wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KETURUNAN DAN VARIASI

Total questions: 55

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.
Pernyataan manakah yang betul mengenai proses meiosis?
a)
Berlaku pada sel soma
b)
Nukleus membahagi dua kali
c)
Bilangan kromosom dikekalkan
d)
Setiap sel induk menghasilkan 2 sel anak
2.
Pernyataan manakah yang betul mengenai proses mitosis?
a)
Berlaku pada sel soma
b)
Nukleus membahagi dua kali
c)
Setiap sel induk menghasilkan empat sel anak
d)
Bilangan kromosom sel anak menjadi separuh daripada bilangan sel kromosom sel induk
3.
Rajah di bawah menunjukkan siku yang terluka.
Proses manakah yang akan menyembuhkan siku tersebut?
a)
Meiosis
b)
Mitosis
c)
Persenyawaan
d)
Mutasi
4.
Rajah di bawah menunjukkan satu proses pembahagian sel.
Apakah kepentingan proses X?
a)
Menghasilkan gamet
b)
Menggantikan sel-sel yang mati dan rosak
c)
Mewujudkan variasi di kalangan anak-anak
d)
Memastikan sel anak menjalankan fungsi yang berlainan daripada sel induk
5.
Rajah di bawah menunjukkan perwarisan warna bulu bagi arnab.
Gen dominan menghasilkan bulu hitam manakala gen resesif menghasilkan bulu putih.
Berapakah peratus kemungkinan mendapat anak bulu putih?
a)
25%
b)
50%
c)
75%
d)
100%
6.
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan trait resesif?
a)
Iris mata berwarna biru
b)
Rambut kerinting
c)
Cuping telingan melekap
d)
Boleh menggulung lidah
7.
Sperma manusia mengandungi
a)
22 + X kromosom
b)
22 + XY kromosom
c)
44 + X kromosom
d)
44 + Y kromosom
8.
Kembar seiras serupa dalam kebanyakan kriteria kecuali
a)
Jantina
b)
Kandungan genetik
c)
Rupa
d)
Cap jari
9.
Rajah di bawah menunjukkan sejenis kembar.
Apakah ciri-ciri kembar tersebut?
a)
Melibatkan satu ovum
b)
Melibatkan satu sperma
c)
Tidak berkongsi plasenta
d)
Ovum yang disenyawakan membahagi dua
10.
Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen?
a)
Sindrom Down
b)
Buta warna
c)
Sindrom Turner
d)
Sindrom Klinefelter
11.
Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi kromosom?
a)
Albinism
b)
Buta warna
c)
Hemofilia
d)
Sindrom Klinefelter
12.
Yang berikut adalah faktor mutasi kecuali
a)
Sinaran X
b)
Sulfur dioksida
c)
Radiasi sinaran gama
d)
Bahan kimia seperti nikotina dan pestisid
13.
Antara yang berikut, yang manakah contoh variasi selanjar?
a)
Jantina
b)
Ketinggian
c)
Kumpulan darah
d)
Kebolehan menggulung lidah
14.
Antara yang berikut, yang manakah contoh variasi tak selanjar?
a)
Ketinggian
b)
Berat badan
c)
Cap jari
d)
Warna kulit
15.
Rajah di bawah menunjukkan sejenis variasi yang boleh ditunjukkan dalam carta bar.
a)
Ketinggian
b)
Berat badan
c)
Cap jari
d)
Warna kulit
16.

Gen ialah unit baka yang terdiri daripada DNA yang membawa maklumat keturunan.

a)

Betul

b)

Salah

17.

DNA ialah struktur berbentuk heliks ganda dua yang mengekod maklumat genetik (menentukan sifat-sifat sesuatu organisma)

a)

Betul

b)

Salah

18.

Kromosom Berbentuk bebenang halus

dalam nukleus sel

a)

BETUL

b)

SALAH

19.
Rajah menunjukkan suatu sel yang mengalami pembahagian sel. Apakah struktur L ?
a)
Nukleus
b)
Sitoplasma
c)
Kromosom
d)
Membran sel
20.

Mitosis ialah proses pembahagian sel yang menghasilkan sel-sel yang sama dari segi genetik.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Berikut ialah maklumat yang benar mengenai mitosis kecuali

a)

Berlaku dalam sel soma

b)

bilangan kromosom dalam sel anak sama dengan induk

c)

berlaku pindah silang

d)

maklumat genetik sel anak yang dihasilkan sama dengan sel induk.

22.

Antara proses berikut, yang manakah melibatkan mitosis?

a)

pertumbuhan akar

b)

Keguguran daun

c)

Pematangan buah

d)

Berbunga

23.

Rajah menunjukkan proses pembahagian sel. Apakah jenis pembahagian sel ini?

a)

meiosis

b)

mitosis

c)

persenyawaan

d)

mutasi

24.

Rajah menunjukkan penghasilan gamet. Apakah proses K?

a)

meiosis

b)

mitosis

c)

persenyawaan

d)

mutasi

25.

Kepentingan meiosis

a)

Menggantikan sel yang mati

b)

Tumbesaran

c)

Menghasilkan gamet

26.

Dimanakah berlakunya Mitosis?

a)

Kulit

b)

Ovari

c)

Testis

27.

Dimanakah berlakunya Meiosis?

a)

Rambut

b)

Kulit

c)

Ovari

28.

Antara berikut yang manakah perbezaan antara mitosis dan meiosis?

a)

Mitosis : berlaku pindah silang

Meiosis : pindah silang tidak berlaku

b)

Mitosis : sel membahagi sekali

Meiosis : sel membahagi dua kali

c)

Mitosis : Variasi berlaku

Meiosis : tiada variasi berlaku

d)

Mitosis : berlaku dalam sel germa

Meiosis : berlaku dalam sel soma

29.

Namakan rajah diatas......

a)

Kromosom

b)

Gen

c)

Sel

d)

Dinding sel

30.

Namakan proses diatas......

a)

Persenyawaan

b)

Mitosis

c)

Pindah silang

d)

Meiosis

31.

Namakan proses di atas......

a)

Mitosis

b)

Meiosis

32.

Dimanakah terletaknya DNA

a)

Dalam nukleus sel

b)

Dalam kromosom

c)

Dalam sel

33.

Segmen kecil dalam DNA yang mempunyai unit kod genetik pewarisan dikenali sebagai?

a)

Kromosom

b)

Gen

c)

Genetik

34.

Namakan rambarajah tersebut?

a)

Gen

b)

DNA

c)

Kromosom

35.

Tujuan pembahagian sel Mitosis adalah untuk?

a)

Penggantian sel yang mati & rosak

b)

Untuk tumbesaran

c)

Menghasilkan sel anak

36.

Dimanakah berlakunya Mitosis?

a)

Kulit

b)

Ovari

c)

Testis

37.

Apakah kromosom sek bagi lelaki?

a)

44+XY

b)

44+XX

38.

Apakah kromosom dalam ovum?

a)

22+Y

b)

22+X

39.

Namakan jenis kembar tersebut?

a)

Kembar siam

b)

Kembar tidak seiras

c)

Kembar seiras

40.

Nyatakan ciri-ciri kembar ini?

a)

Satu ovum disenyawakan oleh satu sperma

b)

Berkongsi plasenta

c)

Zigot tidak membahagi

d)

Sifat fizikal yang sama

41.

Mutasi ini boleh terjadi apabila bahan kimia dalam DNA berubah. Contoh mutasi ini adalah penyakit buta warna, albino & anemia sel sabit. Apakah mutasi ini?

a)

Mutasi gen

b)

Mutasi kromosom

c)

Mutasi genetik

d)

Mutasi DNA

42.

Berikan contoh penyakit yang disebabkan oleh mutasi kromosom?

a)

Hemofilia

b)

Sindrom albino

c)

Sindrom down

43.

Variasi selenjar dipengaruhi oleh faktor?

a)

Faktor genetik & persekitaran

b)

Faktor genetik shj.

c)

Faktor persekitaran shj

44.

Berikut adalah contoh-contoh sifat bagi satu variasi; Kebolehan menggulung lidah, cap jari, jenis darah dan jantina.Apakah jenis variasi tersebut?

a)

Variasi selenjar

b)

Variasi tak selenjar

45.
Rajah menunjukkan satu proses pembahagian sel. Apakah proses X?
a)
Mitosis
b)
Meiosis
c)
Mutasi
d)
Persenyawaan
46.
Seorang pelajar telah pergi ke sebuah salon rambut untuk mengkeringtingkan rambutnya yang lurus. Selepas beberapa bulan, rambutnya kembali lurus. Faktor yang manakah mempengaruhi  keadaan itu?
a)
Genetik
b)
Persekitaran
c)
Mutasi gen
d)
Mutasi kromosom
47.
Rajah menunjukkan sejenis kembar. Pernyataan manakah yang betul tentang kembar itu?
a)
Kedua-dua individu mempunyai jantina yang berlainan
b)
Dua ovum telah disenyawakan oleh dua sperma
c)
Dua embrio tidak berpisah dengan lengkap
d)
Kedua-dua individu mempunyai trait genetik yang berlainan
48.
Pernyataan manakah yang betul tentang kembar tak seiras?
a)
Sama atau berbeza jantina
b)
Berkongsi plasenta yang sama
c)
Maklumat genetik yang sama
d)
Satu ovum disenyawa dengan satu sperma
49.
Rajah menunjukkan penentuan seks pada manusia. Apakah genotip dan fenotip bagi P?
a)
Genotip - 44+XX  Fenotip-Perempuan
b)
Genotip - 44+XY  Fenotip-Lelaki
c)
Genotip - 44+XX  Fenotip-Lelaki
d)
Genotip -44+XY  Fenotip-Perempuan
50.
Maklumat berikut menunjukkan ciri yang terdapat pada seorang lelaki yang menghidap penyakit  akibat mutasi.
* Mempunyai tiga kromosom seks, XXY
* Mempunyai testis yang kecil
* Mandul
Apakah penyakit itu?
a)
Albino
b)
Hemofilia
c)
Sindrom down
d)
Sindrom klinefelter
51.
Bahan manakah boleh menyebabkan mutasi?
a)
Sinaran radioaktif
b)
Minuman beralkohol
c)
Karbon dioksida
d)
Gelombang radio
52.
Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi kromosom?
a)
Albinisme
b)
Hemofilia
c)
Sindrom down
d)
Buta warna
53.
Maklumat berikut menunjukkan gejala penyakit baka.
*Terencat akal
*Berlebihan kromosom pada pasangan 21
Apakah penyakit itu?
a)
Albinisme
b)
Hemofilia
c)
Sindrom down
d)
Sindrom Turner
54.
Faktor manakah yang menyebabkan mutasi?
a)
Kekurangan vitamin
b)
Berlebihan lemak dalam diet
c)
Terdedah kepada cahaya matahari pagi
d)
Terdedah kepada sinaran radioaktif
55.
Apakah ciri-ciri seorang kanak-kanak sindrom down?
a)
Tinggi dan kurus
b)
Rambut putih dan muka bulat
c)
Buta warna dan kulit putih
d)
Mata sepet dan terencat akal