Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa siri 2

Total questions: 22

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kakak meletakkan ....agar pintu biliknya tidak tertutup apabila ditiup angin.

a)

pemukul

b)

pengandar

c)

penyandar

d)

penyendal

2.

Kedengaran ombak menderu dan ... bunyi riaknya di tepi pantai.

a)

menderam

b)

mendesau

c)

menderau

d)

mendesing

3.

"Jangan ... apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih handal," kata jurulatih kepada pasukan Harimau Bintang.

a)

cuak

b)

ngeri

c)

culas

d)

seram

4.

... tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dimakan anai-anai.

a)

Jejari

b)

Kekisi

c)

Tetupai

d)

Kekuda

5.

Kudin menggunakan beberapa ... kain untuk membuat layar kapalnya.

a)

helai

b)

keping

c)

kajang

d)

lembar

6.

Perlawanan hoki itu tetap diteruskan ... hujan lebat.

a)

malahan

b)

justeru

c)

namun

d)

kendatipun

7.

Kemalangan itu berlaku ... di atas jambatan.

a)

nyaris-nyaris

b)

benar-benar

c)

tepat-tepat

d)

betul-betul

8.

Cerpen karya penulis itu ... sahaja tetapi plot yang digarapnya menarik sekali.

a)

ringkas

b)

singkat

c)

senang

d)

mudah

9.

Kejayaan cemerlang Aidid dalam PT3 ialah hasil ... usahanya yang bersungguh-sungguh

a)

dari

b)

bagi

c)

untuk

d)

daripada

10.

Hujan yang ... telah mengaburi pandanganku ketika memandu kereta.

a)

menitis

b)

menitik

c)

merintik

d)

mencurah

11.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor berbangga dengan ... sekolah itu dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

a)

peningkatan

b)

pemantapan

c)

pencapaian

d)

perubahan

12.

Selepas menyelesaikan tugasan ini, bolehlah kita berehat ...

a)

sesungguh-sungguhnya.

b)

semahu-mahunya.

c)

selama-lamanya.

d)

seada-adanya.

13.

Dalam kejohanan olahraga di peringkat sekolah, Rumah Merah berjaya memperoleh mata yang paling tinggi sekali

a)

paling tinggi

b)

paling tertinggi

c)

paling tertinggi sekali

d)

paling tinggi sekali

14.

Semua murid baharu diberi taklimat khas _________ peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang berada di kawasan sekolah

a)

akan

b)

dalam

c)

tentang

d)

terhadap

15.

Adik bongsu Hafiz __________ meminta dibelikan mainan di pasar raya itu

a)

merayu-rayu

b)

meracau-racau

c)

merengek-rengek

d)

merungut-rungut

16.

Pelajar yang berbadan gempal itu ______ semasa menaiki anak tangga itu

a)

terkial-kial

b)

terkocoh-kocoh

c)

tergopoh-gopoh

d)

tercungap-cunggap

17.

Pilih ayat yang TIDAK mengandungi kesalahan tatabahasa.

a)

Mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan hal-hal berkaitan disiplin murid.

b)

Setiap atlet yang bertanding perlu menjalani ujian saringan untuk memastikan mereka tidak mengambil dadah terlarang.

c)

Mogok pekerja disebabkan lain-lain hal berkaitan kebajikan pekerja yang tidak diambil berat oleh majikan.

d)

Sukan ekstrem kini mula mendapat tempat di kalangan remaja yang suka akan aksi-aksi yang lasak.

18.

Orang asli memulakan __________ yang awal di sekitar kawassn Gua Niah.

a)

pendudukan

b)

penempatan

c)

kependudukan

d)

petempatan

19.

Pilih pola ayat yang BETUL bagi ayat berikut.


Rumah usang yang terletak di atas bukit itu milik ibu tunggal di hujung kampung itu.

a)

FN + FN

b)

FN + FK

c)

FN + FSN

d)

FN + FA

20.

Ayah membuang baju-baju lama yang disimpsn di dalam stor kerana ________ dimakan oleh lipas dan tikus.

a)

kusai-masai

b)

serai-berai

c)

koyak-rabak

d)

compang-camping

21.

Pilih binaan ayat susunan songsang bagi ayat berikut.


Kami sekeluarga telah berkelah di pinggir sungai yang terletak di hujung dusun datuk pada hujung minggu yang lepas.

a)

Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga berkelah di hujung dusun datuk yang terletak di pinggir sungai.

b)

Di hujung dusun datuk, kami sekeluarga berkelah di pinggir sungai pada hujung minggu yang lepas.

c)

Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluara telah berkelah dipinggir sungai yang terletak di hujung dusun datuk.

d)

Di hujung dusun atuk di pinggir sungai kami sekeluarga telah berkelah pada hujung minggu yang lepas.

22.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif.


Kami telah menyiapkan gubahan bunga pelbagai jenis dan warna mengikut tempahan yang diberikan keluarga pengantin.

a)

Gubahan bunga pelbagai jenis dan warna telah disiapkan oleh kami mengikut tempahan yang diberikan keluarga pengantin.

b)

Gubahan bunga pelbagai jenis dan warna yang telah diberikan keluargz pengantin telah kami siapkan mengikut tempahan.

c)

Gubahan bunga pelbagai jenis dan warna telah disiapkan oleh kami untuk diberikan keluarga pengantin mengikut tempahan.

d)

Gubahan bunga pelbagai jenis dan warna telah kami siapkan mengikut tempahan yang diberikan keluarga pengantin.