Font size
WorksheetsRBT Ting. 1 Bab 3 Proses Reka Bentuk (Projek Brief)
Total questions: 11
Worksheet time: 11mins
Apakah maksud projek brief?
Proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan.
Proses perbincangan awal antara jurutera projek dengan pelanggan
Proses perbincangan awal antara perekabentuk dengan pihak pengurusan
Proses perbincangan awal antara semua ahli pengurusan projek dengan pelanggan
Apakah tujuan projek brief dijalankan?
Menunjukkan lakaran idea projek kepada pelanggan
Menyatakan idea rekabentuk projek kepada pelanggan
Mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelanggan
Untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan mengenai produk yang ingin dihasilkan
Antara yg berikut, yg manakah merupakan ciri-ciri projek brief?
Kriteria projek
Penghasilan mock-up/model
Lakaran idea
Kos projek
Sasaran pengguna produk
Yg manakah merupakan kriteria dalam senarai semak projek brief?
Fungsi, rekabentuk, tujuan pembuatan, kuantiti, bahan binaan, kualiti, kos dan jangka masa
Fungsi, persembahan, tujuan pasaran, kuantiti, gaya/stail, kualiti, kos dan jangka masa
Fungsi, rekabentuk, tujuan pembuatan, kuantiti, bahan binaan, kualiti, kos dan harga jualan
Fungsi, persembahan, tujuan pasaran, kuantiti, bahan binaan, kualiti, kos dan harga jualan
Pilih penyataan yg betul mengenai ciri-ciri projek brief.
Kriteria produk melibatkan elemen dan prinsip rekabentuk yg akan diaplikasikan pada produk.
Gambaran keseluruhan projek terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu pengurusan projek, gambaran awal produk dan kos projek.
Kriteria produk perlu mengambil kira produk sedia ada dalam pasaran sebagai rujukan.
Perancangan merangkumi skop projek, kos pengeluaran, masa, jadual kerja dan pembentukan kumpulan kerja.
Pelanggan perlu menyerahkan kertas kerja cadangan projek mereka kepada pengurus projek dalam tempoh yg ditetapkan.
Nyatakan DUA perkara penting yg mesti dilakukan semasa analisis kajian rekabentuk produk.
Kajian mengenai faktor yg boleh melariskan produk
Kajian mengenai perbandingan produk sedia ada dalam pasaran
Kajian terhadap kehendak kumpulan sasaran produk, persaingan sedia ada.
Kajian terhadap nilai estetika setempat yg boleh digunakan sebagai kemasan pada produk
Pilih TIGA penyataan yg betul mengenai mock-up.
Mock-up ialah model olokan yg diperbuat daripada bahan yg mudah didapati dan mudah dibentuk.
Dibuat sebelum menghasilkan model sebenar.
Digunakan untuk pengujian dari segi kefungsian produk
Perlu mengikut saiz sebenar
Bertujuan untuk memberi gambaran awal produk dari segi keseimbangan rupa bentuk, warna dan egronomik.
Nyatakan TIGA faktor yg diukur dalam penilaian hasil mock-up atau model.
Memenuhi kehendak pelanggan
Kos yg paling rendah
Mematuhi kriteria projek brief
Ketepatan rupa bentuk
Bahan yg tahan lasak dan mudah didapati
Pilih kaedah pengujian produk yg digunakan untuk menguji produk yg telah dihasilkan.
Pengujian lapangan
Pengujian kebolehpasaran
Pengujian parameter
Pengujian keselesaan
Penyataan berikut adalah betul mengenai penghasilan model produk kecuali....
Terdapat dua jenis model, iaitu model separa berfungsi dan model berfungsi penuh
Model berfungsi penuh juga dikenali sebagai model blok
Model separa berfungsi hanya mempunyai beberapa komponen yg dapat berfungsi seperti produk sebenar
Model berfungsi sepenuhnya dibina menyerupai objek sebenar dan berfungsi mengikut tujuan asal.
Yg manakah antara bahan berikut yg tidak sesuai digunakan untuk membina mock-up?
Foam
Plastisin
Simen
Dawai kasa
Lilin
