wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Pemahaman (4J)

Total questions: 15

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Kim Ho mencuci kereta ______ abangnya menyiram pokok bunga.

a)

manakala

b)

sambil

c)

kerana

d)

atau

2.

Mak Timah tidak dapat menoreh getah pada hari ini ___________ hujan.

a)

dengan

b)

lalu

c)

kerana

d)

dan

3.

Se_______ rumah hangus dijilat api dalam kebakaran semalam.

a)

keping

b)

ekor

c)

buah

d)

orang

4.

Ibu melarang adik makan banyak __________.

a)

jentik-jentik

b)

gula-gula

c)

kayu-kayu

d)

rama-rama

5.

Puan Asmah menggubah _______ ketika saya pergi ke rumahnya malam tadi.

a)

kain

b)

baju

c)

kertas

d)

bunga

6.

Sepasukan ____________ bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu.

a)

guru

b)

polis

c)

bomba

d)

askar

7.

Zhi Hui __________ mukanya semasa menonton filem seram di televisyen.

a)

menutup

b)

menyapu

c)

menyimpan

d)

menjerit

8.

Puan Shanti ________ kentang goreng untuk anaknya.

a)

tergoreng

b)

goreng

c)

menggoreng

d)

digoreng

9.

______ rambutan itu berbuah dengan lebat pada tahun ini.

a)

Daun

b)

Pohon

c)

Akar

d)

Dahan

10.

Pak Samad sedang _____________ pokok ubi kayu.

a)

menanam

b)

menyiram

c)

mencabut

d)

menolak

11.

Pilih jawapan yang sesuai dengan ayat tanya di bawah.

Apakah kereta hibrid?

a)

Kereta hibrid ialah kereta yang mesra alam.

b)

Kereta hibrid berharga satu juta ringgit.

c)

Kereta hibrid itu kepunyaan Pak Cik Lim.

d)

Contoh kereta hibrid ialah Toyota Prius dan Honda Jazz.

12.

Pilih ayat seruan.

a)

Ini rumah saya.

b)

Tolong senyap.

c)

Siapakah nama kamu?

d)

Wah, besarnya rumah awak!

13.

Adik menangis kerana kakinya terpijak paku.


Ayat tanya yang sesuai bagi jawapan di atas adalah :

a)

Mengapakah adik menangis?

b)

Bilakah adik menangis?

c)

Di manakah adik menangis?

d)

Bagaimanakah adik menangis?

14.

Abang seorang yang pandai.


Perkataan sama maksud bagi pandai ialah

a)

malas

b)

bijak

c)

rajin

d)

bodoh

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Di manakah letaknya Rumah kamu.

b)

Di Mana Letaknya Rumah Kamu?

c)

Di manakah letaknya rumah kamu?

d)

di manakah letaknya rumah kamu.