mendominasikan

b)

menguasai

c)

mendominankan

d)

menyerang

18.

Pihak polis telah menjalankan ___________________ ke kawasan penempatan setinggan itu setelah mendapat aduan masyarakat setempat.

a)

serangan

b)

penangkapan

c)

serbuan

d)

perlanggaran

19.

Ibu telah memasukkan beberapa _____________ garam ke dalam rendang yang sedang dimasaknya itu.

a)

genggam

b)

ketul

c)

carik

d)

cubit

20.

Musibah banjir kilat yang ______________ rumah Ainah menjadi satu _____________ yang hebat kepadanya kerana rumah itu baru sahaja dibina semula selepas kebakaran tahun lepas

a)

melanda .......ujian

b)

menimpa ........ tamparan

c)

melanda........kenangan

d)

menimpa ...ujian

21.

Sukri terpaksa mengambil peguam bela bagi ________________ segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

a)

membela

b)

menangkis

c)

mengaku

d)

memanjangkan

22.

Pemain nombor 10 itu terpaksa dikeluarkan dari padang setelah otot kakinya mengalami ______________

a)

kekerasan

b)

kekejungan

c)

kesulitan

d)

kekejangan

23.

Fellysity terpaksa menggunakan ranting dahan itu untuk _____________ nyamuk yang mengelilinginya.

a)

memukul

b)

menepis

c)

menghalang

d)

melibas

24.

Kehebatan Rahman _______________ serangan bola di gawang melayakkannya mendapat pencalonan pemain terbaik tahun ini.

a)

menendang

b)

menghadang

c)

menghalang

d)

merebut

25.

Lee Chong Wei berjaya memenangi perlawanan badminton itu setelah membuat satu ______________ bola yang tajam ke dalam gelanggang pihak lawan.

a)

libasan

b)

pukulan

c)

rejaman

d)

hentakan

26.

Tali leher yang _________________ pada pintu almari itu kepunyaan ayah.

a)

gantung

b)

digantung

c)

menggantung

d)

tergantung

27.

Yardey bersungguh-sungguh mengusahakan tanah sawah padi milik keluarganya yang ____________ itu.

a)

besar

b)

lebar

c)

longgar

d)

luas

28.

Ratchel terlupa mematikan api di dapur sehingga nasi yang dimasaknya mengeluarkan bau _____________

a)

tengik

b)

busuk

c)

hangit

d)

basi

29.

Kapal kargo yang _____________ dengan muatan itu dipercayai karam setelah dipukul ombak yang besar.

a)

banyak

b)

sarat

c)

penuh

d)

berlebihan

30.

Aisyah ________________ perasaan marahnya walaupun sering diejek oleh rakan-rakan sekelasnya

a)

menahan

b)

menyimpan

c)

memendam

d)

menyembunyikan