Font size
Worksheetsulangkaji sains pt3
Total questions: 40
Worksheet time: 2hrs 0mins
Siapakah orang yang pertama mendarat di Bulan?
Neil Armstrong
Yuri Gagarin
Michael Collins
Isaac Newton
Apakah warna bintang yang paling sejuk?
Biru
Putih
Kuning
Merah
Antara pernyataan yang berikut, manakah boleh meningkatkan kualiti udara?
Membakar sampah yang tidak boleh di sekitar semula atau diguna semula.
Menggunakan kenderaan bermotor untuk sampai ke destinasi yang jaraknya pendek.
Merokok di kawasan terdedah.
Menggunakan minyak tanpa plumbum dalam kereta.
Apakah nama lain bagi planet Marikh?
Planet Sejuk
Bintang bersinar
Planet merah
Planet besar
Bagaimanakah bunyi dihasilkan?
Melalui cahaya
Melalui getaran
Melalui geseran antara objek
Melalui resapan zarah-zarah udara
Antara berikut, yang manakah merupakan jenis pembiakan yang dilakukan oleh katak dan ikan?
Belahan dedua
Persenyawaan luar
Persenyawaan dalam
Penjanaan semula
Sistem yang manakah terlibat dalam mengawal atur suhu badan?
Sistem otot
Sistem limfa
Sistem endokrin
Sistem rangka
Antara fenomena berikut, yang manakah disebabkan oleh penyebaran cahaya?
Kebiruan langit pada waktu tengah hari
Pembentukan pelangi
Dasar kolam kelihatan lebih cetek
Kemerahan matahari terbenam
Rajah ini menunjukkan kitar karbon. Apakah yang akan berlaku pada kuantiti gas K dan gas L sekiranya semua tumbuhan hijau musnah?
Gas K meningkat manakala Gas L berkurang
Gas K meningkat manakala Gas L meningkat
Gas K berkurang manakala Gas L meningkat
Gas K berkurang manakala Gas L berkurang
Penyakit berjangkit merebak kepada manusia melalui air, udara, sentuhan dan vektor. Antara penyakit berjangkit berikut, yang manakah boleh dipindahkan melalui sentuhan?
Kurap
Panau
Leptospirosis
Kolera
Satu objek seberat 500 g digantung pada neraca spring. Apakah bacaan pada neraca spring?
0.5 N
5.0 N
50 N
500 N
Apakah yang mempengaruhi tekanan udara?
Suhu dan isipadu
Isipadu dan kedalaman
Suhu dan kedalaman
Altitud dan kedalaman
Daya geseran ialah daya yang menentang gerakan suatu objek. Antara berikut, yang manakah merupakan keburukan daya geseran?
Memegang pensel
Boleh menyalakan mancis
Menghasilkan bunyi pada mesin
Menyebabkan tapak kasut menjadi haus
Kecacatan mata ini disebabkan oleh kanta mata terlalu tebal atau bebola mata terlalu panjang. Bagaimanakah cara membetulkan kecacatan ini?
Menggunakan kanta silinder
Menggunakan kanta cekung
Menggunakan kanta cembung
Menggunakan kanta pembesar
Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai air?
Air merupakan sesuatu sebatian
Elektrolisis boleh menentukan komposisi unsur di dalam molekul air.
Air wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.
Satu molekul air terdiri daripada gabungan dua oksigen dan satu hidrogen
Semasa menarik nafas, yang manakah akan berlaku?
Sangkar rusuk bergerak ke atas manakala diafragma mengecut
Sangkar rusuk bergerak ke atas manakala diafragma mengendur
Sangkar rusuk bergerak ke bawah manakala diafragma melengkung ke atas
Sangkar rusuk bergerak ke dalam manakala diafragma menjadi rata
Semasa musim perayaan, Ahmad ingin
menyediakan air minuman yang banyak
kepada tetamunya. Antara berikut, kaedah manakah yang dapat membantu Ahmad menyediakan minuman dalam masa yang singkat.
Menggunakan air panas.
Menggunakan gula kasar
Menggunakan bekas yang besar.
Mengacau larutan dengan lebih laju
Rajah menunjukkan satu siratan makanan di
dalam suatu habitat. Apakah yang akan terjadi jika semua
belalang mati?
Bilangan tumbuhan akan bertambah.
Populasi burung akan bertambah.
Populasi burung helang akan bertambah.
Populasi ulat beluncas akan berkurang.
Antara berikut, yang manakah fenomena
geobencana?
Gerimis
Banjir kilat
Penebangan hutan
Lubang benam
Rajah menunjukkan ubat gegat yang digunakan
bagi mengelakkan lipas daripada memasuki almari.
Apakah proses perubahan keadaan jirim
pada ubat gegat selepas seminggu?
Pemejalwapan
Kondensasi
Penyejatan
Peleburan
Manakah pernyataan berikut tentang
perbezaan antara respirasi sel dan fotosintesis
adalah betul?
A
B
C
D
Planet manakah yang paling hampir
dengan matahari?
Marikh
Uranus
Neptun
Utarid
Alia tidak sihat. Ibunya meletakkan
satu tampalan di atas dahinya seperti ditunjukkan
dalam rajah. Bagaimanakah tampalan itu berfungsi?
Membekal air sejuk kepada badan.
Menyerap haba dari badan
Mengurangkan kesakitan.
Merangsang perpeluhan.
Rajah 11 menunjukkan sampah sarap yang dibuang
di kawasan kediaman. Mengapakah tindakan ini boleh
menyebabkan pencemaran udara?
Sampah sarap menyebabkan pemandangan
yang kurang menarik.
Sampah sarap meningkatkan peningkatan
mikroorganisma di udara.
Sampah sarap meningkatkan kadar
pembiakan haiwan perosak.
Sampah sarap melepaskan bau yang kurang
menyenangkan.
Apakah yang akan terjadi jika suhu suatu objek semakin tinggi?
Jisim objek semakin besar
Kandungan haba objek semakin banyak
Kandungan haba objek semakin rendah
Pengaliran haba dalam objek semakin perlahan
Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan sumber tenaga?
Bunyi
Air
Cahaya
Elektrik
Bagaimanakah untuk meneutralkan bakteria di celah gigi?
Berkumur-kumur
Menggunakan sabun
menggunakan pencuci muka
Menggunakan ubat gigi
Antara faktor berikut, yang manakah akan menyebabkan pakaian lembap yang tergantung pada ampaian di tempat terbuka lebih cepat menjadi kering?
Udara yang lembap
Tiupan angin yang perlahan
Cahaya matahari yang terik
Luas permukaan terdedah yang kecil
Nilai kalori bagi ikan ialah 20 kJ/g. berapakah nilai kalori untuk 100g ikan itu?
20 kJ
40 kJ
2000 kJ
4000 kJ
Apakah peranan burung hantu yang dipelihara di kawasan ladang kelapa sawit?
Membantu pendebungaan
Menyediakan baja organik
Menghalang penyakit kelapa sawit
Mengawal populasi perosak
Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi frekuensi gelombang bunyi?
Amplitud
Kenyaringan
Pantulan bunyi
Kelangsingan
Apakah nama radas dalam rajah?
Tabung uji
Kelalang kon
serkup kaca
Apakah simbol yang diwakili gambar ini?
Mudah meletup
Mudah terbakar
Merengsa
Mengakis
Objek yang lebih tumpat akan
terapung
tenggelam
meletup
Air= 1.0gcm-3, Tar=1.02gcm-3, Minyak Zaitun= 0.92gcm-3. Pilih susunan ketumpatan mengikut turutan menurun
Tar,Air, Minyak Zaitun
Minyak Zaitun, Air, Tar
Air, Tar, Minyak Zaitun
Antara berikut, manakah sel darah putih?
Apakah maksud persenyawaan luar?
penggabungan nukleus gamet atau telur di dalam badan induk betina
penggabungan nukleus gamet atau telur di luar badan induk betina
Apakah perbezaan pembiakan seks dan aseks?
pembiakan seks memerlukan pasangan manakala aseks tidak
pembiakan aseks memerlukan pasangan manakala pembiakan seks tidak memerlukan pasangan
Pokok setawar membiak melalui
Pembiakan seks
Pembiakan aseks
Belahan dedua
Penjanaan semula
Pilih jawapan yang betul mengenai sperma
sel paling kecil dalam badan manusia
Tempoh hayat 24 jam
Hanya satu dibebaskan untuk persenyawaan
