wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Imbuhan pinjaman

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.
 Negara kita akan menghantar _______ ke bulan tidak lama lagi.  
a)
olahragawan
b)
bangsawan
c)
wartawan
d)
angkasawan
2.
 Negara kita akan menghantar beberapa orang _______ ke Kejohanan Sukan Negara-negara Asia tidak lama lagi.  
a)
olahragawan
b)
bangsawan
c)
wartawan
d)
angkasawan
3.
 ______________ itu berjaya memperoleh dua pingat emas dalam Pertandingan Reka Cipta Struktur Bangunan. 
a)
Cendikiawan
b)
Jurutera
c)
Jurulatih
d)
Ilmuan
4.

En. Abu yang bersikap ________________ sangat dihormati oleh semua penduduk kampung.

a)

jutawan

b)

seniman

c)

budiman

d)

negarawan

5.

Program sukarelawan itu disertai oleh beberapa orang __________________ dari Universiti Sains Malaysia.

a)

pramugara

b)

maharaja

c)

mahaguru

d)

mahasiswa

6.

Sukan ______________________ itu dibatalkan kerana penularan wabak Covid-19.

a)

dwifungsi

b)

dwitahunan

c)

dwibahasa

d)

dwimingguan

7.

Kempen ____________________ yang dijalankan oleh pihak kerajaan mendapat sambutan hangat.

a)

antibodi

b)

antidadah

c)

antibiotik

d)

antibakteria

8.

Latihan ________________________ yang diberikan oleh Cikgu Kamal sangat susah.

a)

tatacara

b)

tatasusila

c)

tatanegara

d)

tatabahasa

9.

Tugas seorang __________ membantu doktor untuk merawat pesakit di hospital.

a)

pramugari

b)

jurutera

c)

jururawat

d)

seniwati

10.

Ridzuan ingin belajar silat dengan _____________ yang terkenal itu.

a)

mahaguru

b)

maharani

c)

juruacara

d)

juruteknik

11.

Encik Tan ditugaskan sebagai _________________ dalam majlis malam itu.

a)

jurujual

b)

juruacara

c)

jurulatih

d)

jurusolek

12.

Beberapa orang _____________ mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.

a)

ilmuwan

b)

angkasawan

c)

sukarelawan

d)

budiman

13.

Perumahan baharu di Kuala Sepetang dilengkapi dengan _____ yang lengkap.

a)

praujian

b)

prasekolah

c)

prasarana

d)

prasejarah

14.

Baju kebaya yang diperagakan oleh _____ itu sangat cantik.

a)

seniwati

b)

peragawati

c)

angkasawati

d)

sukarelawati

15.

_____ itu sering menderma sejumlah wang yang besar untuk kebajikan pelajar sekolah pondok itu.

a)

Dermawan

b)

Seniman

c)

Karyawan

d)

Angkasawan

16.

Yu Han telah diumumkan sebagai _____ sekolah setelah memenangi empat pingat emas untuk acara hari sukan.

a)

peragawati

b)

sukarelawati

c)

angkasawati

d)

olahragawati

17.

Encik Azman bertugas sebagai ______ di Perpustakaan Negara sejak tahun 2010.

a)

sukarelawan

b)

pustakawan

c)

mahaguru

d)

seniwan

18.

Masalah penggunaan bahasa Melayu di negara ini telah dibahaskan oleh para _____ .

a)

cendekiawan

b)

wartawan

c)

hartawan

d)

karyawan

19.

Gadis yang _____ itu akhirnya berkahwin dengan pemuda idamannya.

a)

olahragawan

b)

karyawan

c)

rupawan

d)

budayawan

20.

Emak menyapu sedikit cecair _____ pada luka di kaki adik.

a)

antibodi

b)

antijenayah

c)

antikarat

d)

antiseptik