Font size
Worksheetskeseimbangan pasaran
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Pernyataan manakah benar tentang modal?
I Mempunyai mobiliti geografi
II Kuantiti penawarannya terhad
III Tidak mempunyai mobiliti tempat
IV Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk
menghasilkan keluaran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Usahawan menerima ganjaran untung kerana
I membenarkan orang lain menguruskan untungnya
II menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang
III kecekapannya menyelaraskan sumber ekonomi
IV sanggup menanggung risiko
A I dan II
B I dan I
C II dan III
D III dan IV
Tujuan Syarikat MKL melaksanakan projek pelaburan di Thailand dan menangguhkan projek pembinaan kilang baharu di Shah Alam, Selangor adalah untuk memaksimumkan…
A Kos pengeluaran
B Kepuasan para pelanggan
C Keuntungan syarikat
D Kebajikan masyarakat setempat
Apakah tujuan kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi campuran
I Mengeluarkan semua barang yang diperlukan dalam
masyarakat
II Mengurangkan kesan luaran akibat daripada
pembangunan
III Menyediakan barang awam
IV Memperoleh keuntungan yang maksimum
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Antara berikut yang manakah dianggap sebagai masalah asas ekonomi?
I Menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan
II Menentukan kualiti barang yang perlu dikeluarkan
III Menentukan harga barang supaya berdaya saing di
pasaran
IV Menentukan pengguna yang akan menikmati
barangan yang hendak dikeluarkan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas?
A Kebajikan rakyat terjamin
B Wujud persaingan yang adil
C Individu bebas membuat pilihan
D Harga barang keperluan terkawal
Masalah asas ekonomi berpunca daripada
A pengeluaran ekonomi yang tidak cekap
B kehendak masyarakat yang tidak terhad
C penggunaan sumber alam yang tidak optimum
D pengagihan pendapatan yang tidak seimbang
Apakah yang akan berlaku jika harga pasaran barang lebih rendah dari harga keseimbangan?
A wujud lebihan penawaran
B wujud lebihan permintaan
C harga akan turun
D harga akan kekalkan
Antara yang berikut, yang manakah ciri barang awam?
A perlu dibayar
B penawaran tidak terhad dan tidak wujud kos lepas
C dikeluarkan oleh pihak swasta dengan harga maksimum
D dapat gunakan tanpa mengurangkan faedah pengguna individu lain
Apakah yang berlaku apabila imbangan pembayaran lebihan?
A nilai mata wang tempatan semakin meningkat
B nilai mata wang tempatan semakin menurun
C nilai mata wang semakin stabil
D nilai mata wang dan rizab pertukaran berkurang
Apakah kesan inflasi tolakan kos terhadap Firma?
A harga bahan mentah dan kos pengeluaran murah
B harga bahan mentah murah
C kos pengeluaran meningkat
D kos pengeluaran menurun
Antara yang berikut, yang manakah tujuan sekatan perdagangan antarabangsa?
A Melindungi taraf hidup masyarakat
B Melindungi industri muda tempatan
C Melindungi industri berat
D Melindungi dasar Negara
Kerajaan telah mengharamkan import ayam dari negara China berikutan merebaknya virus H1N1 yang melanda negara tersebut. Sekatan perdagangan yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas?
A Sekatan bukan ekonomi
B Embargo
C Kawalan pertukaran asing
D Kuota
Manakah yang merupakan hasil bukan cukai
cukai Levi
Cukai perjudian
Dividen Petroleum
Cukai Pendapatan petroleum
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dijangka merosot sebanyak 1.6%. Antara yang berikut, yang manakah mungkin menyebabkan keadaan di atas?
A Penurunan dalam eksport
B Penurunan dalam kadar inflasi
C Peningkatan dalam produktiviti
D Penurunan dalam kadar pengangguran
Cik Lye Ying membeli sebuah telefon pintar berharga RM1 900 dengan bayar ansuran bulanan sebanyak RM160 sebulan
I Alat ukuran nilai
II Alat simpanan nilai
III Alat bayaran tertunda
IV Alat Perantaraan pertukaran
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Andaikan harga keseimbangan bagi barang Y ialah RM25. Jika harga pasaran ialah RM30, maka ...
A. wujud lebihan permintaan dan akan menyebabkan harga kekal pada RM30.
B. wujud lebihan penawaran dan akan menyebabkan harga turun sehingga RM25.
C. wujud lebihan permintaan dan akan menyebabkan harga turun sehingga RM25.
D. wujud lebihan penawaran dan akan menyebabkan harga kekal pada RM30.
Apakah penentu yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri?
A. Peningkatan harga barang itu
B. Penurunan kadar cukai pendapatan individu
C. Pertambahan cita rasa barang itu
D. Kempen pengiklanan bagi barang pengganti berjaya
Kemajuan teknologi dalam pengeluaran menyebabkan ...
A. penawaran bertambah
B. permintaan bertambah
C. permintaan berkurang
D. penawaran berkurang
Maklumat di bawah ini berkaitan ketidakseimbangan.
" Apabila kuantiti ditawar melebihi kuantiti diminta"
Apakah yang akan berlaku?
A. Harga cenderung turun
B. Harga cenderung naik
C. Permintaan berkurang
D. Kekurangan barang
Penggunaan racun serangga yang berlebihan oleh pekebun sayur telah
A. menambahkan permintaan sayur-sayuran
B. mengurangkan permintaan sayur-sayuran
C. mengurangkan penawaran sayur-sayuran.
D. menambahkan hasil pekebun sayur.
Maklumat yang berikut berkaiatn dengan satu situasi di pasaran ikan.
" Laut bergelora dengan ombak setinggi 5 meter dijangka berterusan sehingga minggu depan. Keadaaan ini amat berbahaya kepada bot-bot nelayan. "
Apakah kesan terhadap pasaran ikan?
A. Harga turun dan kuantiti bertambah
B. Harga naik dan kuantiti berkurang
C. Harga naik dan kuantiti bertambah
D. harga turun dan kuantiti berkurang
Lebihan permintaan menunjukkan keadaan ...
A. kestabilan harga yang menunjukkan permintaan melebihi penawaran.
B. ketidakstabilan harga yang menunjukkan permintaan melebihi penawaran.
C. ketidakstabilan harga yang menunjukkan penawaran melebihi permintaan
D. yang menunjukkan kestabilan dan ketidakstabilan harga tidak dapat ditentukan.
Antara yang berikut, yang manakah meningkatkan penawaran kereta nasional?
I. pengurangan cukai jualan
II. peningkatan teknologi pengeluaran
III. kejatuhan harga besi keluli
IV. kenaikan harga petrol
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Pernyataan manakah yang menerangkan tentang keluk penawaran pasaran?
A. bentuk keluk adalah mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
B. menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti ditawar
C. diperoleh dengan menggabungkan semua keluk penawaran individu secara menegak
D. menunjukkan jumlah kuantiti barang ditawarkan oleh semua firma pada setiap tingkat harga
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan institusi kewangan ke atas kemudahan pinjaman sewa beli kenderaan.
" Memendekkan tempoh bayaran balik dari 10 tahun kepada 5 tahun. "
Pernyataan manakah betul tentang kesan tindakan tersebut terhadap pasaran kenderaan tempatan?
I. permintaan jatuh
II. penawaran meningkat
III. lebihan penawaran
IV. harga naik
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Antara berikut, yang manakah benar tentang keluk permintaan?
Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan
Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kanan ke kiri
Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurang
Penurunan harga menyebabkan permintaan bertambah
Permintaan pasaran ikan merujuk
jumlah kuantiti ikan yang dijual oleh pengeluar pada harga tertentu
jumlah kuantiti ikan yang dibeli oleh semua pengguna pada harga tertentu
jumlah kuantiti ikan yang diminta oleh semua pengguna pada harga tertentu dalam jangka masa tertentu
Pjumlah kuantiti ikan yang dikeluarkan oleh semua pengeluar pada harga tertentu dalam jangka masa tertentu
Antara berikut, yang manakah kumpulan barang penggenap?
Susu dan tepung
Televisyen dan elektrik
Daging kambing dan susu kambing
Perkhidmatan teksi dan bas
Faktor manakah yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan?
Penurunan harga barang itu
Penurunan harga barang pengganti
Penurunan harga barang penggenap
Penurunan pendapatan
Antara yang berikut, yang manakah mungkin menyebabkan pergerakan di atas keluk permintaan kereta?
penurunan harga kereta
penurunan harga minyak petrol
kenaikan tambang pengangkutan awam
kenaikan premium insurans untuk motosikal
Antata berikut, yg manakah ciri-ciri keluk penawaran?
mempunyai kecerunan negatif
mencerun ke atas dari kiri ke kanan
hubungan songsang antara harga dan kuantiti
semakin rendah harga barang, semakin tinggi kuantiti yg ditawarkan
Keluk penawaran pasaran akan beralih ke kiri jika...
peningkatan teknologi
peningkatan jangkaan harga masa hadapan
pemberian subsidi
peningkatan kos bahan mentah
"Kerajaan mengurangkan kadar subsidi ke atas pengeluar kereta tempatan". Apakah kesannya terhadap penawaran kereta tempatan?
Penguncupan penawaran di atas keluk yg sama
Pengembangan penawaran di atas keluk yg sama
Penawaran berkurang dan keluk beralih ke kiri
Penawaran meningkat dan keluk beralih ke kanan
Berikut merupakan penentu permintaan, KECUALI...
pendapatan
harga barang pengganti
teknologi
citarasa
Berikut merupakan penentu penawaran, KECUALI...
subsidi kerajaan
harga faktor pengeluaran
musim
teknologi
Maksud keseimbangan pasaran adalah ...
jualan purata firma untuk setahun
satu keadaan di mana firma memperoleh keuntungan maksimum
keluaran purata firma untuk setahun
tingkat pengeluaran di mana keluk permintaan dan keluk penawaran bersilang antara satu sama lain
Apakah kesan kepada pasaran jika harga di bawah RM7?
berlaku lebihan permintaan
berlaku lebihan penawaran
harga cenderung untuk turun
harga cenderung tidak berubah
Keseimbangan pasaran tercapai pada harga...
RM10
RM9
RM8
RM7
Berapakah jumlah lebihan pasaran pada harga P1?
HF
GI
HI
FE
