wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KELAS PKP SEJARAH F1 (BAB 1 - 5)

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Tokoh berikut merupakan sejarawan negara kita yang banyak mengkaji tentang sejarah Malaysia. Siapakah beliau?

a)

Ding Choo Ming

b)

Ibnu Khaldun

c)

Khoo Kay Kim

d)

Muhd Yusof Ibrahim

2.

"Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya"

Sejarawan manakah yang memberi pandangan ini?

a)

Herodotus

b)

Khoo Kay Kim

c)

Ding Choo Ming

d)

Muhd Yusof Ibrahim

3.
Tahun yang dihitung selepas kelahiran nabi Isa juga dikenali sebagai tahun?
a)
Tahun Islam
b)
Tahun Baharu Cina
c)
Hijrah
d)
Masihi
4.

X merupakan kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik. Apakah X?

a)

Arkeologi Bawah Air

b)

Arkeologi Dasar Laut

c)

Arkeologi Tasik Dalam

d)

Arkeologi Dalam Air

5.

Antara yang berikut merupakan sumber primer kecuali...

a)

Batu bersurat

b)

Artifak

c)

Risalah

d)

Diari

6.

Susunkan zaman air batu mengikut kronologi.

a)

Miosen, Pliosen, Pleistosen, Holosen

b)

Holosen, Pliosen, Pleistosen, Miosen

c)

Miosen, Pleistosen, Pliosen, Holosen

d)

Holosen, Pleistosen, Pliosen, Miosen

7.

Negara Asia Tenggara berasal daripada _________ pada zaman air batu akhir.

a)

Pentas Sunda

b)

Pentas Nyanyi

c)

Pentas Atlantik

d)

Pentas Membau

8.

Berikut merupakan lautan yang wujud kesan daripada kecairan air batu kecuali...

a)

Lautan China Selatan

b)

Lautan Atlantik

c)

Lautan Pasifik Selatan

d)

Lautan Selatan

9.

Apakah bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, fosil dalam sedimen binatang, tumbuhan dan bentuk hidupan purbakala?

a)

Geologi

b)

Arkeologi

c)

Astrologi

d)

Paleontologi

10.

Dataran tinggi Grand Canyon di Colorado Amerika Syarikat terbentuk pada Zaman

a)

Miosen

b)

Pliosen

c)

Pleistosen

d)

Holosen

11.

Berikut merupakan lokasi Zaman Pra Sejarah di Asia Tenggara KECUALI....

a)

Ban Chiang, Thailand

b)

Gua Tempurung, Malaysia

c)

Lenggong, Malaysia

d)

Sa Hyun, Vietnam

12.

manusia pada zaman awal pra sejarah hidup secara nomad. apakah yang dimaksudkan dengan nomad?

a)

hidup secara sederhana

b)

hidup dengan bergantung kepada alam semula jadi

c)

hidup berpindah randah

d)

hidup dalam kelompok yang kecil

13.

Pada Zaman Paleolitik, manusia menggunakan peralatan yang diperbuat daripada .....


I batu

II besi

III tembaga

IV tulang binatang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Gambar berikut menunjukkan Stonehenge di Britain yang dibina antara 3700 hingga 1600 SM.


Apakah yang boleh dikaitkan dengan binaan tersebut?


I Kawasan perkuburan

II Kawasan perumahan

III Tempat mengkaji bintang

IV Tempat mengadakan upacara ritual

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Lenggong, Perak merupakan antara tapak Zaman Prasejarah yang terpenting di rantau Asia.


Apakah penemuan penting yang dapat membuktikan kehidupan manusia Zaman Prasejarah di negara kita?

a)

Penemuan Perak Man

b)

Penemuan Peking Man

c)

Perjumpaan cap mohor

d)

Perjumpaan batu bersurat

16.

Perkataan 'civilization' dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan Yunani, iaitu 'civitas'.


Apakah maksud civitas?

a)

Sungai

b)

Bandar

c)

Agama

d)

Tulisan

17.

Dari sudut pandangan Barat, tamadun dikaitkan dengan .....

a)

Pembangunan lahiriah

b)

Pencapaian rohaniah

c)

Kehalusan tatasusila

d)

Kemuliaan akhlak

18.

Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal dunia?

a)

Kestabilan politik

b)

Perkembangan pendidikan

c)

Kebijaksanaan pemerintah

d)

Peningkatan jumlah penduduk

19.

Apakah ciri-ciri tamadun awal dunia yang berkaitan dengan gamba rajah berikut ?

a)

Tulisan dan penyimpanan rekod

b)

Teknologi

c)

Agama dna kepercayaan

d)

Kesenian dan kesusasteraan

20.
Yang manakah BUKAN ciri-ciri tamadun awal dunia?
a)
agama dan kepercayaan
b)
teknologi
c)
kesenian dan kesusasteraan
d)
pembinaan monumen
21.

Kawasan berikut terdapat dalam tamadun awal dunia.


✅ Kawasan Bulan

✅ Sabit Subur


Apakah tamadun awal yang muncul di kawasan tersebut?

a)

Indus

b)

Huang He

c)

Mesir Purba

d)

Mesopotamia

22.

Gambar berikut menunjukkan zigurat yang dibina oleh masyarakat Mesopotamia.


Apakah fungsi zigurat?

a)

Kediaman raja

b)

Tempat beribadat

c)

Kawasan pertanian

d)

Pusat perdagangan

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang tamadun awal dunia.


✅ Mengandungi 282 perkara

✅ Merangkumi hal perdagangan, kecurian, denda dan hukuman


Apakah nama undang-undang tersebut?

a)

Kod Undang-Undang Hammurabi

b)

Undang-Undang Rom

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Undang-Undang Rakyat

24.

Gambar berikut menunjukkan piramid yang dibina oleh masyarakat Tamadun Mesir Purba.


Apakah fungsi piramid?

a)

Pusat perniagaan

b)

Tempat beribadat

c)

Benteng pertahanan

d)

Kawasan perkuburan raja

25.

Tamadun Indus mengalami kemerosotan menjelang tahun 1750SM.


Apakah faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Tamadun Indus?

a)

Keruntuhan bandar terancang

b)

Perpindahan penduduk

c)

Serangan orang Aryan

d)

Kemunculan kerajaan Maurya