wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa siri 3

Total questions: 21

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.
Pemandangan di atas bukit itu sungguh ______________ .
a)
redup
b)
panas
c)
indah
d)
comel
2.

Emak gemar membeli sayur yang ___________ di pasar tani.

a)

Layu-layuan

b)

Bunga mekat

c)

Segar-bugar

d)

Segar-mekar

3.

Apakah kegunaan ayat seru?

a)

Untuk menjemput seseorang

b)

Untuk meminta bantuan

c)

Untuk menunjukkan perasaan

d)

Untuk menyatakan keraguan

4.
Apakah jenis ayat ini?
Jangan buang sampah di sini.
a)
Ayat larangan
b)
ayat silaan
c)
ayat suruhan
d)
ayat perintah
5.
apakah jenis ayat ini?
Sila serahkan buku-buku latihan itu ke bilik guru.
a)
ayat silaan
b)
ayat perintah
c)
ayat larangan
d)
ayat suruhan
6.
yang manakah bukan jawapan yang salah bagi ayat dibawah yang dipasifkan?
Kamu perlu membaca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti sebelum menandatanganinya.
a)
Sebelum menandatangainya, surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan teliti.
b)
Perlu kamu baca dengan teliti surat perjanjian jual beli rumah itu, sebelum menandatanganinya.
c)
Perlu kamu baca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti, sebelum menandatanganinya.
d)
surat perjanjian jual beli rumah itu perlu ditandatangani oleh kamu sebelum menandatanganinya.
7.
yang manakah bukan ayat tunggal bagi ayat ini?
golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga.
a)
Golongan remaja memerlukan kasih sayang daripada keluarga 
b)
Golongan remaja memerlukan perhatian daripada keluarga.
c)
Kasih sayang daripada keluarga diperlukan oleh remaja.
8.
remaja tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.
ayat yang manakah bukan ayat tunggal bagi penyataan diatas. 
a)
remaja tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.
b)
Kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.
c)
Remaja diabaikan manakala ibu bapa sibuk bekerja.
9.

Orang yang bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya.

Yang manakah peribahasa yang paling sesuai dengan maksud diatas?

a)

Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga

b)

Siapa makan cili dia yang terasa pedas

c)

Sudah jatuh ditimpa tangga

d)

Sudah terhantuk baru tergadah

10.
Jika dikehendaki bermacam-macam iktiar boleh dilakukan dan begitu juga sebaliknya.  Peribahasa apakah yang menunjukkan maksud tersebut?
a)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
b)
patah tumbuh hilang berganti
c)
genggam bara api biar jadi abu
d)
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
11.
yang manakah tidak membawa maksud yang seerti
a)
genggam bara api sampai jadi abu
b)
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
c)
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
d)
melepaskan batuk di tangga
12.
apakah pola bagi ayat ini?
Kebudayaan nasional lambang identiti negara.   
a)
FN+FK
b)
FN+FN
c)
FN+FS
d)
FN+FA
13.
Basikal merah itu untuk abang saya.  Nyatakan pola ayat tersebut
a)
FN+FS
b)
FN+FN
c)
FN+FA
d)
FN+FK
14.
Pola ayat ini ialah?
Menara yang tinggi itu cantik reka  bentuknya. 
a)
FN+FA
b)
FN + FS
c)
FN+FN
d)
FN + FK
15.
Beberapa orang pakar bedah yang terkenal itu sedang melakukan pembedahan tersebut.  Nyatakan pola ayat berikut.
a)
FN + FN
b)
FN+FA
c)
FN+ FS
d)
FN+ FK
16.
Pilih ejaan yang betul.
a)
sanwich
b)
sanwic
c)
sandwic
d)
sandwich
17.
Pilih ejaan yang betul.
a)
pingpong
b)
ping pong
c)
ping-pong
d)
Ping Pong
18.

Pilih ejaan yang betul.

a)

bahulu

b)

baulu

c)

bauhulu

d)

bahubali

19.
Pilih ejaan yang betul.
a)
kuih tiau
b)
koayteow
c)
kway tiao
d)
kuetiau
20.
Pilih ejaan yang betul
a)
faksimili
b)
faksimile
c)
faximili
d)
faximile
21.
Yang manakah yang betul?
a)
temu janji
b)
temujanji
c)
janji temu
d)
janjitemu