wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Masalah Rumah Tangga & Penyelesainnya

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Di antara hikmah fasakh kepada isteri ialah

a)

memberi peluang kepada isteri melakukan apa yang disukai

b)

menyelamatkan akidah isteri daripada suami yang murtad

c)

memberi peluang kepada isteri menuntut nafkah

d)

menyedarkan suami yang abai tanggungjawab

2.

“ Aku talakkan engkau dengan bayaran RM 1000”

a)

Talak

b)

Fasakh

c)

Khuluk

d)

Talak Takliq

3.

Berikut merupakan implikasi sumpah lian terhadap suami dan isteri kecuali

a)

perkahwinan terbatal

b)

suami dilepaskan dari hukum qazaf

c)

haram berkahwin semula buat selama-lamanya

d)

isteri berhak menuntut nafkah anak yang dinafikan nasabnya

4.

Seorang suami berkata kepada isterinya “Belakang awak sama seperti belakang ibu saya”

Dialog di atas merujuk kepada

a)

zihar

b)

talak

c)

taklik

d)

fasakh

5.

Suami berkata kepada isterinya yang masih dalam idah Raj’i

I Abang rujuk siti

II Baliklah ke rumah abang

III Abang rujuk jika Siti sudi

IV Abang ambil Siti kembali

Antara lafaz rujuk secara kinayah ialah :

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

Isteri dalam idah kerana kematian suami dilarang melakukan perkara-perkara berikut kecuali

a)

berkahwin dengan lelaki lain

b)

berhias diri semasa berada di dalam dan diluar rumah

c)

menerima pinangan yang dilakukan secara terang

d)

keluar rumah kerana keperluan yang dibenarkan syarak

7.

Perceraian antara suami isteri yang dikaitkan dengan bayaran tertentu ialah

a)

li’an

b)

nusyuz

c)

khuluk

d)

fasakh

8.

Encik Abu menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya suci daripada haid dan tidak disetubuhi ketika suci

Namakan jenis talak bagi situasi di atas

a)

Sunni

b)

Bid'ie

c)

Raj'ie

d)

Bain

9.
  • Boleh berlaku perceraian
  • Boleh dipukul dengan tujuan mendidik

Pernyataan di atas merujuk kepada :

a)

Talak

b)

Nusyuz

c)

Khuluk

d)

Fasakh

10.

*Menzahirkan kesucian ikatan perkahwinan

*Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir

Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah :

a)

Iddah

b)

Fasakh

c)

Rujuk

d)

Zihar

11.

#Hilang hak giliran bermalam

#Hilang hak nafkah

Perkara di atas merujuk kepada akibat

a)

Fasakh

b)

Khuluk

c)

Lian

d)

Nusyuz

12.

Pilih contoh lafaz talak yang betul

a)

“Aku ceraikan engkau untuk tempoh empat bulan”

b)

“Engkau tertalak sekiranya engkau ingkar”

c)

“Aku ceraikan engkau sekarang”

d)

“Perkahwinan kita dibatalkan”

13.

*Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya

*Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan

Kenyataan di atas merujuk kepada

a)

fasakh

b)

iddah

c)

khuluk

d)

zihar

14.

Antara yang berikut yang manakah bukan larangan semasa idah raj’i

a)

berkahwin

b)

berhias diri

c)

menerima pinangan lelaki lain

d)

keluar rumah tanpa izin suami

15.

Zihar ialah perbuatan suami menyamakan mana-mana anggota isterinya dengan

a)

mahram suami

b)

ibu saudara isteri

c)

kakak angkat suami

d)

adik perempuan isteri

16.

Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi selepas berpisah dengan suami

a)

fasakh

b)

khuluk

c)

iddah

d)

rujuk

17.

#Boleh dirujuk dalam idah

#Tidak perlu akad dan mahar yang baharu

Perkara di atas berkaitan dengan :

a)

talak bain sughra

b)

talak bain kubra

c)

talak taklik

d)

talak raj’i

18.

*Memperbaiki kelemahan dan kesilapan lalu

*Menyatukan semula keluarga

Pernyataan di atas adalha hikmah :

a)

Talak

b)

Rujuk

c)

Fasakh

d)

Iddah

19.

Rujuk bermaksud....

a)

tempoh menunggu bagi isteri yang diceraikan untuk rujuk atau berkahwin lain.

b)

mengembalikan isteri yang diceraikan kepada ikatan perkahwinan

c)

perbuatan isteri yang menderhakai suami yang dilarang syarak

d)

isteri yang diceraikan layak mendapatkan nafkah zahir

20.

· Orang yang merujuk

· Orang yang dirujuk

· Sighah rujuk

Keterangan di atas merujuk kepada

a)

Hikmah rujuk

b)

Kaifiat rujuk

c)

Rukun rujuk

d)

Syarat sah rujuk

21.

Iddah isteri yang diceraikan dan telah putus haid ialah

a)

Tiga quru’

b)

Tiga bulan

c)

Tiga kali suci

d)

Empat bulan sepuluh hari

22.

Berikut adalah Kifarat zihar kecuali

a)

bertaubat dan bersumpah untuk tidak melakukannya

b)

memberi makan 60 orang miskin dengan kadar secupak setiap orang

c)

berpuasa selama dua bulan berturut - turut

d)

memerdekakan seorang hamba mukmin

23.

Berapa kali sumpah yang perlu dilakukan oleh suami dalam proses lian?

a)

3 kali

b)

4 kali

c)

5 kali

d)

6 kali

24.

Manakah di antara berikut TIDAK BENAR mengenai Lian

a)

berlaku lian apabila suami menolak nasab bagi anak yang baru dilahirkan

b)

pertuduhan suami terhadap isteri melakukan zina dengan orang lain

c)

perbuatan Lian dilakukan di hadapan empat orang saksi

d)

penafian zina oleh isteri yang dikemukakan oleh suami

25.

Talak Takliq ialah

a)

Talak yang mengikut hukum syarak

b)

Talak yang menyalahi hukum syarak

c)

Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isteri

d)

Talak yang dilafazkan dan bersandarkan dengan sesuatu syarat