Font size
WorksheetsP.Moral-Tanggungjawab Diri Membentuk Keluarga Bahagia
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Apakah kesan mengabaikan tanggungjawab dalam keluarga?
Cara melaksanakan tanggungjawab diri terhadap keluarga adalah seperti berikut, kecuali...
Menghormati anggota keluarga terutamanya ibu dan bapa
Memastikan anggota keluarga mendapat keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal
Meninggikan suara terhadap anggota keluarga semasa menyelesaikan sesuatu masalah
Memastikan anggota keluarga hidup dalam suasana yang selamat
Bagaimanakah anda menghormati anggota keluarga?
mengutamakan rakan dahulu
mendengar nasihat orang luar
bercakap dengan sopan
Nyatakan cara anda menghormati nama baik keluarga?
ponteng kelas
terlibat dengan aktiviti gejala sosial
melepak di pasar raya
menghadiri aktiviti gotong royong
Datuk dan nenek datang melawat keluarga anda. Nyatakan nilai berkaitan?
Nilai baik hati
Nilai kasih sayang
Nilai Kerjasama
Nilai rasional
Adik anda telah gagal dalam ujian matematik, apakah tindakan anda sebagai anggota keluarga?
memarahi dan melaporkan kepada ibu bapa
membencinya dan tidak bercakap
membiarkan sahaja
menasihatinya dan memberikan semangat
Bagaimana anak memberikan layanan yang sopan kepada keluarga?
Bercakap secara behemah dengan ahli keluarga.
Bermain telefon semasa makan.
Mencuci pinggan dengan kuat dan bising.
Menyanyikan lagi semasa ibu bapa menonton berita di ruang tamu.
Bagaimana cara anda mengambil berat masalah keluarga?
Berdiam diri apabila ibu bapa bergaduh.
Bertanya kepada ibu bapa tentang masalah yang dihadapi.
Tidak endah tentang masalah keluarga.
Sentiasa bersembunyi di dalam bilik tidur.
Yang manakah benar kesan pengabaian tanggungjawab dalam keluarga?
Nama baik keluarga terjaga
Keluarga dihormati masyarakat sekliling
Tercetus perselisihan faham antara anggota keluarga
Kebahagiaan keluarga dapat diwujudkan
Berikut merupakan bukan tanggungjawab sebagai anggota keluarga, kecuali.....
Kebajikan keluarga tidak terurus
Keluarga dihina oleh jiran-jiran
Menghormati ibu bapa atau keluarga yang lebih tua
Melakukan perkara-perkara yang negatif
Apakah definisi tanggungjawab?
Tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain
kesanggupan diri seseorang untuk hidup berdikari
Sanggup untuk memikul serta melaksanakan sesuatu tugas atau kewajipan dengan sempurna
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
Bagaimanakah cara seseorang untuk melaksanakan tanggungjawab diri terhadap keluarga?
Menuturkan kata-kata yang kurang sopan dan menyinggung perasaan orang lain
Sering terlibat dengan gejala negatif
Membantu ibubapa di rumah
Sentiasa melanggar peraturan sekolah
Apakah perasaan anda apabila dapat menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dengan baik?
Bangga
Sedih
Marah
Geram
Kita perlulah menjaga maruah agar .............. tidak tercalar dan dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Harga barang
Harga murah
Harga lelong
Harga diri
Ketekunan dan .............. perlulah diamalkan dalam diri setiap individu agar setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Kegigihan
Kemalasan
Keupayaan
Ketenangan
"Membantu membuat kerja rumah seperti memasak dan mengemas rumah"
Pernyataan di atas merujuk kepada tanggungjawab terhadap ................
Diri sendiri
Keluarga
Masyarakat
Negara
Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR berkaitan keluarga.
Mempunyai hubungan keturunan antara satu sama lain
Unit kecil daripada masyarakat yang terdiri daripada dua orang atau lebih
Saling bermusuhan dan membawa haluan hidup masing-masing
Mengambil berat dan saling sayang-menyayangi antara adik-beradik
Bagaimanakah cara seorang anak menghormati ibu bapanya?
Bertutur menggunakan bahasa yang kasar
Meminta duit berlebihan walaupun ibu bapa dalam kesusahan
Menyenangkan hati dan melakukan segala permintaan mereka
Memukul serta menghina apabila berlaku perselisihan
Arif telah melakukan satu kesalahan yang menyebabkan ibu bapanya berasa kecil hati. Apakah tindakan yang harus dilakukannya untuk memujuk ibu bapanya?
Memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya
Lari dari rumah dan menyepikan diri tanpa menghubungi ibu bapa
Berkelakuan seperti biasa tanpa rasa bersalah terhadap kedua ibu bapa
Bermasam muka dan bersikap sambil lewa terhadap ibu bapa
Antara berikut, yang manakah BUKAN tanggungjawab terhadap keluarga?
Siti menjaga adiknya semasa ibu bapanya keluar membeli barang keperluan dapur
Muthu mencuci kereta bapanya setiap hujung minggu
Ah Chong menghubungi ibunya untuk bertanya khabar sekiranya dia tidak dapat pulang ke kampung
Abu membeli keperluan pakaian kerjanya setiap kali mendapat gaji bulanan
Lee dan adik-beradiknya sentiasa memjaga pertuturan dan perbuatan. Pernyataan tersebut merujuk kepada tanggungjawab terhadap keluarga dalam aspek ...............
Saling memberikan perhatian
Menjaga nama baik keluarga
Meluangkan masa bersama keluarga
Memberikan kasih sayang
Berikut merupakan cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada keluarga KECUALI
Bersedia membantu ahli keluarga
Patuh nasihat ibu bapa
Tidak menghormati masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga
Menghormati ahli keluarga
Apakah salah satu tanggungjawab diri terhadap keluarga?
Menziarahi ibu bapa apabila perlu
Menyayangi anggota keluarga
Meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan keluarga
Keluarga menjaga keselamatan diri tanpa perlindungan daripada anggota keluarga yang lain
Cara melaksanakan tanggungjawab diri terhadap keluarga adalah seperti berikut, kecuali...
Menghormati anggota keluarga terutamanya ibu dan bapa
Memastikan anggota keluarga mendapat keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal
Meninggikan suara terhadap anggota keluarga semasa menyelesaikan sesuatu masalah
Memastikan anggota keluarga hidup dalam suasana yang selamat
Kesan mengabaikan tanggungjawab diri terhadap anggota keluarga
Tiada kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga
Maruah keluarga terpelihara
Hidup keluarga dalam keadaan harmoni
Wujudnya kasih sayang antara keluarga
Kepentingan melaksanakan tanggungjawab diri kepada anggota keluarga?
Nama baik keluarga terpelihara
Hidup keluarga dalam keadaa huru hara
Wujudnya keluarga yang bahagia dan harmoni
Keluarga mengutamakan kepentingan masing-masing
Bagaimanakah cara kita menunjukkan sikap hormat-menghormati dalam sesebuah keluarga?
mengawal pergerakan ibu bapa
mengurangkan pergaulan sesama rakan
menggunakan nama panggilan yang sopan
membuat keputusan secara sendiri
Mengapakah kita perlu memanggil anggota keluarga dengan panggilan yang sopan?
membentuk jati diri
menjalinkan kemesraan
melambangkan identiti
mengamalkan budaya setempat
Yang manakah adab ketika ingin keluar rumah?
tidak gelojoh
bercakap dengan sopan
tidak meninggikan suara
meminta izin daripada bapa, ibu, atau penjaga
Yang manakah adab ketika bertemu dengan ahli keluarga?
bertanya khabar
meminta kebenaran untuk lalu
tunduk
berjalan dengan hormat
