wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tatabahasa

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Kata penjodoh bilangan gelung digunakan untuk objek yang berikut kecuali

a)

dawai

b)

tali

c)

filem

d)

rotan

2.

Yang berikut ialah imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit kecuali

a)

maha-

b)

-wati

c)

supra-

d)

tata-

3.

Lengkapkan peribahasa berikut dengan perkataan yang betul. Pisau ditangan kanan, _________________ di tangan kiri.

a)

mentimun

b)

terung

c)

ubi

d)

bawang

4.

Nyatakan pola ayat yang berikut : Jam tangan ini mahal harganya.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

5.

Penonton yang ingin menyaksikan persembahan teater di Istana Budaya haruslah mematuhi ___________________ pakaian yang telah ditetapkan.

a)

tatasusila

b)

tatatertib

c)

tatarias

d)

tatacara

6.

Semua perkataan berikut membawa maksud risau kecuali

a)

gelisah

b)

khuatir

c)

resah

d)

gamat

7.

Kuih yang kamu ______________ itu sangat sedap.

a)

membuat

b)

buat

c)

dibuat

d)

buatan

8.

Peribahasa bagai denai gajah lalu membawa maksud...

a)

Sesuatu hal yang tidak menyenangkan hati

b)

Sangat gembira kerana mendapat sesuatu

c)

Menurut perintah orang yang lebih berkuasa

d)

Perbuatan yang sukar disembunyikan

9.

Yang berikut ialah contoh kata bilangan tak tentu kecuali

a)

tiap-tiap

b)

beberapa

c)

seluruh

d)

segala

10.

Jamaliah membeli tiga _______________ tapai ubi dan dua _______________ lemang di pasar malam.

a)

gugus ... puntung

b)

biji ... rumpun

c)

bungkus ... potong

d)

buku ... ketul

11.

Pilih ayat yang SALAH.

a)

Ibu menidurkan adik di dalam kamar.

b)

Pekerja-pekerja sedang memperlebarkan jalan.

c)

Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung sampai mati mandatori.

d)

Siti sedang membasuh kain di dalam bilik air.

12.

Antara berikut ialah kata bantu aspek kecuali...

a)

sudah

b)

pernah

c)

telah

d)

hendak

13.

Pilih ayat yang SALAH dari segi penggunaan kata berhuruf condong.

a)

Kedua-dua pasukan lawan itu sedang beradu tenaga untk menewaskan lawan masing-masing.

b)

Zalia cuba beradu dengan Jamilah untuk mendapat tempat ertama dalam ujian yang akan diadakan nanti.

c)

Adik beradu kepada ayah tentang perbuatan rakannya yang menconteng bukunya.

d)

Sultan Jalil Syah sedang beradu di bilik peraduan.

14.

Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang _________________ .

a)

doktor

b)

perwira

c)

mekanik

d)

pemandu

15.

Kakak tidak dapat tidur lena di rumah nenek kerana asyik terdengar bunyi __________________ buah mangga yang gugur.

a)

letuk-letak

b)

lepak-lepuk

c)

lesuk-lesak

d)

letung-letang

16.

Lengkapkan peribahasa ini: Menahan luka di _______________________

a)

sungai

b)

pengkalan

c)

pergentingan

d)

kolam

17.

Kata sinonim untuk 'rintangan' ialah

a)

rumit

b)

kompleks

c)

runcing

d)

aral

18.

Pilih perkataan yang seerti bagi perkataan yang bergaris. Samy meminta kebenaran daripada ayahnya.

a)

keizinan

b)

kelulusan

c)

kebebasan

d)

kelepasan

19.

Anak raja daripada permaisuri dikenali sebagai

a)

anak gundik

b)

anak emas

c)

anak gahara

d)

anak bangsawan

20.

Kenal pasti pola ayat yang berikut: Jam tangan ini mahal harganya.

a)

FN + FN

b)

FN + FK

c)

FN + FS

d)

FN + FA

21.

Puan Jamilah mempersilakan tetamu itu masuk ke rumahnya.

a)

Tetamu itu dipersilakan oleh Puan Jamilah masuk ke rumahnya.

b)

Tetamu itu telah masuk ke rumah Puan Jamilah dengan dipersilakan.

c)

Tetamu itu mempersilakan Puan Jamilah masuk ke rumahnya.

d)

Puan Jamilah mahukan tetamu itu masuk ke rumahnya dengan mempersilakannya.

22.

Aiman selalu membantu ayahnya ________________ pokok bunga kertas supaya pokok tersebut menjadi rendang.

a)

menetak

b)

mengerat

c)

memangkas

d)

mencencang

23.

Peribahasa berikut mempunyai maksud yang hampir sama, kecuali

a)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

b)

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

c)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

d)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

24.

Antara yang berikut ialah kata ganti nama diri ketiga kecuali

a)

mereka

b)

beliau

c)

dia

d)

kalian

25.

Maksud simpulan bahasa telinga kuali ialah

a)

tajam pendengarannya

b)

orang yang dapat bersabar walaupun dimarahi oleh orang lain

c)

orang yang cepat marah

d)

orang yang pekak pendengaran