wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA BILANGAN

Total questions: 25

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

_______________ murid di kelas itu sedang beratur di luar bilik darjah.

a)

Semua

b)

Segala

c)

Setengah

2.

Emak memberi _______________ kek itu kepada jiran kami.

a)

kedua

b)

setiap

c)

separuh

3.

Kakak mendapat tempat _______________ dalam pertandingan itu.

a)

kedua-dua

b)

dua

c)

kedua

4.

_________________ penonton menyaksikan perlawanan bola sepak itu.

a)

Setengah

b)

Ribuan

c)

Secucuk

5.

Dr. Abu hanya memberi cuti selama ____________ hari kepada Anita.

a)

satu

b)

pertama

c)

setiap

6.

Kakak amat menggemari telur ayam masak __________________.

a)

seluruh

b)

separuh

c)

sepertiga

d)

setengah

7.

Seluruh pandangannya menjadi gelap apabila ________________ belah matanya terkena semburan cecair itu.

a)

kedua-dua

b)

kedua

c)

puluhan

d)

ribuan

8.

Pihak polis memeriksa _______________ badan penumpang kapal terbang sebagai langkah keselamatan.

a)

setengah

b)

segelintir

c)

beberapa

d)

seluruh

9.

Encik Naufal pulang awal kerana dia hanya bekerja _______________ hari sahaja.

a)

seluruh

b)

semua

c)

setengah

d)

setiap

10.

____________ penghuni Pangsapuri Sri Angkasa diarahkan berpindah akibat kejadian tanah runtuh semalam.

a)

Semua

b)

Kesembilan

c)

Seperlima

d)

Pertama

11.

__________ orang tidak suka makan lauk-pauk yang pedas dan berminyak.

a)

Setengah

b)

Setengah-setengah

12.

_________ hari minggu Amiruddin dan Fazza pergi menjala ikan di Sungai Bidor.

a)

Tiap

b)

Tiap-tiap

13.

Kos sara diri untuk ____________ anaknya yang masih bersekolah agak tinggi.

a)

kelima

b)

kelima-lima

14.

____________ Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak sedang bermesyuarat.

a)

Para

b)

Para-para

15.

____________ ragam manusia dapat kita lihat semasa konsert Senario malam tadi.

a)

Berbagai

b)

Berbagai-bagai

16.

Tambang teksi dari Hospital Teluk Intan ke Kampung Gajah ialah ______________ .

a)

lima setengah ringgit

b)

lima ringgit setengah

17.

________________ penonton asyik menyaksikan Konsert Siti Nurhaliza malam tadi.

a)

Semua

b)

Semua orang

18.

_____________ belah pihak yang bertelagah itu akhirnya berdamai di meja rundingan.

a)

Kedua-dua

b)

Kedua

19.

“__________ rahsianya sudah terbongkar,” kata Tumiran kepada Herman.

a)

Semua

b)

Seluruh

20.

Sudah __________ lamanya Cikgu Abdul Murad mengidap penyakit itu.

a)

bertahun

b)

bertahun-tahun

21.

______ usaha dilakukan oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

a)

Beberapa

b)

Pelbagai

c)

Banyak

d)

Setiap

22.

Pasar raya itu menawarkan harga murah kepada pelanggan ______ mereka.

a)

beribu-ribu

b)

ribu-ribu

c)

ribuan

d)

keseribu

23.

______ murid diwajibkan memakai lencana sekolah pada uniform mereka.

a)

Segala

b)

Seluruh

c)

Semua

d)

Sekalian

24.

Kakak menyediakan ______ pasang baju kurung baru pada hari raya tahun ini.

a)

dua

b)

kedua

c)

kedua-dua

d)

berdua-dua

25.

Kek buah itu dihiasi dengan ______ hiris buah ceri berwarna merah.

a)

segala

b)

setiap

c)

beberapa

d)

setengah