Font size
WorksheetsSoalan Tatabahasa Bahasa Melayu
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Kakak meletakkan_____________agar pintu biliknya tidak tertutup apabila ditiup angin.
pemukul
pengandar
penyandar
penyendal
Kedengaran ombak menderu dan___________bunyi riaknya di tepi pantai.
menderam
mendesau
menderau
mendesing
"Jangan____________apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih handal," kata jurulatih kepada pasukan Harimau Bintang.
cuak
ngeri
culas
seram
____________tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dimakan anai-anai.
Jejari
Kekisi
Tetupai
Kekuda
Kudin menggunakan beberapa___________kain untuk membuat layar kapalnya.
helai
keping
kajang
lembar
Perlawanan hoki itu tetap diteruskan________hujan lebat.
malahan
justeru
namun
kendatipun
Pilih jawapan yang betul.
Nazimah mengirai debu dengan keras agar tiada debu yang melekat pada permukaan meja.
Rosnah mengirai beras yang ada di dalam nyiru bagi mengasingkan antah.
Peguam itu mengirai fail untuk mencari dokumen penting.
Pakaian yang dijemur itu mengirai ditiup angin kencang.
Pilih jawapan yang betul.
Makanan yang kaya dengan lawas amat baik untuk usus kita.
Setelah segala hutangnya dilangsaikan dia lawas.
Pembuangan air kecil yang tidak lawas, petanda seseorang itu menhadapi penyakit kencing manis.
Kawasan peranginan itu lawas saujana mata memandang.
Pilih jawapan yang betul.
Pak Mat berniaga secara kecil untuk menyara kehidupan keluarganya.
Kedudukannya yang kecil menyebabkan dia dipinggirkan oleh jiran tetangga.
Dia menadah tangan kepada Illahi agar dosanya daripada yang sebesar-besarnya sehingga yang kecil diampunkan.
Alam fikirannya semakin kecil sejak menjadi suri rumah sepenuh masa.
Dengan sekali pandang sahaja, ketua jurulatih badminton negara dapat mengesan bakat besar yang ada pada Lee Chong Wei.
sekilas ikan di air telah tahu jantan betinanya.
jauhari juga yang mengenal manikam.
bagaimana rentak, begitulah tarinya.
menatang minyak yang penuh.
"Seekor kerbau membawa lupur, habis semuanya terpalit" sama maksud dengan,
ikan pulang ke lubuk
ikan seekor rosakkan ikan setajau
ibarat telur sesangkak, pecah sbiji pecah semua
telur dia sebandung, pecah sebiji pecah keduanya.
Kesibukan ibu bapa Nazim menyebabkan dia terpaksa menapak ke sekolah sejauh 500 meter. Namun, perkara itu bukan masalah besar kepada Nazim kerana
alah main, menang sorak
alah limau oleh benalu
alah bisa tegal biasa
alah di rumpun betung
